7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand #DudukRumah

Pejam celik pejam celik sudah lebih daripada sebulan kita dalam tempoh PKP. Pergerakan semua menjadi terbatas dan terhad. Namun demi kebaikan bersama kita harus akur dengan gesaan kerajaan untuk sama-sama jaga jarak sosial, duduk diam di rumah, sentiasa menjaga kebersihan dan memakai topeng muka jika keluar dari rumah.

Yerp!! Korang telahpun menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19 dengan #dudukrumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pastinya ada antara korang yang sudahpun menyajikan hidangan yang sama sebanyak dua kali atau lebih sepanjang tempoh PKP ini kerana ketandusan idea masakan. Malahan, khidmat pesanan makanan atas talian tidak menarik perhatian dan kos penghantaran agak mahal.

Jadi apa yang boleh korang lakukan?
Jom kita sama-sama mencuba resipi mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah. Hidangan ini adalah ringkas dan memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk melengkapkan hidangan. Jika korang tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah apa saja yang ada mengikut citarasa korang sendiri. Tiada dapur api atau ketuhar? Korang juga boleh gunakan Ketuhar Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini.

1. Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur


Korang mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas? Jadi korang boleh menyediakan kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak. Malahan, anda hanya perlu mencuci satu pan sahaja selepas makan.

https://www.ayambrand.com.my/one-pan-baked-beans-with-eggs.html


2. Pizza Tuna

Roti sememangnya sukar untuk didapati semasa PKP ini namun sekiranya korang berjaya mendapatkan roti jadikannya hidangan pizza tuna. Guna Ayam Brand™ tuna yang ada, sapukan sos tomato di atas roti. Taburkan keju mengikut citarasa korang dan tambah sedikit jagung manis Ayam Brand™ atau bahan lain. Bakar dalam ketuhar atau panaskan sehingga keju cair. Sangat puas hati.

https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/866-tuna-pizza.html


3. Nasi Lemak Pandan

Nasi, santan Ayam Brand™ dan daun pandan yang tanam di laman rumah. Tiga bahan asas yang diperlukan untuk menyediakan nasi lemak pandan yang harum dan menyelerakan terus dari periuk nasi korang. Hidangkan apa jua lauk dengan nasi lemak pasti lebih enak.

https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/143-coconut-rice-with-pandan-leaves.html


4. Pasta Sardin

Setelah seminggu korang telah menikmati roti untuk sarapan pagi, nasi pada waktu tengah
hari dan makan malam. Cubalah pasta ini yang mudah dengan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™. Sedap, lengkap dan unik bersama hirisan daun selasih.Mmmm.

https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/104-sardines-pasta.html


5. Kari Mackerel

Tidak pernah masak kari tapi jika korang teringin untuk makan masakan kari? Mackerel dalam sos tomato Ayam Brand™ dimasak kari adalah hidangan ringkas dan korang juga boleh menjadikannya dua hidangan hanya dengan menggunakan satu tin. Tambah sayur-sayuran untuk hidangan seimbang serta kekalkan citarasa Malaysia.

https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/68-curry-mackerel.html


6. Kentang Tuna Pedas

Apa yang korang perlukan hanyalah kentang, satu tin tuna Ayam Brand™ , serbuk cili dan bawang
untuk hidangan ini. Goreng semua bahan-bahan tersebut dan rasai aroma kepedasan dan bau yang enak. Hiaskan dengan bahan yang korang ada.

https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/180-spicy-tuna-potato.html


7. Sardin Gulung Goreng

Raikan kejayaan korang dapat membeli roti di pasaran sempena PKP ini dengan sardin gulung goreng. Sediakan roti, sardin Ayam Brand™, telur dan perasa. Lenyek sardin, gulung bersama roti, celup ke dalam telur dan goreng. Cicah bersama sos cili atau tomato. Sesuai untuk makan tengah hari atau pilihan makan malam yang ringan.

Boleh layari https://www.ayambrand.com.my/recipe/stay-at-home.html untuk dapatkan lebih banyak resipi di rumah dari Ayam Brand.

Moga sehingga tempoh PKP tamat, kita kekal di rumah dan kekal sihat.

Selamat mencuba ya!

7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand #DudukRumah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 16, 2020 Rating: 5

10 comments:

  1. Alaaa nak gambar akak masak. mana? hahaha. cepat la kak buat sambal sardin! hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya lauk2 nih.. Ok idea utk masak nanti.. Sardin dan tuna ada dalam stok ni. Mhihi

    ReplyDelete
  3. Fuhhh banyak jugak resepi yang kita boleh buat gunakan Ayam Brands ekk, nanti nak cuba buat gak lah..nak buat sardin gulung roti dulu

    ReplyDelete
  4. Macam-macam boleh buat dengan ayam brand ye..senang..semua nampak mudah..boleh tiru salah satu resepi..hehee

    ReplyDelete
  5. This is so yum! I am so going to try some of this dishes! New ideas!

    ReplyDelete
  6. wahhhhh wahhhh bestnya ayam brand lately banyak share resepi. resepi yang dia share pun senang - senang. Paling nak try kentang dengan tuna tu, nanti nak cubalah! hehehe

    ReplyDelete
  7. Menarik tengok gambar makanan tu. Ayam brand ni mmg well known brand yang dah lama ada di pasaran and sentiasa jadi pilihan pengguna. Nanti blh la cuba resepi2 akak suggest ni😁

    ReplyDelete
  8. Menarik idea-idea makanan ni di kala hari-hari kena masak sampai tak tau nak masak apa dah

    ReplyDelete
  9. Entri yang sangat membantu. Pelbagai resipi rupanya boleh dibuat dengan ayam brand. Sangat membantu golongan bujang macam saya ��

    ReplyDelete
  10. roti masih mudah didapatkan di kota saya tinggal. resepnya mudah, akan saya coba praktekkan esok untuk si kecil

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.