Faber Castell x The Kampung Boy

Berkesempatan menghadiri ke Balai Seni Negara untuk melihat sendiri hasil karya Datuk Lat (kartunis Negara) bersempena dengan kaloborasi jenama Faber Castell sememangnya tidak akan saya lepaskan. Apatah lagi, saya merupakan peminat pada karya kartun Datuk Lat dan juga pengguna setia jenama Faber Castell sejak zaman sekolah lagi.

Antara karya Datuk Lat yang cukup saya gemari adalah Kampung Boy. Lukisan yang cukup bersahaja seperti bernyawa dan pastinya setiap karyanya ada penceritaannya tersendiri. Bagi orang seperti saya yang lebih gemarkan grafik, tentulah saya boleh menghayati setiap lukisan yang dipaparkan.

Dan sempena dengan pelancaran siri pen terbaru Faber Castell, Datuk Lat telah diberi penghormatan untuk menghasilkan lukisannya menggunakan pen Grip X. Yang bagi pendapat saya pen terbaru Faber Castell ini sangat ringan dan lembut apabila memegangnya. Warna hitam, merah dan biru pen Grip X juga cukup menyerlah dan tajam. Pendek kata sangat "On point"!!

Grip X, produk keluaran Faber-Castell Malaysia diperkenalkan bagi meraikan kepelbagaian budaya Malaysia dengan LAT, kartunis kegemaran rakyat negara ini. Sempena sambutan ini juga, tiga lukisan eksklusif LAT yang menggambarkan sambutan perayaan di Malaysia, iaitu Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baru Cina yang dilukis menggunakan Grip X, pena mata bulat kegemaran Malaysia telah dipamerkan. Grip X, pena yang direka untuk semua lapisan masyarakat telah menjadi pena mata bulat kegemaran Malaysia dan pena yang digemari oleh semua bangsa sejak ia dilancarkan pada 2010. Untuk informasi semua sebatang pen terjual setiap tiga saat dan sebanyak 11 juta pen telah dijual pada 2018.

Grip X merupakan pena mata bulat yang mempunya ciri-ciri seperti berikut:
  • penggunaan yang lancar menerusi teknologi dakwat kelikatan rendah
  • keselesaan menulis menerusi reka bentuk ergonomik dengan tempat pemegang getah berbentuk segi tiga
  • mekanisme boleh ditarik balik (tekan atas bawah)

Grip X popular untuk pelbagai kegunaan termasuk menulis, menconteng dan melukis. Terdapat dalam pelbagai saiz mata 0.4, 0.5, 0.7, 1.0 dengan tiga pilihan warna, hitam, biru serta merah. Nah! Tidak hairanlah Grip X menjadi pena jualan terbaik di Malaysia. 

Encik Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia berkata sambutan kejayaan Grip X serta kerjasama dengan LAT, kartunis kegemaran rakyat Malaysia, turut diadakan sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

“Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, kami juga mahu mengenang tentang kepelbagaian Malaysia yang telah menjadikan Grip X suatu kejayaan. Grip X adalah pena buatan Malaysia yang dimiliki oleh kebanyakan warga Malaysia, dan menjadikannya pena mata bulat paling digemari rakyat Malaysia,” kata Woon.

Menurut Woon, LAT merupakan rakan yang ideal bagi sambutan ini kerana beliau merupakan kartunis ikonik yang disukai oleh seluruh rakyat Malaysia. “Grip X turut berkongsi ciri yang sama dengan LAT daripada segi populariti dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan produk Malaysia yang sebenar dan menjadi alat yang digunakan untuk menzahirkan daya kreativiti,” tambah Woon.

Lukisan Hari Raya LAT telah diterbitkan pada bulan Jun 2019 baru-baru ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala lukisan Deepavali akan diterbitkan pada Oktober 2019 dan lukisan Tahun Baru Cina pula pada Januari 2020.

Datuk LAT telah menggunakan GRIP X dengan kombinasi pelbagai saiz mata berwarna hitam, biru dan merah untuk menghasilkan tiga lukisan yang menggambarkan sambutan Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Ketiga-tiga perayaan ini mewakili tiga kaum utama di Malaysia dan lukisan ini akan digunakan untuk platform media sosial Faber-Castell Malaysia.

Datuk LAT telah menyatakan rasa gembira beliau dapat bekerjasama dengan Faber-Castell Malaysia dan berkata bahawa projek ini adalah selaras dengan hasil seni beliau yang menggambarkan cara hidup rakyat Malaysia. “Saya teruja menjadi sebahagian daripada projek Grip X kerana usaha ini memberi peluang kepada saya untuk berkongsi karya seni saya dengan lebih ramai lagi rakyat Malaysia. Grip X amat sesuai untuk lukisan saya dengan saiz mata yang pelbagai dan ideal untuk menghasilkan garisan dalam pelbagai ukuran. Saya akan terus melukis lebih banyak kartun untuk rakyat Malaysia,” kata LAT.

Grip X dengan kartun LAT kini dijual di kedai buku, gedung membeli belah dan pasar raya hiper di seluruh negara dalam bentuk pek berbilang daripada pek promo beli 3 percuma 1, pek normal 3 batang pena dan bekas 40 batang pena.

Muka happy sangat ni bila dapat bergambar dengan karya Datuk Lat, hehehehe

Ok jom korang lukis dan menulis menggunakan pen Grip X Faber Castell :-)

#fabercastellmy
#fabercastellkampungboy 
#gripxkampungboy 
@fabercastellmy

Faber Castell x The Kampung Boy Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 09, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. wah..menariks. baru je semalam share some Dato' Lat nya cartoon di aseanday

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.