SeraiMas Kurma Hidayah Plus Membantu Kita Lebih Bertenaga Sepanjang Berpuasa

Bulan puasa adalah bulan yang sememangnya sangat dinantikan oleh semua umat islam. Selain daripada solat terawih, berpuasa juga antara ibadah yang sangat dinantikan. Ianya bukan sahaja ibadah yang kita perlu menahan lapar dan dahaga bahkan mengajar untuk kita lebih bersabar dalam semua perkara.

Apabila kita berpuasa memang kita akan rasa sedikit letih dan kurang aktif untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa. Tetapi sejak saya mula mengamalkan pengambilan produk SeraiMas Kurma Hidayah Plus, saya tidak lagi mudah rasa letih tau! Apa yang lebih menarik kehidupan harian dijalankan seperti biasa bahkan lebih bersemangat lagi.

Dan jika dulu, sewaktu bulan puasa saya mudah jatuh sakit seperti deman selsema dan juga pening kepala. Tapi sejak saya amalkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus saya tidak lagi mengalami masalah tersebut. Mungkin memang benar-benar badan saya sangat memerlukan suplemen bagi membantu meningkatkan antibodi semulajadi dalam badan.

Produk SeraiMas Kurma Hidayah Plus 

Produk SeraiMas Kurma Hidayah begitu sinonim dengan rakyat Malaysia. Ianya adalah jus yang kaya dengan khasiat diyawarkan pada harga mampu milik. Apa yang lebih menarik jus ini menggabungkan 6 Formulasi lengkap nutrisi bahan semulajadi iaitu Madu, Kurma, Buah Tiín, Kismis, Goji dan Delima.

Formulasi sememangnya sangat terbaik dalam membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk tenaga, meningkatkan tahap kesihatan serta kecergasan tubuh badan. Untuk p[engetahuan semua, bahan yang terkandung dalam SeraiMas Kurma Hidayah adalah bebas daripada gula sintetik,tekstur dan rasa jus ini adalah dari manisan bahan semulajadi. Maka tidak hairanlah mengapa produk ini begitu sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia.

Secara ringkasnya, kebaikan Produk SeraiMas Kurma Hidayah adalah seperti berikut:-

  • Bahan semulajadi
Menggunakan bahan yang dipercayai khasiatnnya bukan sahaja dari sudut kesihatan bahkan dari Al-Quran juga ada menyatakan tentang ramuan ini -Madu, Kurma, Buah Tin, Kismis, Goji dan Delima.


فِيہِمَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَنَخۡلٌ۬ وَرُمَّانٌ۬ (٦٨)
Di dalam keduanya (surga) juga ada buah-buahan dan pohon kurma dan delima  (QS. al Rahman ayat 68)
وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيۡتُونِ (١)
Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun. (Q.S At-Tin: 1)

  • Selamat dengan sijil Halal dan sijil KKM
Sememangnya produk jus ini diiktiraf selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mendapat sijil HALAL daripada JAKIM. SeraiMas juga mendapat penganugerahan Asia Pacific Super Health Brand 2018-2020. Suatu pencapaian yang cukup membanggakan.
  • Bebas gula 
Tiada gula sentetik ya!
  • Pemanis semulajadi
  • Meningkatkan tenaga
  • Bebas kolestrol
  • Melindungi bakteria baik
  • Penyelenggaraan kesihatan Keseluruhan untuk organ kita
Pengguna selamat menggunakannya tanpa sebarang keraguan dan terhindar dari bahan-bahan yang terlarang
  • Mudah untuk mengambil dan larut dalam bentuk cecair
  • Penghadaman dan penyerapan nutrisi yang cekap
  • Peningkatan keselamatan untuk mengekalkan keaslian produk
Mempunyai sistem keselamatan verifikasi ketulenan product yg mesra pengguna


SIAPA YANG PATUT AMALKAN?

