Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah

Lazat, menyelerakan dan kaya dengan aroma, inilah yang dapat dinikmati apabila kek lava klasik digabungkan dengan raja segala buah, durian. Anda berani untuk mencuba?



Domino’s Pizza memperkenalkan pencuci mulut terbaru dalam koleksinya, Kek Lava Durian! Sempurna untuk semua peminat durian, pencuci mulut dan mereka yang inginkan sesuatu yang baharu, Kek Lava Durian ini pasti menjadi pilihan yang akan memenuhi citarasa semua. Diperbuat dengan kek yang lembut dan lazat dengan perisa durian dipenuhi dengan inti durian yang kaya dengan isi sebenar D24. Nikmati kelazatan rasa buah kegemaran anda dengan penuh keselesaan di rumah sendiri.

Berkongsi tentang konsep disebalik pembuatan Kek Lava Durian, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia & Singapura, Linda Hassan berkata, “Untuk memenuhi kehendak citarasa semua pelanggan dan selaras dengan janji Domino’s iaitu “It’s All About You,” kami ingin mencipta pencuci mulut yang dapat menjadi tarikan kepada peminat durian dan juga mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu dalam pilihan pencuci mulut. Kerana durian adalah rasa yang unik, kami berazam untuk mencipta pencuci mulut yang akan disukai ramai. Kepada mereka yang mempunyai keraguan dengan rasa durian, kami cabar anda untukmencuba pencuci mulut ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kek Lava Durian terbaru ini disediakan khusus untuk menyembunyikan bau durian tanpa menjejaskan rasa enaknya. Perisa durian menawarkan rasa yang unik dan inti tengah yang lazat akan memberikan pengalaman yang tersendiri dan tidak dapat dilupakan. Tunggu apa lagi, sahut cabaran #WeDareYouToTry!”



Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia turut berkata,
Sebagai sebuah jenama yang mengutamakan obsesi pelanggan, kami menyedari profil rasa asas pelanggan Malaysia dan kami memahami keadaan semasa yang dihadapi sekarang. Seiring dengan perkhidmatan penghantaran Zero Contact, kami juga mengambil berat tentang pilihan yang ditawarkan, maka terhasilnya Kek Lava Durian. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pencuci mulut terbaru ini dan memuaskan keinginan rasa durian mereka sambil masing-masing menjaga diri serta kekal selamat di rumah.

Untuk masa yang terhad sahaja, Kek Lava Durian boleh didapati bermula 6 April yerp.

Domino’s berpegang teguh dengan janji jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan kepuasan produk. Komitmen ini ditunjukkan melalui dasar tiada pembatalan dan pembayaran balik ataupun penggantian pesanan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan.

Selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi Domino’s mungkin berbeza mengikut waktu operasi yang dibenarkan oleh majlis-majlis tempatan di setiap negeri. Komitmen kami terhadap keselamatan penghantar piza dan pelanggan jelas dengan pelaksanaan perkhidmatan wajib Zero Contact.

Untuk mencuba Kek Lava Durian terbaru, sila kunjungi kedai-kedai Domino’s ataupun membuat pesanan atas talian di http://www.dominos.com.my/. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Domino’s Quattro Pizza dan promosi produk-produk yang lain, sila layari http://www.dominos.com.my/.

Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 08, 2020 Rating: 5

2 comments:

  1. lava kek dominos pernah try, ok la. Lava durian..emmm, menariks ni.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.