Temui Nickelodeon Garfield Di Meriah Raya Pavilion Bukit Jalil

Pavilion Bukit Jalil dengan kerjasama Nickelodeon Garfield menyajikan Meriah Raya kepada para pengunjung bagi sambutan musim perayaan kali ini. Bermula 25 Mac sehingga 25 April 2023, para pelanggan diceriakan dengan kehadiran kucing yang paling disayangi di dunia dan ikon popular – Garfield yang turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 tahun pada tahun ini. 


Para pengunjung disambut dengan kemeriahan dekorasi raya serta pelbagai persembahan dan aktiviti hiburan, pembelian raya dan santapan menyelerakan yang tersedia melebihi 400 buah kedai di mana boleh dinikmati bersama rakan dan keluarga serta penebusan cenderamata perayaan edisi terhad dan eksklusif.

Hadir bersama meraikan majlis pelancaran Meriah Raya ini adalah Pengarah Pembangunan Pakej -
Tourism Malaysia, En Shahrin Mokhtar, Pengarah Regal Path Sdn Bhd, Datuk Lee Whay Hong, Ketua
Pegawai Eksekutif Peruncitan KLPSB, Dato’ Joyce Yap, Pengarah Pemasaran KLPSB, Ms. Kung Suan Ai, Naib Presiden, Penjenamaan dan Pemasaran Peruncitan, Produk Pengguna Paramount Asia, Mr.

Dennis Tan, turut bersama menjayakan acara ini adalah para penyewa, para pengunjung dan anak-
anak dari kediaman setempat dan rumah anak yatim sekitar Bukit Jalil termasuk dari Surau Mustaqim
PPR Pinggiran Bukit Jalil, Pangsapuri Sri Rakyat Bukit Jalil dan PPR Bukit Jalil.

Pada tahun ini, Pavilion Bukit Jalil membawakan keriangan Meriah Raya yang memaparkan kegembiraan dan semangat bersama komuniti rakyat Malaysia yang sebenar dalam menyambut perayaan. Menyajikan lebih 400 buah kedai jualan yang pelbagai, Pavilion Bukit Jalil pantas menggapai popularitinya sebagai destinasi pusat beli belah di rantau ini yang merangkumi juadah makanan dan minuman, aktiviti santai dan peruncitan. Mewakili dan bersama-sama seluruh rakan kerjasama serta para penyewa kami, kami mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Dato' Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif (Peruncitan) bagi Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd dan Perancang Peruncitan Pavilion Bukit Jalil.

Sempena Ramadan bulan berpuasa dan muhasabah diri, Pavilion Bukit Jalil menekankan amalam
murni dalam meraikan komuniti setempat. Menyahut seruan itu, lebih 5,000 paket Milo disumbangkan kepada pemandu e-panggilan dan penunggang penghantaran makanan serta rumah anak yatim dan rumah warga emas sekitar Bukit Jalil.


MERIAH BERSAMA GARFIELD
Diceriakan dengan dekorasi raya yang girang dan berwarna warni, para pengunjung dijemput untuk
merakam momen raya mereka di Centre Court, aras 2 Pavilion Bukit Jalil dan bertemu kucing
kegemaran global dan ikonik dalam dunia hiburan, Garfield.


Mr. Dennis Tan, Naib Presiden, Penjenamaan dan Pemasaran Peruncitan, Produk Pengguna
Paramount Asia berkata, sejak kemunculannya, bilangan peminat Garfield semakin bertambah dari
tahun ke tahun. Kami teruja memulakan keraian ulang tahunnya ke 45 yang pertama di Asia Tenggara
dengan menganjurkan acara istimewa ini bersama Pavilion Bukit Jalil! Kami berharap dengan
bermacam-macam aktiviti yang disediakan akan merancakkan raya para pengunjung dan
menyerlahkan Garfield dalam diri semua.

Selain merakam gambar bersama 3 arca comel dan 6 jenis pameran karaketer Garfield yang berbeza
dengan ketinggian sehingga 8 kaki, para pengunjung boleh bertemu mesra bersama Garfield pada jam
2.00 petang dan 6.00 petang setiap  Sabtu dan Ahad bermula dari 26 Mac dengan pembelian minimum
RM100 di Pavilion Bukit Jalil.


Para pengunjung turut boleh mendapatkan pelbagai tawaran perayaan yang bakal menambat
perhatian mereka di Meriah Raya Marketplace terletak di Ruang Legar Utama, aras 2 yang
menampilkan pelbagai tawaran seperti duluKINI, GIFTOLOGY, The Body Shop, Krispy Kreme, Diamond Dotz, Yuniku, Dubai by Food Republic dan macam-macam lagi yang bakal melengkapi persiapan raya mereka.