Jus Kurma Hidayah Plus ini sesuai ntu lelaki dan perempuan. Bahkan ibu yang mengandung juga digalakkan mengambilnya mengikut sukatan yang disyorkan.Untuk kanak-kanak juga sangat disyorkan bagi membantu mereka untuk lebih fokus dalam pelajaran. Namun untuk kanak-kanak digalakkan pada mereka yang berusia 2 tahun dan ke atas,

PANDUAN PENGGUNAAN
Boleh diambil setiap hari. Lebih elok diamalkan secara konsisten untuk menyokong keperluan nutrisi di dalam badan :-)

1. Diambil 1am sebelum makan atau ketika perut kosong

2. Untuk golongan dewasa, pengambilan adalah 2 kali sehari iaitu sebnyak  2 sudu besar (30ml)

a) Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari
b) Sebelum makan malam

3. Manakala untuk anak-kanak juga 2 kali sehari tetapi hanya 1 sudu teh (5ml) sahaja.
a) Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari
b) Sebelum makan malam

4. Pastikan goncang dahulu sebelum minum

5. Simpan ditempat yang kering dibawah 30 celcius

6. Jika korang ada mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan lain, hasrus jarakkan pengambilan selama satu jam

7. Untuk mendapatkan keberkesanan yang efektif, sila amalkan 8 gelas air putih sehari!


PENGALAMAN MENGGUNAKAN KURMA HIDAYAH PLUS
Sebagai seorang ibu yang mempunyai 7 anak, rutin saya setiap hari memang padat. bukan sahaja saya perlu menguruskan keluarga terutama anak-anak bahkan saya juga terlibat dengan kerja sambilan yang memerlukan kesihatan saya sentiasa konsisten dalam keadaan baik setiap hari.

Apatah lagi bulan ramadhan, di mana kita berpuasa sepanjang hari memang saya akui ada mengalami keletihan yang amat. Bila badan kita letih mulalah emosi terganggu cepat marah, merungut dan kita tidak fokus dengan tugasan yang diperlukan. Begitu juga dengan anak-anak, mereka bukan sahaja dibebani dengan kerja sekolah yang banyak bahkan sepanjang hari belajar juga dalam keadaan lapar menyebabkan mereka mudah mengantuk.

Solusinya, atas rekomen seorang rakan saya telah mencuba produk SeraiMas Kurma Hidayah Plus. Dan alhamdulillah saya dapat lihat perbezaan sebelum dan setelah saya amalkan jus ini.

1. Lebih Tenaga dan Fokus
Sepertimana yang kita ketahui, minum air adalah penting untuk badan. Jadi apabila kita berpuasa, tentunya kita tidak boleh minum di waktu siang hari dan sekaligus menyebabkan kita mengalama dehidrasi. Seperti kita maklum, dehidrasi dapat membuatkan kita merasa lesu dan letih untuk lebih konsentrasi. Bahkan dehidrasi juga menyebabkan penurunan berat badan sehingga 3 peratus dari berat badan sebenar.

Apabila saya mengambil jus Kurma Hidayah Plus, tak sangka saya kurang rasa penat. Ini kerana khasiat nutrisi yang ada didalam jus mampu menyokong badan saya melakuakn aktiviti sepanjang hari. Saya mengambilnya setiap kali waktu bersahur dan juga waktu berbuka puasa,

Bahkan, pada sebelah malam saya juga boleh melakukan solat terawih seperti biasa, InsyaAllah, bulan yang kita boleh raih banyak pahala kita cuba sedaya upaya untuk kaut sebanyaknya :-) (moga istiqamah)

2. Tidur Lebih Lena dan Selesa
Adalah menjadi rutin pekerjaan sambilan saya dengan telefon bimbit. Maklumlah mencari peluang menambah pendapatan. Jadi saya kerap menggunakan gadget sehingga larut malam. Memeriksa telefon bimbit sebelum tidur sangat berpengaruh terhadap aktiviti otak dan membuatkan kita susah untuk tidur. Selain itu, pencahayaan dari skrin telefon bimbit juga dapat mengganggu hormon tidur melatonin dan membuatkan anda keletihan keesokan harinya.

Tetapi selepas saya mengambil jus Kurma Hidayah Plus, saya kurang sakit kepala selepas siap segala kerja yang menggunakan gadget. Dan saya tidur lebih lena dan selesa. Tiada lagi masalah insomnia.

