Cuka Epal Inilah Rahsia Wanita Besi

Yess Korang!!! PAstinya korang selalu bertemu wanita sepertinya setiap hari.

  • Seorang wanita yang sihat bertenaga. 
  • Seorang wanita yang yakin diri. 
  • Seorang wanita yang cukup berpengetahuan dan berkebolehan. 
  • Seorang wanita yang mampu menguruskan kesibukan kerja, rumah tangga dan masa lapang dengan mudah. Macam saya, hiks.

Apakah rahsia Wanita Besi seperti ini?


Jawapannya ialah...

Jeng.
Jeng.

Salah satu penyebabnya ialah amalan mengambil cuka epal. Sepertimana yang kita ketahui ramuan ini sememangnya sekian lama digunakan sebagai penawar untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Dan tidak dinafikan ramai keluarga telahpun mengamalkan rahsia kecergasan dan kesihatan Wanita Besi ini iaitu pengambilan cuka epal!


Supaya korang lebih yakin, pilihlah produk organik yang diperakui seperti Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar.Produk makanan ini mengandungi komponen utama asid asetik serta bahan lain seperti asid laktik, asid sitrat, asid malik dan bakteri baik. Oleh kerana cuka epal sejenis asid pekat, pastikan korang harus larutkan satu sudu besar ke dalam secawan air terlebih dahulu sebelum meminumnya. Hanya sedikit cuka epal diperlukan untuk membawa hasil yang besar.

Berikut adalah beberapa cara Wanita Besi mengambil Apple Cider Vinegar supaya lebih berkesan.

1. Tingkatkan sistem imunisasi

Wanita Besi jarang mendapat masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan sakit tekak seperti orang lain. Pengambilan cuka epal yang mengandungi asid amino, kalium dan enzim membantu menguatkan sistem imun dan melegakan keletihan. Korang boleh cuba resipi berikut yang pasti dapat memberi tenaga di saat anda berasa lesu:


Tonik hangat. Caranya dengan kisar halia, lobak pedas, bawang, bawang putih, lada habanero, lemon, kunyit dan serai dalam sukatan sama. Tambahkan 100ml Apple Cider Vinegar. Tuang adunan ini ke dalam bekas kedap udara dan biar selama 14 ke 60 hari. Tapis bagi membuang cebisan tumbuhan. Tambah satu sudu besar tonik ini ke dalam secawan air panas atau teh ‘O’ untuk minuman berkhasiat yang merangsang sistem imun.

Minuman cuka oren! Didih secara perlahan 100ml Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar berserta 2 keping kulit kayu manis, sebiji oren yang dihiris, 4cm halia dan dua sudu besar madu organik selama 20 minit. Tapis ke dalam bekas kedap udara. Tambah satu sudu campuran bahan ini ke dalam 125ml air dan minum.


2. Membantu menguruskan badan dan penyerapan nutrisi

Mengekalkan kesihatan dan berat badan ideal memang mencabar, tetapi Wanita Besi bijak menggunakan Apple Cider Vinegar dengan menambahkannya kedalam diet mereka untuk manjaga berat badan. Sains turut menyarankan kaedah ini. Satu kajian dalam Journal of Functional Foods pada tahun 2008 membuktikan penambahan satu sudu cuka epal ke dalam pemakanan mampu mengurangkan lemak pada perut selain membantu menyelesaikan masalah kesihatan lain.


3. Kebersihan mulut

Walaupun sibuk sepanjang hari, Wanita Besi sentiasa memiliki nafas yang segar dan kesihatan mulut yang baik. Rahsianya, tonik cuka epal yang diambil pada waktu pagi yang terbukti memiliki sifat antikulat yang membantu melawan radang membran mukus, menurut Journal of Prosthodontics, 2015.3


4. Menangani masalah senggugut

Wanita Besi belajar mengatasi masalah senggugut dengan pengambilan Apple Cider Vinegar dari hari pertama hingga hari terakhir kitaran haid. Ia dipercayai dapat mengawal atur kitaran haid dan memendekkan tempohnya. Kandungan kalsium dan kalium dapat melegakan kekejangan otot yang menyebabkan kesakitan senggugut.

Jadilah seorang Wanita Besi yang inovatif. JAdi korang kenalah cuba resepi berikut untuk mengurangkan kesakitan senggugut, antaranya seperti:-

Kehangatan teh cuka epal: Tambah 1 sudu kecil cuka epal, sehiris lemon dan separuh sudu kecil halia segar ke dalam secawan teh yang baru dibancuh. Jika mahu, anda boleh juga menambah sedikit madu.

Ketenangan teh hijau cuka epal: Bancuh secawan teh hijau. Sementara masih panas, tambah satu sudu kecil cuka epal dan sedikit pudina.

Tonik cuka epal dan kunyit: Kunyit adalah sejenis tumbuhan berkhasiat yang sering digunakan sebagai penawar untuk kesihatan. Tonik kunyit juga boleh dijumpai di kedai-kedai organik. Tambah satu sudu kecil Apple Cider Vinegar ke dalam tonik kunyit anda bagi menghasilkan minuman penyembuhan yang menyegarkan.

Nah! Serlahkan ciri-ciri Wanita Besi pada diri anda dengan menjadikan penawar dan tonik Apple Cider Vinegar sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.


Kenapa kita gunakan Alce Nero Organic Apple Cider? 
Ini kerana ianya dihasilkan daripada buah epal organik yang ditanam secara eksklusif di wilayah Trentino-Alto Adige dan bebas daripada racun perosak, baja kimia dan unsur GMO. Cuka epal ini kaya dengan rasa dan mempunyai tahap asid yang rendah, menjadikannya sesuai untuk penyediaan salad dan makanan lain. Berikan tubuh korang dengan sumber tenaga ini dan jadilah seorang Wanita Besi setiap hari.


Ketahui lebih lanjut mengenai Alce Nero di https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/

Mengenai Alce Nero

Alce Nero diasaskan pada 1970-an apabila dua koperasi peladang muda Itali mengambil keputusan untuk mempelopori revolusi organik dengan menghasilkan makanan berkhasiat tanpa menjejaskan alam sekitar. Alce Nero menggabungkan kaedah pertanian lama dengan penyelidikan termaju kesihatan dan alam sekitar. Teknik kami mungkin telah berubah, namun jaminan kualiti kami masih berasaskan semangat asal Alce Nero iaitu kecintaan terhadap makanan, penjagaan alam sekitar dan larangan penggunaan bahan kimia sintetik.

Kini, Alce Nero merupakan jenama organik No. 1 di Itali. Pengeluar kami terlibat dalam semua peringkat penghasilan. Ini membolehkan kami menerapkan prinsip kami di sepanjang proses penghasilan dan menjejak asal-usul produk makanan kami secara terperinci. Justeru, kami dapat menjamin produk kami produk asli Itali berkualiti tinggi dan 100% organik yang dibawa terus dari ladang ke meja makan anda. Pengiktirafan organik Alce Nero telah melalui proses yang ketat oleh perbadanan pengesahan dari Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.

Di Malaysia, Alce Nero menjual pelbagai jenis pasta organik, minyak zaitun asli, kuah pasta, jem dan madu. Untuk maklumat lanjut, layari www.alcenero.asia.
Cuka Epal Inilah Rahsia Wanita Besi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 23, 2020 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.