Merevolusi Cara Anda Bekerja Dari Rumah Dengan DVocTrac, Aplikasi Web Bekerja Dari Rumah dan Pemantauan Tahap Kesihatan Untuk PKS

ProOffice Solutions Sdn Bhd (ProOffice), anak syarikat HeiTech Padu Berhad, kini bersedia untuk mengubah cara rakyat Malaysia bekerja dari rumah (“WFH”) melalui aplikasi yang baru dibangunkan, DvocTrac iaitu aplikasi web untuk bekerja dari rumah atau jarak jauh yang turut digunakan untuk memantau tahap kesihatan pekerja. DvocTrac adalah aplikasi mesra pengguna yang direka khusus bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan yang berdepan cabaran ekonomi disebabkan pandemik COVID-19 pada masa sekarang dan juga akan datang.

Dengan pelaburan lebih RM100,000, DVocTrac adalah produk terbaru yang dibangunkan oleh pasukan yang diketuai oleh Joshua Smith, Naib Presiden Teknologi HeiTech, yang juga baru-baru ini tersenarai dalam Forbes’ 30 Under 30 Asia 2019 di bawah kategori Kewangan Modal Usaha Niaga.


Kehidupan sudah berubah sejak penularan COVID-19. Kehidupan juga pastinya tidak akan sama selepas ini. Oleh kerana pekerja bekerja di luar pengawasan majikan maka pengawasan produktiviti mereka sangat penting.
kata Joshua. 

Bekerja dari rumah atau WFH diharap akan menjadi budaya kerja baru di mana YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan bahawa ia akan menjadi salah satu ‘kebiasaan baru’ atau ‘new normal’ semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ini dan sesudahnya.

Perniagaan harus diteruskan untuk PKS. DVocTrac membolehkan syarikat terutama PKS, menjalankan perniagaan mereka seperti biasa walaupun pekerja mereka bekerja dari jarak jauh dan pada masa yang sama dapat memantau produktiviti pekerja mereka.
tambah Joshua.

Pada masa ini, 98.5% daripada semua perniagaan yang terdapat di Malaysia adalah PKS dan pada tahun 2018, PKS menyumbang sebanyak RM521.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. PKS pada masa ini menyediakan 5.7 juta pekerjaan kepada 70 peratus tenaga kerja Malaysia.

“Pertumbuhan ekonomi negara pada masa depan bergantung kepada kejayaan PKS.”

Melalui DvocTrac, kami menyasarkan PKS yang memiliki seramai 150 pekerja atau lebih. Namun, kami tidak mengecualikan sesiapa dan jika terdapat syarikat permulaan (“start-ups”) yang mempunyai lebih dari lima pekerja, mereka sangat dialu-alukan untuk menggunakan DVocTrac 
kata Joshua.


Aplikasi ini juga menawarkan ciri khusus di mana syarikat dapat mengukur tahap kesihatan pekerja mereka dan menasihati majikan mengenai kesihatan pekerja termasuk sama ada menghantar mereka untuk menjalani ujian COVID-19.

Ciri-ciri yang terdapat pada DVocTrac selari dengan saranan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar perusahaan dapat memantau kepatuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga untuk memastikan bahawa pemeriksaan kesihatan dan langkah-langkah pencegahan dilaksanakan untuk keselamatan pekerja dan pelanggan.


DVocTrac berupaya menyimpan rekod kesihatan pekerja sepertimana saranan kerajaan dan turut dilengkapi fungsi untuk memantau tahap kesihatan pekerja termasuk gejala demam, batuk kering, sakit badan, penyakit berkaitan pernafasan, sakit kepala atau sakit tekak. Sekiranya tiada, pekerja boleh memilih fungsi Saya Sihat!.

Selain itu, ProOffice turut menawarkan kemudahan untuk menyesuaikan ciri aplikasi DVocTrac mengikut keperluan pelanggan.

Untuk tempoh jangka panjang, ProOffice merancang untuk menaik taraf serta meningkatkan keupayaan aplikasi DVocTrac dan pelanggan akan menikmati kelebihan yang akan kami tawarkan.


tambah Joshua.

Bersempena pelancaran DVocTrac, ProOffice menawarkan pakej menarik dan berpatutan untuk organisasi dan syarikat dan mereka yang berminat boleh mencuba DVocTrac secara percuma selama 1 minggu.

Merevolusi Cara Anda Bekerja Dari Rumah Dengan DVocTrac, Aplikasi Web Bekerja Dari Rumah dan Pemantauan Tahap Kesihatan Untuk PKS Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 21, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.