Apa Yang Best Tentang Mandian Shokubutsu Mochi Hada

Masa mula-mula saya diperkenalkan dengan mandian terbaru dari Shokubutsu, agak terkesima sekejap " Wow ada nama mochi di situ, terus teringat kuih mochi, hehehehe". Tapi apa yang menarik apabila melihat dan mencuba sendiri produk Shokubutsu Mochi Hada ini memang saya puas hati. Ini kerana ianyalah adalah satu-satu mandian yang bukan sahaja sesuai untuk digunakan untuk satu badan bahkan boleh digunakan sebagai cucian muka. Serius! Memang berbaloi dan menjimatkan untuk pembelian 1 botol yang kita boleh duna keseluruhan badan :-)


Dan ini adalah rahsia kehebatan mandian Shokubutsu Mochi Hada :-)

⦁ Teknologi Moisture - Lock Jepun Shokubutsu Mochi Hada
Teknologi Moisture - Lock Jepun Shokubutsu Mochi Hada adalah satu formulasi mandian cemerlang daripada LION Corporation Japan yang mengekalkan kelembapan kulit dengan mengurangkan penyejatan air dari permukaan kulit. Cara ini mengunci molekul-molekul air yang sedia ada di dalam kulit, menjadikannya lebih efektif dalam mengekalkan tahap hidrasi kulit.

⦁ Rahsia kulit tanpa cela dengan ramuan asli Jepun
Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil diformulasikan dengan teknologi Moisture-Lock yang menggabungkan secara aktif Minyak Tsubaki Ultra-Pelembap, Ekstrak Tapai Beras dan Minyak Bran Beras yang mengunci kelembapan dari dalam untuk kulit yang kekal terhidrat, lembut, licin dan berseri selepas setiap mandian.

⦁ Minyak Tsubaki (atau Minyak Bunga Camelia Jepun) telah menjadi sebahagian daripada amalan kecantikan yang penting di Jepun sejak berabad lalu. Ia juga merupakan rahsia kecantikan di kalangana Geisha. Wanita Jepun yang terkenal dengan kulit wajah tanpa cela, menggunakan minyak Tsubaki untuk memberi khasiat dan melindungi kulit wajah secara tradisional. Minyak ini mudah diserap, hipoalergenik dan bukan komedogenik. Pada kebiasaannya, minyak tradisional Jepun ini digunakan untuk anti-penuaan, melembut dan melembapkan kulit dengan mendalam, hasil kombinasi kebaikan antioksidan, asid lemak dan vitamin E yang terkandung di dalamnya.

⦁ Minyak Bran Beras adalah satu rahsia anti-penuaan di Jepun. Ia membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapan. Kaya dengan vitamin dan zat-zat galian, minyak bran beras membantu untuk memperolehi kulit lebih cerah, lebih lembut dan licin.

⦁ Extrak Tapai Beras adalah air beras yang diproses secara penapaian. Ia kaya dengan antioksidan dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.

Selain itu Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil adalah terbukti selamat untuk digunakan ke atas kulit dan tidak menyebabkan kerengsaan (iritasi) dan keradangan (reaksi alergi) kepada kulit. Produk ini juga selamat untuk digunakan ke atas kulit wajah dan tidak menyumbat atau menyekat liang pori wajah.


 Ada 3 varian yang korang boleh cuba iaitu:-

Shokubutsu Mochi Hada Face and Body Shower Oil Nourishing & Softening

Yang ini memang terasa bau aroma minyak bunga Camelia Jepun. Best juga lepas guna. Rasa kulit badan lebih lembut.

Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion Ultra Moisture

Feveret saya! Sebab saya jenis suka pakai losyen lepas mandi. So lepas ni rasanya tak perlu dah. Sebab badan akan rasa lembap-lembap dan lembut.

Shokubutsu Mochi Hada Shower Lotion Glow Radiance

Ini pun best juga. Lepas bersih muka terasa lebih 'glowing'. Dan saya juga dengan konsep mandian yang mempunyai ciri losyen. Sebab ianya membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Secara personal saya memang menyukai ke semua varian Mandian Shokubutsu Mochi Hada. Sebab 2 dalam 1 boleh digunakan untuk badan dan muka. Selain kaya dengan ramuan yang hebat, baunya memang best dan paling enting dapat membantu menganjalkan kulit wajah dan badan. Wahhh!!!



