Pelancaran Juara Ummah dan Bengkel Bersemuka UPKK Siri 1

Pelancaran Juara Ummah dan Bengkel Bersemuka UPKK Siri 1 |Juara Ummah merupakan projek kolaborasi strategik diantara Ustazah Asma’ Harun (UAH), pendakwah dan tokoh pendidikan terkemuka bersama dengan Fly High Education Centre. Projek ini dilancarkan dengan misi untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik bahkan akhlak juga.


Pelancaran ini turut menyaksikan pembukaan Bengkel Bersemuka UPKK Siri 1, sebagai sebahagian daripada program Juara UPKK, yang mana ada menawarkan kelas intensif secara dalam talian dan bersemuka untuk persediaan murid menduduki peperiksaan UPKK


Untuk info Juara Ummah bukan sekadar program akademik. Bahkan ianya turut memfokuskan kepada pembangunan sahsiah dan jati diri Islamik para pelajar. Berpegang kepada motto “Membina Generasi Cemerlang Akademik & Akhlak”.


Sekaligus inisiatif ini menjadi penanda aras untuk melahirkan pelajar seimbang duniawi dan ukhrawi, serta menjadi pelapis kepimpinan ummah masa depan. 

Komponen Utama Program Juara Ummah
Berikut adalah antara  komponen utama program Juara Ummah:-

● Juara UPKK – Kelas secara online dan bengkel bersemuka yang dirangka khusus untuk pelajar sekolah rendah khususnya tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan UPKK.

Program bulanan Imtiyaz, Gempur dan Meroket – sesi pengukuhan dan ulang kaji yang dilaksanakan secara konsisten.

● Ebook Ulul Albab – panduan eksklusif untuk membantu pelajar menembusi sekolah berasrama penuh Ulul Albab yang akan ditawarkan dengan harga mampu milik serendah RM9.90, merangkumi panduan, tips, dan motivasi daripada tokoh ilmuwan.

● Program Cakna Ummah - kelas tuisyen secara online mampu milik dengan hanya RM99 sahaja untuk 4 subjek teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains & Matematik), serta  tambahan subjek Sejarah untuk pelajar Tahun 5 dan 6. Ini adalah usaha untuk memastikan pendidikan berkualiti boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Ustazah Asma Sebagai Pengasas Juara Ummah


Ustazah Asma’ Harun, yang merupakan Pengasas kepada Juara Ummah  menekankan bahawa:
Kejayaan sebenar bukan sekadar ‘A’ di atas kertas, tetapi ‘A’ dalam akhlak dan amal”. Juara Ummah ialah usaha kita untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di sisi Allah SWT.
Dengan pembabitan dan sokongan Ustazah Asma’ Harun sebagai penasihat spiritual, menjadi wajah rasmi kempen sererusnya berperanan menjadi penyampai motivasi bulanan, diharapkan Juara Ummah mampu mencetuskan revolusi pendidikan Islamik serta dapat menghasilkan generasi Ulul Albab dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia. 


Untuk info lanjut mengenai pendaftaran program dan acara akan datang, sila layari media sosial rasmi Juara Ummah di https://www.instagram.com/juaraummah/ atau hubungi pihak pengurusan di talian +610-543 3732 (Puan Yanti). Boleh juga untuk hantar emel ke ummahjuara@gmail.com atau layari laman web rasmi di www.juaraummah.com
Pelancaran Juara Ummah dan Bengkel Bersemuka UPKK Siri 1 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 15, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.