Bob Rock Clothing (BRC) Menyantuni Anak-Anak Rumah Jagaan Amal Al Firdaus

Bob Rock Clothing (BRC) Menyantuni Anak-Anak  Rumah Jagaan Amal Al Firdaus- Mengambil keberkatan di bulan ramadan, Bob Rock Clothing (BRC) terus mengimarahkan bulan mulia ini dengan menggerakkan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Sepertimana yang sangat dialukan dalam agama bahawasanya tangan yang memberi adalah lebih baik dan barakah rezekinya berbanding orang yang menerima.

Ų¹َŁ†ْ Ų­َŁƒِŁŠŁ…ِ ŲØْŁ†ِ Ų­ِŲ²َŲ§Ł…ٍ Ų±َŲ¶ِŁŠَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ†ْŁ‡ُ Ų¹َŁ†ْ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠِّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų§Ł„ْŁŠَŲÆُ Ų§Ł„ْŲ¹ُŁ„ْŁŠَŲ§ Ų®َŁŠْŲ±ٌ Ł…ِŁ†ْ Ų§Ł„ْŁŠَŲÆِ Ų§Ł„Ų³ُّŁْŁ„َŁ‰ ŁˆَŲ§ŲØْŲÆَŲ£ْ ŲØِŁ…َŁ†ْ ŲŖَŲ¹ُŁˆŁ„ُ ŁˆَŲ®َŁŠْŲ±ُ Ų§Ł„ŲµَّŲÆَŁ‚َŲ©ِ Ų¹َŁ†ْ ŲøَŁ‡ْŲ±ِ ŲŗِŁ†ًŁ‰ ŁˆَŁ…َŁ†ْ ŁŠَŲ³ْŲŖَŲ¹ْŁِŁْ ŁŠُŲ¹ِŁَّŁ‡ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁˆَŁ…َŁ†ْ ŁŠَŲ³ْŲŖَŲŗْŁ†ِ ŁŠُŲŗْŁ†ِŁ‡ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ

Daripada Hakim bin Hiram RA dari Nabi SAW berkata: 
Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya
 (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih


Sumbangan Aidilfitri Dari Bob Rock Clothing 

Pada 7 April 2023 ramadan ke-16, Bob Rock Clothing telah bekerjasama dengan Plaza Shah Alam serta beberapa lagi Pertubuhan NGO yang lain telah bersepakat mengadakan satu majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus. Program meyantuni anak-anak ini telah diadakan dalam satu majlis yng cukup sederhana di Plaza Shah Alam.

Seramai 45 orang anak-anak yatim dari Rumah Jagaan Amal Al Firdaus yang berumur dari 1 tahun hingga 6 tahun telah dijemput untuk menghadiri majlis ini.  Walaupun pada hari kejadian cuaca di Shah Alam hujan lebat  sememangnya menyukarkan perjalanan namun anak-anak ini tetap hadir bersama 10 penjaga kesayangan mereka.


Program dimulakan dengan mengadakan majlis penyerahan barangan keperluan dan ianya terbuka kepada mana-mana pihak atau individu yang berminat untuk menyumbang kepada Rumah Jagaan Amal Al-Firdaus. Sambutan yang diterima memang cukup menggalakkan. 

Seterusnya program diteruskan dengan majlis berbuka puasa dengan sajian hidangan disediakan oleh Restoran Famous Thai Plaza Shah Alam. Pelbagai hidangan Thai yang cukup menarik dan enak telah disediakan istimewa buat anak-anak yang dijemput menghadiri majlis.

Kredit gambar dari facebook Plaza Shah Alam

Paling menggembirakan anak-anak ini tentulah ketika di majlis pemberian duit raya. Ianya juga sebagai tanda kasih dan berkongsi rezeki dari pihak Bob Rock Clothing (BRC) kepada anak-anak dari Rumah Jagaan Amal Al-Firdaus. 

 

Kredit gambar dari facebook Plaza Shah Alam

Menurut En. Syafiq Azizan, Pegawai Pembangunan Perniagaan Bob Rock Clothing, program seumpama ini merupakan aktiviti tahunan BRC setiap kali tibanya Bulan Ramadhan dan menjelangnya hari raya.


Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk rakan korporat atau badan bukan kerajaan agar lebih banyak lagi golongan yang memerlukan dapat diraikan bersempena bulan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.


Moga dengan aktiviti CSR seperti ini bukan sahaja dapat memanjangkan silaturrahim antara sesama manusia bahkan satu peluang untuk menyebarkan lebih kebaikan. Menggembirakan anak-anak yatim dan memberi bantuan merupakan satu insiatif  yang hebat walaupun pada zahirnya nampak kecil tetapi impaknya cukup besar, 


Dan diharapkan juga Bob Rock Clothing (BRC)  terus sukses dan terus  dikenali  sebagai  jenama plus size fesyen terbaik di Asia Tenggara

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai program CSR Bob Rock, boleh layari laman sesawang https://www.bobrock.com.my/csr@brc

#BobRockClothing 
#MenPlusSizeClothing
#PlusSizeFashion
#PlusSizeClothingOnlineMalaysia
#PakaianSaizBesarLelaki
#KedaiBajuSaizBesarLelaki
#Ramadhan2023


Bob Rock Clothing (BRC) Menyantuni Anak-Anak Rumah Jagaan Amal Al Firdaus Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 11, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.