Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia 2025

Festival Penuh Aksi Yang Menggabungkan  Kelajuan, Budaya Dan Komuniti  | Untuk tahun ketiga MALF 2025, ini adalah acara automotif yang paling dinanti-nantikan di Malaysia,


Acara ini akan berlansung di Litar Antarabangsa Sepang selama dua hari iaitu pada 14 & 15 Jun 2025. Terdapat pelbagai aktiviti menghimpunkan sukan permotoran, budaya pop, warisan tradisional dan aktiviti mesra keluarga serta menjadikannya sebuah acara yang pasti meninggalkan memori yang manis.

Tidak seperti ekspo automotif biasa, MALF 2025 adalah festival tempatan yang  meraikan identiti Malaysia di pentas serantau dengan pelbagai persembahan budaya tradisional mewakili semua etnik utama di Malaysia.

Antara tarikannya termasuk demonstrasi drift, pameran kereta retro dan perhimpunan kelab kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 800 kereta dipamerkan. 


Peminat juga boleh menikmati hari litar rasmi, aksi demo oleh pemandu lagenda dan akses eksklusif ke kawasan pit.


Untuk memastikan Festival Automotif & Gaya Hidup Malaysia 2025 lebih seronok  dan dapat dinikmati oleh semua, kami ingin mengumumkan bahawa kemasukan adalah percuma!

Namun, kemeriahan tidak terhenti hidup yang penuh dengan di litar sahaja. Edisi tahun ini menyediakan pelbagai citarasa makanan di bazaar, menampilkan suasana hebat dan gaya hidup yang penuh dengan keceriaan.

Penonton juga akan terpesona dengan barisan persembahan budaya tradisional yang dinamik dan persembahan dram yang memukau, meraikan kepelbagaian warisan dan budaya Malaysia — termasuk tarian etnik pribumi Borneo dan persembahan etnik dari seluruh negeri. 
Festival MALF 2025 ini mencerminkan siapa kita sebagai sebuah negara hari ini.sebuah masyarakat berbilang kaum, bertenaga dan sentiasa maju ke hadapan. Ia meraikan semua rakyat Malaysia, dan kami berbesar hati dapat menganjurkannya,
jelas Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works merangkap Penganjur

Tidak dinafikan MALF 2025 semakin mendapat perhatian meluas di peringkat serantau,  dengan penyertaan yang memberangsangkan dari Singapura, Thailand, Brunei dan
Indonesia. Pertambahan penyertaan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai asalah satu perhimpunan gaya hidup otomotif paling meriah dan dinamik di Asia Tenggara.

MALF 2025 adalah festival untuk keluarga yang bukan sahaja aktiviti dunia kelajuan (pemotoran) bahkan ianya juga menampilkan produk tempatan, fesyen, dan pelbagai pilihan vendor makanan dan  minuman. Kita juga boleh menyertai Auto Icons Show, Festival Motosikal dan Larian  Kopi.

Ikuti @malfestivalmy di Instagram dan Facebook untuk info terkini, sorotan jelajah  menarik dan maklumat lengkap festival. 
Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia 2025 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 12, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.