Anugerah Seni BOH Cameronian Kembali Dengan Lebih Ummph

Anugerah Seni BOH Cameronian Kembali Dengan Lebih Ummph- Anugerah Seni Cameronian BOH kembali lagi tahun ini. Acara yang cukup berprestij ini adalah untuk memberi pengikitirafan kepada penggiat-penggiat seni baru yang teribat dalam industri seni persembahan. Contohnya seperti teater, muzik, tarian, teater muzikal dan pelbagai lagi. 


Tema tahun ini, A New Day, Setia Pada Senimu, adalah cerminan sebenar semangat masyarakat seni persembahan untuk bangkit semula dari bawah dan kembali dengan semangat yang diperbaharui.


Penggiat-penggiat seni ini juga telah menghantar penyertaan dengan mempertaruhkan persembahan memukau mereka. Ternyata pihak penganjur menerima penyertaan yang cukup menggalakkan iaitu lebih 1010 produksi dan ini sekaligus menyaksikan penghibur generasi baru sememangnya bersemangat serta antuasias yang menyala untuk seni!



Satu majlis pengumuman calon untuk Anugerah Boh Cameronian ke 18 telah diadakan di Performing Arts Centre Petaling Jaya (PJPAC) 1 Utama. Majlis ini turut dihadiri Mr Jason Foo CEO Boh Plantation, Ms Low Ngai Yuen, Presiden Kaki Seni, wakil penaja dan juga calon-calon Anugerah Seni Cameronian BOH ke 18.


Para juri terdiri daripada Dr. Andrew Filmer, Dominic Luk, Janet Kan, Ng Yuet Sum, Sara Heng, Dr Sayyid Shafiee, Tan E-Jan untuk muzik. Manakala Alla@Azura Abal Anas, Choong Wan Chin, Foo Chi Wei, Kenny Shim, Rathimalar Govindarajoo, Mohd Yunus Ismail untuk tarian. Seterusnya Christopher Ling, Fazleena Hishamuddin. Dt Muralitharan Pillai, Dt Syahrul Musa, Yves Yap untuk teater. Dan Colin Kirton, Mervyn Peters, Michael Xavier Voon, Sabrina Hassan, Sandra Sodhy untuk teater muzikal.


Anugerah ini juga memberi pengiktirafan pada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam lakonan, muzik dan tarian. Di samping itu anugerah ini turut diberikan kepada krew belakang tabir termasuklah mereka yang bertanggungjawab menjaga dan menghidupkan kembali produksi seperti Kostum & Solekan, Muzik & Bunyi, reka Bentuk Visual & Set dan Teka Bentuk Pengcahayaan.


CEO BOH Plantations Jason Foo, berkata,
Ia merupaakn sesuatu yang sungguh menggembirakan apabila Amugerah Seni BOH Camaeronian kemabagai salah satu acara kemuncak dalam insudteri seni. Cukuplah untuk saya katakan bahawa beberapa tahun kebelakangan ini adalah tempoh ujian bagi kita tetapi ia telah membentuk kecekalan kita sebagai sebuah industri.
Kita ingin menyemai benih yang baru. Semoga Anugerah Seni BOH Cameronian ini terus memotivasikan setiap artis yang membuat persembahan untuk mencapai bintang dan memecahkan sebarang siling kaca yang mungkin menghalang anda. Seperti biasa, BOH amat berbesar hati untuk mengembara bersama anda dalam usaha kreatif dan kami tidak sabar-sabar untuk bertemu semula di majlis Anugerah. 

Low Ngai Yuen selaku Presiden Kakiseni berkata,
Beberapa tahun kebelakangan ini banyak menguji bukan sahaja penghibur di negara kita tetapi di sleuruh dunia apabila sekatan dan perintah kawalan pergerakan menghentikan seni persembahan, muzik dan kerja-kerja produksi, menjadikannya sebuah situasi yang amat sukar untuk pengamal seni untuk terus hidup. Tetapi mereka hanya melakukannya beralih kepada penstriman langung dalam talian dan penyelesaian kreatif lain, sehingga akhirnya pada 2022, sektor itu mula dibuka semula dan bangkit semula. Geran BOH Cameronian diberikan untuk Pengeluaran Baharu bagi membantu untuk memulakan semula. Beberapa rancangan ini bahkan telah berjaya dalam senarai percalonan Oleh itu, ia sememangnya satu peristiwa yang mengembirakan bagi kami untuk menjaid tuan rumah 18BCAA dan mngumumkan calon-calonnya.
Untuk tahun 2023 acara anugerah ini telah disokong oleh panaja-penaja seperti A Cut Above, Inglot Cosmetics, SUB International Beauty School dan SOGO yang akan menjadi sebahagian daripada Anugerah Seni BOH Cameronian BOH Cameronian yang ke 18 bagi memberikan sambutan yang lebih glamor dan bergaya.


Di majlis yang sama turut dipersembahkan 18BCAA Limited Edition Canister bersempena dengan penganjuran Anugerah Boh Cameronian ke 18. Memang sangat cantik, esklusif dan premium.


Majlis Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 dijadualkan berlangsung pada Ahad, 14 Mei 2023 di PJPAC, 1 Utama E, I Utama Shopping Centre.

Anugerah Seni BOH Cameronian Kembali Dengan Lebih Ummph Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 04, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. Sememangnya Anugerah Seni Cameronian BOH ini menjadi katalis untuk memajukan industri seni persembahan negara, lantas menggalakkan penggiat seni untuk terus kreatif dalam menghasilkan produksi yang lebih baik.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.