3. Membantu Mengatasi Masalah Anemia
Saya didapati mengalami masalah anemia ketika mengandungkan anak nombor tiga. Sepertimana yaang kita ketahui antara punca penyakit ini ialah kekurangan zat besi. Untuk pengetahuan semua, mineral zat besi berfungsi membawa dan menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh serta membantu membersihkan sisa dari sel-sel tubuh kita. Seperti saya yang kekurangan zat besi dalam badan (iaitu kurang dari 18 miligram sehari) saya akan mudah letih.

Jadi dengan pengambilan jus Kurma Hidayah Plus ini sebenarnya sangat membantu meningkatkan zat besi didalam badan saya. Ini kerana sumber ramuannya seperti kurma, buah tin, kismis, goji dan buah delima memang tinggi dengan zat besi secara semulajadi.

4. Hindarkan Penyakit Gastrik
Gastrik? Tidak lagi, hehe. Sedikit info yang suka saya kongsikan di mana di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut.

Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut. Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut.

Banyak sebenarnya punca gastrik, antaranya kerana kita tidak menjaga waktu makan dengan betul (skip meal), tekanan, pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang dan banyak lagi.

Jadi apabila kita amalkan jus Kurma Hidayah Plus ianya sangta membantu proses penghadamana dan masalah gastrik dapat dielakkan. Rahsia kehebatan buah tin!


SOLUSI KURMA HIDAYAH PLUS

Kurma Hidayah Plus mempunyai ramuan yang terbaik, antaranya :-

 Madu – mempunyai prebiotik yang boleh mempercepatkan proses pencernaan. Prebiotik bermaksud madu bertindak sebagai makanan kepada bakteria untuk memperbanyakkan jumlah bakteria yang sihat di dalam badan.

 Kurma - Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus. Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.

 Buah tiin - mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Ini kerana buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan kolestrol tetapi mengandungi lebih tinggi kalium, serat dan zat besi. Buah tin digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubat penyakit seperti gastritis (ketidakhadaman, hilang selera makan dan cirit-birit)

 Delima - Kandungan antioksidan jus delima adalah lebih tinggi berbanding buahbuahan yang lain. Ia juga 3 kali ganda melebihi kandungan antioksidan di dalam teh hijau. Antioksidan ini bertindak membuang radikal bebas, melindungi sel daripada rosak dan mengurangkan keradangan.

 Goji – Kaya antioksidan. Salah satu fungsinya yang utama ialah menguatkan sistem imun tubuh agar tidak mudah diserang penyakit. Selain itu, antioksidan dapat menghapuskan radikal bebas dan mengelakkan tubuh kita dari serangan kuman dan bakteria. Goji berry mempunyai 4 kali lebih besar kandungan antioksidan berbanding buah Blueberry.


BOLEH HUBUNGI

Jadi kedatangan bulan ramadhan kali ini memang saya siap sediakan belakan jus SeraiMAs Kurma Hidayah Plus di rumah. Bukan sahaja untuk kegunaan sendiri bahkan untuk anak-anak serta suami juga. Ini kerana ianya sangat membantu kami sekeluarga untuk menunaikan kewajipan Rukun Islam yang ketiga iaitu "Berpuasa Di Bulan Ramadhan" dengan tenang dan mudah.

Seperti di dalam firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.  – (Surah al-Baqarah: 183)

Boleh dapatkan produk Kurma Hidayah Plus di Caring dan took-toko jamu berdekatan dengan korang ya! Sebarang pertanyaan sila hubungi ws +60 13 782 5282 ( Seraimas)

Website : https://kurmahidayahplus.seraimas.my

#kurmahidayahPLUS
 #kebaikankurmautkseisikeluarga
#rajasegalaherba

SeraiMas Kurma Hidayah Plus Membantu Kita Lebih Bertenaga Sepanjang Berpuasa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 20, 2020 Rating: 5

22 comments:

  1. harap2 online ada jual. dah PKP ni takleh keluar rumah. memang nak cuba bila nak puasa ni.

