Bengkel "Winning Weaning Diet" Bersama Pigeon

Punyai anak yang sangat aktif dan pada yang sama sangat 'fussy' dalam pengambilan pemakanan setiap hari menyebabkan saya begitu teruja menyertai Bengkel Pigeon kali ini,  Dengan bertemakan "Winning Weaning Diet" para peserta didedahkan tentang bagaimana produk Pigeon sendiri dapat membantu ibubapa mendidik anak dalam pengambilan makanan setiap hari.

Untuk slot pertama saya sempat mendengar perkongsian daripada Ms Ng Yee Voon Pediatric Dietitian daripada Sunmed@Home tentang bagaimana pengenalan makanan pada anak-anak yang bermula pada seawal umur 6 bulan. Ini terutama jenis makanan, tabiat dan tingkah laku anak terhadap penerimaan makanan yang pertama kali mereka rasa.

Boleh lihat kepada apa yang disyorkan dari segi kekerapan dan berapa banyak amaun makanan yang diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak.

Secara kesimpulannya, kita sebagai ibubapa:-
  •  Perlu berikan jadual makan (set a schedule). 3 hidangan dan 2 snek, perlu ada jarak sekurangnya 2 jam di antaranya.
  • Sediakan tempat makan yang sesuai dan selesa.
  • Pastikan anak boled duduk dalam keadaan selesa. Boleh cari jenis kerusi yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.
  • Kita tawarkan 'solid food' dulu untuk sesi 'rasa'
  • Berikan masa selama 30 minit untuk anak habiskan makanan (meal) dan 15 minit untuk snek.


Perhatian untuk ibubapa:
  • Jangan 'judge' anak!
  • Jika anak menolak untuk menikmati hidangan tersebut cuba atasi dengan memberi makanan lain yang mana punyai nutrisi yang sama.
  • Dapatkan rawatan daripada pakar jika perlu.

Ibubapa perlu 'alert' jika anak 'picky eater'. Kita boleh lihat kesannya terhadap anak.

 Jika anak makan seperti ini, kita tidak perlu risau. Ianya menunjukkan anak sedang seronok menikmati makanannya. Selesai makan, kita hanya perlu mengemas sehingga bersih.

Biarkan anak menikmati makanannya mengikut caranya yang tersendiri samada di atas pinggan mahupun di bahagian luar (pastikan tempat makan anak itu bersih ya). Selagi anak mempunyai keinginan untuk menikmati dan menghabiskan makanan kita biarkan sahaja.

 Biarkan anak-anak bermain sambil nikmati makanan. Kita hidupkan suasana 'enjoy' makan.  Apa yang penting ibubapa perlu menyediakan makanan yang kaya dengan nutrisi dan berkhasiat.

Terdapat banyak produk Pigeon yang hebat dan menarik sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Ada yang didatangkan dalam set mengikut peringkat umur yang sesuai untuk digunakan. Dengan bebas BPA tidak merbahaya penggunaannya untuk kanak-kanak dan paling menarik ianya didatangkan dengan warna-warna yang sangat ceria. Memang cantik serta rekaannya memang versatil dan praktikal.

Lepas makan jangan lupa gosok gigi ya anak-anak, hehehe.

Pada slot kedua kami telah belajar cara penyediaan 3 jenis hidangan untuk bayi dan kanak-kanak. Sangat mudah dan cepat sahaja penyediaannya. Saya baru tahu yang mana untuk epal hijau jika kita nikmatinya begitu sahaja memang akan terasa masam. Namun jika kita stim/kukus untuk dijadikan puri, epal hijau ini akan menjadi rasa sangat manis. Dan jika epal hijau digabungkan bersama labu memang akan lebih enak, iaitu rasa lemak-lemak manis.

Sesi yang bagus dimana ibu-ibu akan dapat mengenali satu sama lain sambil belajar sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat.

Antara bahan-bahan berkhasiat yang boleh digunakan dalam penyediaan makanan bayi dan kanak-kanak. Seperti epal hijau, beras perang, pisang, kentang, serbuk ikan bilis dan buah pir.

3 resepi yang kami cuba.

