Anzo Holdings Bhd Lebih Kukuh Pada Tahun 2020

Anzo Holdings Berhad telah memenangi kontrak bernilai 1.3 billion untuk membekalkan bahan tembaga kepada kumpulan keluli Korea Selatan. Kontrak selama 40 bulan ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Julai, Majlis tandatangan perjanjian antara Anzo  bersama CSTME Resources Sdn Bhd telah diadakan di dalam satu majlis tertutup.

Syarikat CSTME merupakan salah satu pengimport pengeksport utama bahan non-ferrous terutama produk tembaga di Malaysia. Bahan non-ferrous yang dibeli akan diproses, dibuat pengasingan dan dinilai di kilang mereka di Selangor. Seterusnya akan dihantar kepada pembeli.

Anzo telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa CSTME akan membekalkan 1.420 tan metrik tembaga milberi, bernilai RM23,000 kepada syarikat yang terlibat dalam industri tembaga di Korea Selatan pada setiap bulan. Untuk pengetahuan semua, syarikat berasaskan tembaga di Korea ini memerlukan tembaga untuk kegunaan dalam pembinaan industri dan elektrik.

Urusniaga dalam sekuriti Anzo ditangguhkan semalam atas permintaan syarikat berkuat kuasa jam 4.22 petang. Harga saham telah meningkat dan ditutup 15 sen sebelum penangguhannya semalam. Dan saham tidak diniagakan pada hari ini.

Dalam dua tahun terakhir Anzo Holdings Sdn Bhd sememangnya secara aktif mencari perniagaan baru dalam mempelbagaikan aliran pendapatannya setelah mencatat kerugian kerana keadaan pasaran. Kenyataan dalam Bursa Malaysia, Anzo menyatakan pihaknya sedang merangka rancangan perniagaan syarikat bagi mengurangkan impak negatif yang timbul daripada pandemik Covid-19.

Syarikat ini Anzo juga sebenarnya berjaya mencatatkan pendapatan sebanyak RM8.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 April 2020. Nilaian ini hampir enam kali ganda berbanding tahun sebelumnya yang sama.




Datuk Eddie Chai Woon Chet, Pengarah Urusan Anzo Holdinsg Berhad yang merupakan dan pemegang saham utama syarikat. Beliau juga berperanan dalam mendapatkan dan mencari peluang perniagaan baru bagi syarikat Anzo.

Anzo mengatakan bahawa sejajar dengan hasil operasi yang bertambah baik, mereka telah mencapai kerugian kecil sebelum cukai sebanyak RM2,000 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.03 juta pada suku sebelumnya tahun sebelumnya. Pada tahun ini, pendapatan dan keuntungan kasar syarikat masing-masing meningkat kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta.

Kerugian sebelum cukai dikurangkan hampir separuh, dari RM2.7 juta pada tahun 2019 kepada RM1.39 juta pada tahun 2020. Dijangkakan Anzo akan mencatat pendapatan yang lebih baik pada suku keempat yang berakhir pada 31 Julai 2020

Anzo Holdings Bhd Lebih Kukuh Pada Tahun 2020 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 25, 2020 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.