Kamal Haasan Beraksi Dalam Filem THUG LIFE

Filem THUG LIFE bukan kisah biasa. Ianya adalah kisah kebangkitan seorang manusia yang dipaksa melawan sistem yang membinasa. Filem yang mempertaruhkan tiga figura ikonik iaitu Kamal Haasan, pelakon legenda, pemikir sinematik dan pengasas Raaj Kamal Films International dengan kariernya selama lebih 60 tahun serta Mani Ratnam, nama yang sinonim dengan penceritaan sinematik yang berani dan berseni.


Filem Thug Life akan mula ditayangkan di pawagam bermula 5 Jun ini dengan lima bahasa iaitu Tamil, Telugu, Hindi, Malayalam dan Kannada. Untuk di Malaysia, tayangan rasmi akan dibawa oleh DMY Creation selaku pengedar utama, manakala AP International akan mengendalikan hak tayangan antarabangsa.

Sinopsis THUG LIFE
Thug Life mengangkat kisah perjuangan seorang lelaki yang dikhianati dan dipinggirkan, namun bangkit melawan sistem yang menindas dan korup. Dalam dunia di mana ketakutan menjadi alat kuasa, muncul sosok yang membawa harapan biarpun hadir bukan sebagai wira sempurna, tetapi sebagai manusia yang berani memilih untuk melawan.

Kekuatan pada aksi yang padu, jalan cerita kuat dan ianya bukan sekadar hiburan, bahkan satu naratif mendalam tentang pemberontakan, harga diri, dan erti sebenar perjuangan dalam dunia yang tidak adil.

Kamal Hasaan di KL
Satu sidang media telah diadakan bersama Kamal Haasan di Kuala Lumpur baru-baru ini 

Menurutnya Kamal, filem ini merupakan hasil kerja keras seluruh pasukan produksi, dan kini “anak” mereka diserahkan kepada penonton untuk dinilai. Beliau turut berkongsi rasa teruja dapat kembali bekerjasama dengan Mani Ratnam, yang menurutnya semakin berkembang sebagai pengarah dengan visi dan pendekatan teknikal yang jauh lebih matang dan menyeluruh.


Filem  ini turut menampilkan pelakon tersohor Silambarasan TR (STR). Tambah Kamal Haasan Silambarasan TR (STR) merupakan  terbaik untuk menjayakan salah satu watak utama.

 

Trisha Krishnan sememangnya dapat membuktikan kredibilitinya dalam membawa watak wanita yang kuat dan berpengaruh. Abhirami pula hadir dengan karisma tenang yang membawa kedalaman emosi, manakala Ashok Selvan tampil sebagai suara generasi baharu dengan pendekatan lakonan yang segar dan berani.

Kamal juga sentiasa terbuka terhadap inovasi termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang kini memainkan peranan besar dalam dunia sinema. Menurutnya, teknologi bukan sekadar alat visual, tetapi ruang untuk membawa naratif ke dimensi yang lebih mendalam dan autentik.

Di sidang media Kamal Haasan turut  mengimbau kenangan penggambaran beberapa filem di negara ini termasuk kerjasama dengan Rajinikanth suatu masa dahulu. Katanya lagi, hubungan budaya, bahasa dan sejarah menjadikan hubungan antara Malaysia dan India lebih daripada sekadar diplomatik bahkan ianya satu jalinan kekeluargaan.

Nah tenyata Thug Life adalah karya blockbuster yang sentiasa dinanti peminat filem tamil di Malaysia.  Jom sama-sama kita tonton filem epik ini di pawagam bermula 5 Jun 2025 nanti.

Kamal Haasan Beraksi Dalam Filem THUG LIFE Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 03, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.