BookXcess @ Wolf Kini Dibuka

BookXcess, kedai buku jenama tempatan yang terkenal dengan keunikan konsepnya di Malaysia yang sering diawarkan pada harga yang cukup berpatutan dengan potongan 50% hingga 80% daripada harga runcit yang disyorkan.

Terbaru BookXcess telah melancarkan pembukaan kedai buku ke-10 yang terletak di Ibu Pejabatnya di Wolf House, 5, Jalan Trompet 33/8 (bit.ly/2ZKLcfm). Untuk pengetahuan semua BookXcess @ Wolf House akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Apa yang menarik ruang lobi ibu pejabat dan gudang ditransformasikan menjadi sebuah kedai buku yang unik dan sangat praktikal. Selain iti,  BookXcess juga melancarkan perkhidmatan pengambilan sendiri pembelian buku untuk pengguna dalam talian mereka. Ini hanyalah eksklusif untuk BookXcess @ Wolf.

Hanya membuat pembelian dari rumah, pelanggan boleh membeli buku melalui bookxcessonline.com dan mengumpulkannya di BookXcess @ Wolf House hanya dalam 2 jam tanpa bayaran tambahan.
Di BookXcess @ Wolf House, kita boleh dapatkan buku-buku pelbagai genre seperti fiksyen ilmiah, thriller, sastera, buku perniagaan, buku masakan, buku seni dan reka bentuk, buku kanak-kanak dan pelbagai lagi.

BookXcess juga mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya bagi membendung masalah COVID19 ini. Antaranya seperti kemasukan terhad untuk setiap kedai, pengimbasan suhu akan dilakukan semasa masuk, pembersih tangan diletakkan secara strategik di sekitar setiap kedai, dan prosedur mendapatkan kontak wajib.


BookXcess @ Wolf Kini Dibuka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.