Ahli Parlimen Tanah Merah Memberi Sumbangan 67,000 kain Washable Silk Dari Jakel Shah Alam

Pada 30 Ogos 2019, saya telah berkesempatan menghadiri ke majlis tandatangan MoU diantara pihak Jakel Shah Alam dan Parlimen Tanah Merah. Di mana pihak Jakel Shah Alam akan membekalkan sebanyak 67,000 pasang kain washable silk kepada pengundi-pengundi Parlimen Tanah Merah.

 Apa yang menarik, ini merupakan tahun ketujuh pihak Jakel Shah Alam bekerjasama dengan YB  Datuk Sri Ikmal Hisham Ahli Parlimen Tanah Merah.  Sebanyak 67,000 pasang kain Washable Silk akan diberikan kepada pengundi Parlimen Tanah Merah, Kelantan.

Pemberian kain pasang ini antara lain sebagai tanda kesyukuran di atas pembinaan projek persimpangan bertingkat yang bernilai lebih kurang RM150 juta yang akan bakal siap sepenuhnya dalam masa beberapa bulan lagi. Tidak dinafikan dengan adanya persimpangan bertingkat ini sangat memberi kemudahan dan keselesaan bukan sahaja kepada masyarakat setempat bahkan kepada rakyat Kelantan dan Malaysia.

Selain itu pemberian kain ini juga secara peribadi adalah sebagai tanda terima kasih dan sokongan buat pengundi yang menyokong YB  Datuk Sri Ikmal Hisham sehingga beliau terpilih lagi sebagai Ahli Parlimen buat penggal kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. Pemberian kaini ini adalah kepada semua pengundi di bawah Parlimen Tanah Merah tidak kira bangsa dan agama, latarbelakang mahupun fahaman poilitik.

Menurut  YB  Datuk Sri Ikmal Hisham, pemilihan kain washable silk adalah kerana kain ini sesuai samada untuk lelaki mahupun perempuan. Selain daripada kualiti kainnya yang sangat cantik, kain ini juga datang dengan pelbagai warna yang menarik. Dengan pemberian kain pasang juga memberi peluang kepada pengundi Tanah Merah untuk memilih dan menentukan rekaan pakaian yang mereka gemari untuk dijadikan baju.

Oh ya! Jualan Jumbo juga kembali lagi di Jakel sehingga 16 September 2019. Korang boleh dapatkan pembelian harga runtuh serendah RM0.90 sen semeter  untuk kain Chiffon, Baju Melayu RM 49 sepasang, Kurta RM 29 sepasang, kain lace pada harga RM 19.90 semeter,  kain songket RM 19 semeter dan banyak lagi yang ditawarkan pada harga yang cukup berbaloi!

Stok adalah terhad, siapa cepat dia dapat!

www.jakel.my
www.facebook.com/jakelshahalam
www.instagram.com/jakel_shahalam

Ahli Parlimen Tanah Merah Memberi Sumbangan 67,000 kain Washable Silk Dari Jakel Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 31, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.