PROMOSI BULAN MERDEKA (OGOS) DI RESTORAN ROYALE SONGKET RESTAURANT, GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM



Hi korang! Bersempena sambutan Tahun Kemerdekaan yang ke 62 tahun, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) telah menawarkan Promosi Makanan Bulan Merdeka (Ogos) untuk sepanjang bulan Ogos. Antara promosi tersebut adalah:-


Promosi Vibrant Rainbow Cake 1 KG RM62.00+ 

Untuk menambah lagi kemeriahan sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun, GBWHSA turut menawarkan promosi kek Vibrant Rainbow 1 KG dengan harga RM62.00+ terhad kepada 20 kek setiap hari dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2019. Bagi mendapatkan promosi kek ini, kita perlu membuat tempahan kek dan pembayaran 3 hari sebelum tarikh mengambil kek melalui pegawai telepemasaran hotel Grand BlueWave.

Set Merdeka untuk 2 orang RM62.00+.

Antara promosi ‘mesti cuba’ bagi bulan Merdeka ini ialah Set Merdeka untuk 2 orang. Set ini termasuklah Ikan Siakap Asam Pedas, Ayam Goreng Berempah, Kailan Ikan Masin and Nasi Putih yang amat sesuai untuk dinikmati ketika waktu makan tengahari. Harga bagi promosi ini ialah RM62.00+ untuk 2 orang.

 Promosi Hi Tea Bulan Merdeka RM62.00+


Dan saya suka untuk kongsikan tentang Merdeka ialah Hi Tea Bulan Merdeka dengan harga RM62.00+ bagi saya cukup berbaloi dan menarik. Promosi ini boleh didapati setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ogos bermula dari 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang dengan pilihan menu berbeza pada Sabtu dan Ahad.


Pembuka selera yang ditawarkan kepada pengunjung ialah pelbagai jenis sayur dan salad seperti Vegetable Crudités with Green Pea Dip, Sliced Smoked Salmon Platter, Cold Steamed Chicken with Marinated Cucumber Thai Style, Turkey Ham Vegetable Salad with Corn Chips, Quinoa Salad with Cherry Tomato, dan banyak lagi!

Di Hi Tea Bulan Merdeka ini juga, kita boleh menikmati pelbagai pilihan masakan Melayu, India, Cina dan Barat yang disediakan oleh chef berpengalaman kami. Penggemar masakan Melayu dan Indian bolehlah mencuba hidangan seperti Kambing dengan Cili Merah, Nasi Kukus Jasmin, Kari Kambing Hijau dengan Terung, Roti Naan, Kari Ayam Madrashah dengan Santan dan Kari Sayur Dhal dengan Kerepek Rangup. Selain itu, pengunjung turut dapat menikmati masakan Cina seperti Nasi Goreng Cina, Sotong Cili Kering, Ikan Masam Manis dengan Nanas, Sotong Goreng bersama Sos Masam Manis dan Seasonal Green Vegetable with Herbs.



Manakala mereka yang menggemari masakan Barat, pengunjung boleh mencuba Roasted Chicken with Black Pepper Sauce, Sautéed Garden Vegetables in Light Herb Butter, Foot Long Sausage, Roast Pumpkin, Rolled Beef Sliced Filled with Force Meat Roasted in Creamy Mushroom Sauce, Chicken Schnitzel with Lime and Tatar Sauce dan Lemon Crumb Fish Fillet with Sticky Tomato Dip.






Buffet ni turut mempunyai gerai show kitchen yang menawarkan Satay Ayam, kuih Malaysia seperti Pisang Goreng, Cucur Udang, Cucur Ikan Bilis dan Keropok Lekor. Antara lain yang boleh dinikmati di gerai ini ialah pizza, burger dan sosej. Selain itu, di ‘live stalls’, pengunjung boleh memilih untu mencuba masakan seperti Nasi Ayam, Nasi Lemak Pandan, 5 jenis Mee, Pasta, serta hidangan Jepun seperti pelbagai jenis tempura dan sushi.Korang kena tau rasa ABC kat sini, memang sedap!





Selain itu, sesi hi tea tidak akan lengkap tanpa pelbagai pencuci mulut dan pastri, heheh. Pelbagai pilihan pencuci mulut dan pastry seperti Danish pastries, donut, kek seperti American Baked Cheese Cake, Chocolate Devil Cake, Mousse Cake, Praline Cheese Cake, Tiramisu, puding, Waffle serta penkek. Antara lain yang boleh didapati adalah bahagian salad dan buah-buahan.


Untuk pengetahuan, kesemua promosi ini berlangsung dari 1 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2019 dan promosi-promosi ini hanya sah bagi pelanggan yang membuat tempahan melalui pegawai telepemasaran Hotel Grand Bluewave. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut ataupun tempahan, bolehlah hubungi bahagian telepemasaran kami melalui 03-55118811 sambungan 2723 atau
2724 atau Whatsapp 019-2736801. Kesemua harga tertakluk kepada 6% SST.

Promosi:
Hi Tea Bulan Merdeka : RM62.00+ setiap orang
Kek Vibrant Rainbow 1 KG : RM62.00+ setiap kek
Set Merdeka : RM62.00+ setiap 2 orang
Tempoh Promosi : 1 Ogos 2019 – 31 Ogos 2019
Tempat : Restoran Royale Songket, Aras G


Jom makan kat sini di bulan merdeka!

PROMOSI BULAN MERDEKA (OGOS) DI RESTORAN ROYALE SONGKET RESTAURANT, GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 03, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.