    ReplyDelete
  2. Banyak khasiat produk ni. Bulan puasa pun dah nak dekat, kalau siapa yg nak cuba boleh lah dapatkannya. Sy ni jarang mkn supplemen..xtau sesuai ke tak nak mkn

    ReplyDelete
  3. Ada jual online ke? Utk ibu menyusu bdan boleh ye minum? Nak cuba la nnt. Mmg perlukan tenaga utk puasa nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada..kat FB seraimas ada keterangan cara pembelian atas talian

      Delete
  4. Kalau bahan ada Kurma memang dah tau dah memang bagus...nak kena cari jugalah, untuk persediaan bulan pose ni, bagi tenaga kannn..

    ReplyDelete
  5. Nak komen di ig. Tapi cik bagi link blog. Apa pun bagus produk ini. Banyak kebaikannya terutama bulan puasa nanti

    ReplyDelete
  6. Mak Mak kena sentiasa sihat dan bertenaga. Semua orang mengharapkan kita. Nak masak, Nak kemas rumah, kita pun nak beribadat. I tertarik dengan bahan2 yang terdapat dalam Kurma Hidayah Plus. Haaa nak puasa dah kita. Sesuai sangat kalau ada sebotol ni.

    ReplyDelete
  7. bahan-bahan yang ada dalam produk kurma hidayah plus memang tebaik. mommy ni masih menyusukan anak, bila berpuasa mommy amat memerlukan tenaga yang banyak. harapnya kurma hidayah plus ini dapat menyelamatkan mommy dari terasa lapar

    ReplyDelete
  8. I read a review about this product before. Most people said it’s good. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  9. Belum pernah try jus kurma ini aebab selalu lebih suka makan kurma fresh pada bulan puasa nanti... apa pun good sharing pd yg sesang mencari jus.

    ReplyDelete
  10. bagus ada produk supplement macam ni. senang nak makan dan dapat khasiat kurma sebab ada orang tak suka makan kurma sebiji2.

    ReplyDelete
  11. hindarkan gastrik tu mmg bgs tu sbb bila bln puasa gastrik menyerah aduhai..sakit

    ReplyDelete
  12. selalu jugak dengar pasal produk ni di radio. Memang banyak sangat kelebihan dan manfaat produk ni. Bolehlah nnti saya beli satu utk mak.

    ReplyDelete
  13. Memnag bnyak khasiat minuman Jus Kurma ni..elokuntuktenaga. Puasa ni memang ambil..Nad minum ni juga..rasa lain badan ni

    ReplyDelete
  14. Banyak khasiat minuman Seraimas jus kurma ji kan. Salah satunya membekalkan tenaga. Memang bagus standby jus kurma ni di rumah sebagai persediaan untuk bulan puasa nanti. Bila amalkan bulan puasa mestilah kita sentiasa segar saja kan

    ReplyDelete
  15. mesti seddap ni kan. insyaAllah nanti saya boleh cuba produk ni pula

    ReplyDelete
  16. Produk yg sangat menarik, sayamemang sentiasa tercari2 supplement yg sesuai dgn saya. nak cuba ini lah!

    ReplyDelete
  17. Banyak manfaat produk ni. Walaupun botol dia besar tu je. Sekeluarga boleh cuba amalkan. Rasa dia sedap. bebudak suka sangat. Orang dewasa lagi la suka juga.

    ReplyDelete
  18. Buah Kurma ni memang tak dinafikan lagi khasiatnya. Bila dah ada alternatif dalam bentuk macam ni lagi memudahkan kita untuk bawa ke mana-mana.

    ReplyDelete
  19. tq ayu for reminding me. lom beli kurma for Ramadhan.
    biasa nyer memang ada je kurma kat rumah aida :(
    ni dah beberapa minggu tak keluar rumah, tak dpt nak mencari kurma.
    ant this type of produk makanan sunnah, bagus. all in one.
    mudah. seisi keluarga boleh amalkan. terbaik!

    ReplyDelete
  20. I have one bottle also and finished it already, it taste quite good.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.