Untuk masa terhad bermula pada hari ini sehingga 25 April 2023, para pelanggan boleh menebus
hadiah eksklusif dan terhad dengan perbelanjaan seperti berikut:
● Paket Raya ‘Meriah Raya’ Garfield – dengan pembelian minima RM100 dalam satu resit
● Beg Jinjing ‘Meriah Raya’ Garfield – dengan pembelian minimum RM300 dalam satu resit
● RM50 Baucar Beli Belah – dengan pembelian minima RM500 dalam satu resit
Sebagai tambahan, penebusan boleh dilakukan melalui resit pembelian dari kedai
kelengkapan kediaman terpilih termasuk LG Puricare, Hooga, Epitex, HOHM, duluKINI,
Iconfraft, Nitori dan More Design, melayakkan mereka untuk Cabutan Bertuah Extra Meriah
dan memenangi baucar beli belah sehingga RM50.


ACARA MERIAH
Sepanjang kempen Raya ini, para pelanggan akan disajikan dengan lambakan acara menarik termasuk
Raya-Raya Bazaar dari 13 – 17 April 2023 di aras 3, Piazza yang menampilkan lebih 50 ruang menawarkan pelbagai kek dan kuih raya, perhiasan rumah, fesyen muslimah dan aneka jenis pakaian
raya.

Membuat penampilan sulungnya di Asia Tenggara, para pengunjung diseru untuk menyelami minda
kreatif Tim Burton di pameran The World of Tim Burton bermula pada 20 Mac sehingga 31 Julai 2023.
Pameran agung ini memaparkan sebahagian dari kreasi pembikin filem tersohor - Tim Burton yang
merangkumi lima dekad penglibatannya menerusi 10 seksyen pameran mengujakan.

Bagi peminat sukan, pertandingan Athos Giant 3x3 bakal berlangsung di Piazza pada 31 Mac sehingga
2 April 2023 dan dilancarkan oleh YB Tuan Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Para pelanggan yang mencari hiasan rumah, dalaman mahupun luaran, peralatan elektrik dan perabot
dijemput hadir ke REX HOME EXPO yang bakal berlangsung pada 22 – 24 April 2023 di PBJEC.

MAKAN-MAKAN MERIAH
Pengunjung yang ingin berbuka puasa atau mengadakan pertemuan raya, terdapat pelbagai pilihan
kedai makan mesra-muslim menanti mereka di sini. Mempunyai melebih 150 jenis kedai makan di
keluasan lebih 1.8 juta kaki persegi, pengunjung tidak perlu risau tentang kapasiti tempat duduk bagi
kumpulan besar.

Bagi mereka yang mencari pembuka selera untuk berbuka puasa, para pengunjung boleh berkunjung
ke Mahnaz Food, D’Laksa ataupun ke The Food Republic untuk menikmati hidangan ringkas bagi
meredakan rasa lapar seharian berpuasa. Bagi mereka yang mencari ruang besar untuk famili dan
rakan, mereka boleh kunjungi kedai makan seperti Sukiya, Grandmama’s, Seniman dan Mee Hiris
China Muslim di mana ianya bersesuaian kepada semua. Bagi penggemar manisan, Rollney, Inside
Scoop, Perfect Ice dan Yam Fresh yang pastinya secocok dengan selera mereka.

BELI BELAH MERIAH
Bagi para pelanggan yang mencari tawaran terbaik untuk perapian kediaman mereka pada musim
perayaan ini, jemput ke King Koil Roadshow dan saksikan bingkai katil mewah, tilam premium dan
aksesori tempat tidur dari 24 Mac hingga 2 April 2023. Harvey Norman Roadshow yang berlangsung
dari 2 Mac sehingga 9 May 2023 memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan tawaran
yang terbaik dari seleksi barangan elektronik serta perkakasan elektrik yang meluas serta perabot
rumah dalaman ataupun luaran.


Kepada penggemar fesyen yang mencari pakaian raya estektik, dulu KINI, Kashkha dan dUCK
menawarkan pilihan pakaian raya yang menawan. Jangan lupa untuk melengkapkan diri dengan
perhiasan diri yang cantik mata memandang dari Habib, Swarovski, SK Jewellery atau bau-bauan dari
Arabian OUD dan kelengkapan kecantikan diri dari Alha Alfa. Sempurnakan tatarias diri anda dengan
berkunjung ke salun kecantikan yang terdapat merata di Pavilion Bukit Jalil seperti Sothys, Skinz
Sanctuary, Hair Tric and Lashility, A-Look dan banyak lagi.


Untuk makluman lanjut berkaitan aktiviti dan promosi Meriah Raya Pavilion Bukit Jalil, layari
www.pavilion-bukitjalil.com atau semak siaran langsung melalui Facebook, Instagram atau hubungi
Pusat Khidmat Pelanggan di +603-8092 8888.

Temui Nickelodeon Garfield Di Meriah Raya Pavilion Bukit Jalil Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 02, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.