CAROUSELL MERAIKAN WIRA MALAYSIA DENGAN KEMPEN #MYLOCALWIRA BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Carousell, salah satu daripada pasaran mudah alih terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, menganjurkan usaha pro-sosialnya di seluruh negara dengan kempen #MYLocalWira sehingga Ogos 31, bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 62.

Bagi meraikan acara ini, #MYLocalWira menyeru semangat keprihatinan rakyat Malaysia, dengan sokongan beberapa individu hebat dan terkenal –lagenda skuasy negara Datuk Nicol David, pejuang seni mempertahankan diri campuran (ONE MMA) wanita yang pertama di Malaysia dan duta Global

Citizen Ann Osman, model antarabangsa dan usahawan fesyen serta kecantikan Amber Chia, atlet pemotoran professional dan “Ratu Drift” Malaysia Leona Chin, penerjun kelas dunia Leong Mun Yee serta gimnas nasional Farah Ann. Setiap dari invidividu ini telah menyumbangkan beberapa item peribadi untuk dijual di Carousell, di mana hasilnya akan disalurkan untuk tujuan amal.

“Ramai rakyat Malaysia cukup bertuah dikurniakan lebih dari apa yang diperlukan, sementara yang lain memerlukan bantuan. Dengan kempen #MYLocalWira, kami bekerjasama dengan beberapa individu hebat dengan menjual item pra-suka mereka di Carousell dalam satu tindakan mulia ‘memberi semula’ kepada rakyat Malaysia yang menyokong mereka bertahun-tahun lamanya. Kami juga mengharapkan peminat akan mendapati betapa bermaknanya untuk memiliki item peribadi yang memainkan peranan penting dalam karier hero mereka. 

Dengan #MYLocalHero, kami memberikan penghormatan kepada rakyat Malaysia yang telah membanggakan kita semua, dan seterusnya berharap contoh yang diberi dapat memberikan inspirasi kepada yang lain untuk mencapai kejayaan,” jelas En Tang Siew Wai, Ketua Serantau, Malaysia, Carousell Malaysia.


Hasil kutipan penuh dari jualan barang-barang ini akan dimanfaatkan untuk Parents without Partners, sebuah organisasi amal yang ditubuhkan bagi membantu ibu bapa tunggal yang memerlukan. Dana yang dikumpul oleh organisasi ini terutamanya adalah melalui penjualan barangan pra-suka di kedai simpanan mereka, Jumble Station, yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai, dan hasil daripada #MYLocalWira akan menyokong perbelanjaan seperti sewa, barangan runcit dan bekalan sekolah.

Dari Rakyat Malaysia, Untuk Rakyat Malaysia

Dapatkan senarai penuh personaliti Malaysia beserta item untuk dijual di https://my.carousell.com/ atau melalui aplikasi Carousell; setiap pembelian akan membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.

Untuk informasi lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Carousell di www.facebook.com/carousell.my, di Instagram @carousell.my atau muat turun aplikasi Carousell menerusi Apple Store atau Google Play Store.

CAROUSELL MERAIKAN WIRA MALAYSIA DENGAN KEMPEN #MYLOCALWIRA BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 10, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.