Ini adalah gabungan beras perang, serbuk ikan bilis dan kentang. Sedap jika dikisar dan untuk anak 2 tahun boleh dinikmati dalam bentuk kasar seperti ini.

Ini adalah puri gabungan buah epal dan labu,

Ini adalah beras perang dan labu.

Memang seronok menyertai bengkel seperti ini. Banyak yang saya dapat belajar terutama penggunaan produk hebat untuk anak serta informasi dan tips yang dapat membantu saya menyediakan pemakanan yang seimbang buat si manja. Nah! Ternyata jenama Pigeon yang sememangnya cukup gah dapat memberi kegembiraan dan inspirasi buat ibubapa di luar sana untuk memberi yang terbaik untuk anak tercinta.
Bengkel "Winning Weaning Diet" Bersama Pigeon Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 06, 2019 Rating: 5

15 comments:

  1. wahhh kalau baby's first food ni mmg suka lah masak macam2

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat join event macam ni. Banyak pengetahuan yang dapat tentang anak-anak. Marsha ni memang ada anak yang picky eater. Produk-produk keluaran pigeon pun comel-comel je.Nanti nak cuba cari kat mall sini

    ReplyDelete
  3. PiGeon's product memang bagus & cute.
    Aida dulu kala salah sorang pengguna setia product pigeon.
    Yes.
    Jgn paksa anak kalau x nak. Buat yg lain.
    Tackle minat dia slowly.

    ReplyDelete
  4. best jugak join event nie..dapat pengetahuan yang berguna untuk anak-anak kan...product pigeon pun terbaik

    ReplyDelete
  5. wahh banyaknya ilmu yang boleh dikutip melalui bengkel macam ni. mmg wajib ambil tahu dan ambil peluang untuk mereka yang ada anak kecil. :)

    ReplyDelete
  6. Wahh, siap ada demo masakan lagi. Tahniah pihak pigeon buat bengkel macam ni. Boleh ibu bapa tambah pengetahuan.

    Anak-anak yang picky eater ni, kita as a parent kena banyak bersabar. Enjoy the moment bersama anak-anak.

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat sertai bengkel mcm ni..nad suka..sebab ada anak-anak kan..boleh belajr banyak lagi macam mana nak bagi anak makan dngn betul..menarik..barang pigeon semua nampak comel

    ReplyDelete
  8. wahhh new mommies outhere boleh cuba buat nie untuk pemakanan baby. baguslah ada bengkel2 macam nie. boleh tambah ilmu dan belajar macam2

    ReplyDelete
  9. Seronok dapat jumpa kak ayu dan masak sekali untuk anak2 :)
    Mouse mommy pun suka menyertai Pigeon parenting workshop untuk belajar tips2 untuk sediakan makanan Yang sesuai untuk anak2.

    ReplyDelete
  10. Tips picky eaters tu Syu dah cuba semuanya. Memang berkesan. Rasanya strategi yg sama disarankan oleh PZM masa lawatan ke klinik kesihatan ibu dan anak

    ReplyDelete
  11. wah.. seronok TB baca.. huhu.. lagi suka tengok baby makan comot2 tu .. hahaha.. nampak diorang enjoy dengan makan diorang tapi kena pastikan tempat makan tu dibersihkan dulu..TB pun suka tengok produk pegeon ni.. menarik design dan color dia.. sedikit sebanyak buat anak2 berselera nak ngap makanan yang ada..

    ReplyDelete
  12. Wah! Tq for the valuable info. Saya masa baby dulu pun picky eater juga.

    ReplyDelete
  13. pigeon ni memang produk otai kan ? masa anak2 atie kecik pun pakai produk dorang.. hee~ btw kak !! anak2 atie picky eater tau.. kena rajin ubah suai menu dorang baru lah okay.. kalau menu yang sama memang sampai kesudah begitu..

    ReplyDelete
  14. Bestnya. Macam2 belajar spashly untuk makan sihat anak. Thanks for sharing. I bookmark ssiap. Hehe

    ReplyDelete
  15. Pigeon's product are really good. Used some of their products too. Yeah always do what is best for our little ones but we should not be forcing them in any way right.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.