So korang jangan lupa untuk dapatkan produk di outlet Watsons yang berhampiran ataupun di Watsons online store yerpp!!
#ShokubutsuXWatsons 
#WatsonsExclusive  
#WatsonsMalaysia

Apa Yang Best Tentang Mandian Shokubutsu Mochi Hada Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 05, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. dah beli..lom try lagi...sebab habiskan stok lama

    ReplyDelete
  2. memang best shokubutsu ni kak. sebab banyak buih. sesetengah org kalau sabun mandi nak bayk buih. so pilihan tepat adalah brand shokubutsu ni.. hihi

    ReplyDelete
  3. Lama dulu pernah gak pakai Shokubutsu ni, memang best bau dia. Ni dah ada keluaran dgn haruman baru pulak, harus cuba. Best jugak sabun leh pakai dari hujung kepala sampai hujung kaki, jimat duit nak beli mcm2 produk..hehehe

    ReplyDelete
  4. Tak pernah guna Shokubutsu sebelum ni tapi tertarik pula dengan produk dia kali ni especially body shower lotion ultra moisture tu sebab saya sendiri jenis kulit cepat kering. Memang akan membantu sangat kalau ada produk boleh melembapkan kulit ni.

    ReplyDelete
  5. Wahhh shokubutsu.. ni shower foam dari zaman sy duduk asrama dulu lagi.. suka sgt guna ni

    ReplyDelete
  6. Wah... Kalau travel mudah ni.
    Cuci muka. Cuci badan. 2 in 1.
    Jarang beli shokubutsu.
    Anak2 dara da jatuh cinta dgn safi tembikai.
    Abis sebuah rumah bau tembikai :)

    ReplyDelete
  7. Kompem bau best ni sebab shokubutsu mmg tak mnhampakan bau2 dia.. Suka pakai shokubutsu ni

    ReplyDelete
  8. memang pakai shokubutsu sampai skrg ...yg ni bau mochi ? rare betul nihhh harap moachi kacang merahlah yerrr...barulah sedap nak mandi nanti ...ekekeke

    ReplyDelete
  9. Dulu guna juga jenama mandian yang ni..tepi waktu zaman belajar jak la..la ni dah kahwin, semuanya wife yg pilih kita tinggal guna je..

    ReplyDelete
  10. Info yang sangat menarik.. Dulu pernah guna jenama ni masa zaman belajar dulu.. Wangian dia memang best. Yang terbaru ni tak pernah lagi guna.. Tak pasti wangi ke tak

    ReplyDelete
  11. Masa zaman belajar dulu, suka betul beli shower foam shokubutsu ni. Bau dia wangi betul.. Ni dah ada varian yang baru tambah 2 in 1 lagi ni yang nak mencari ni. Kinah pantang kalau ada shower foam yang best2 macam ni

    ReplyDelete
  12. Igt dulu pakai shokubutsu masa study.. stay dalam rumah sewa ada 8 orang then share2 beli shokubutsu sbb masing2 jatuh hati dgn baunya.. memang layan pakai shokubutsu

    ReplyDelete
  13. Bau shokubutsu ni memng sedap..nad memng pernh guna sabun shokubutsu ni..ni ada terbaru mesti lagi sedap bau dia..nak cari la..siap dua dalam satu..memang jimat sangat ni

    ReplyDelete
  14. waktu study selalu guna shokubutsa sebab banyak buih. mandi pun syok sikit betul tak.. wah produk baru ni kena cuba la. mesti sedap bau shokubutsa baru ni

    ReplyDelete
  15. Wah.... Dah ada yang baru! Dari dulu suka Shokubutsu sebab wangi dan lembut ngan kulit sekeluarga. Yg baru ni sekali tuk face dan body senang laa bawak travel.

    ReplyDelete
  16. Macam menarik produk shokutbutsu mochi terbaru ni sebab 2 in1 bolaeh guna di wajah dan badan. Memang nak kena beli cepat di pasaran.

    ReplyDelete
  17. Cantik pulak tgok packaging baru shokubutsu ni.Nampak mcm premium. Dulu selalu juga guna brand ni. Boleh try soon ni. hehe

    ReplyDelete
  18. Saya suka juga jenama shokubutsu ni sbbnya bau dia wangi giler!! lembutt je... pastu guna mmg rasa fresh.. cam nk berendam lama... haha

    ReplyDelete
  19. Teringin nk cuba sabun ni. Haritu baru beli and tak sabar nk guna. Hehe. Thank you bgi preview sebelum sis guna. Nmpk mcm bagus sngt

    ReplyDelete
  20. Kak mmg suka dgn shokubutsu ni mmg Wangi and segar lgpun jenama ni dah lama di pasaran

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.