TECNO #GoBoundless PHANTOM X Kini Mulai Memasuki Pasaran Malaysia



TECNO jenama telefon Pintar telah memperkenalkan model terbaru yang dikenali PHANTOM X di pasaran Malaysia. Menampilkan rekaan elegan Skrin 3D Tanpa Batasan dan pelindung kaca sutera pertama seumpamanya, PHANTOM X memperkasakan pengguna dengan #GoBoundless menerusi Skrin, Kejelasan Dan Prestasi Menjangkaui Batasan.


Dibina untuk menyokong segenap aspek kehidupan dan gaya hidup pengguna, TECNO PHANTOM X menampilkan kualiti luar biasa dan skrin tanpa sempadan yang direka bentuk secara ergonomik dengan sudut keemasan 36.5° untuk cengkaman dan keselesaan terbaik. 


Prestasi kamera unggulnya menjanjikan kejelasan tanpa had dengan gabungan sempurna kamera Ultra-Malam 50MP dan sensor 1/1.3 super besar terkemuka industri, kamera swafoto Ultra-Jelas 48MP dengan sudut Ultra-Lebar 105°, termasuk Mod Malam Super disokong AI dan Portrait Keemasan 50mm. Dikuasakan dengan kapasiti bateri 4700mAh, 256GB ROM, teknologi gabungan memori 8+5GM RAM dan sistem HiOS 7.6 yang dikemas kini, inovasi terkini TECNO ini menawarkan pengguna kebebasan untuk menjangkaui dan meneroka dunia yang tidak berkesudahan.


Konsep reka bentuk mewah PHANTOM X dibangunkan oleh bekas Pengarah Reka Jenama Dior, Alexis Mabille. Menerusi pemerhatiannya yang cukup jelas kepada rekaan, Alexis telah menggabungkan konsep reka bentuk mewah dengan setiap perincian, setiap lengkung dan ukuran. Menampilkan reka bentuk dan teknologi materialnya yang unik, PHANTOM X turut dianugerahkan Produk Disiplin bagi kategori produk telekomunikasi 1.08 di Anugerah Reka Bentuk iF 2022.



Datuk Wira Dr Lee Chong Wei Dilantik Menjadi Duta


Bersempena pelancaran telefon pintar perdana baharunya dan untuk meraikan kejayaan baharu yang dicapai, TECNO turut melantik duta jenama Malaysia baharunya pada acara itu yang juga wira badminton negara, Yang Berbahagia Datuk Wira Dr Lee Chong Wei.

Pengenalan PHANTOM X di Malaysia menandakan pencapaian signifikan kepada TECNO selepas kami kekal komited untuk membawakan inovasi premium yang berani dan lebih baik kepada rakyat Malaysia, sekali gus membangkitkan keyakinan kepada masa depan lebih baik. PHANTOM X dihasilkan untuk memperkasakan kemodenan individu dengan mengenepikan kebiasaan, sentiasa berusaha untuk berjaya dan mempunyai cita-cita untuk mencapai sasaran pada tahap yang baru. Justeru, kami memilih Datuk Wira Dr Lee Chong Wei sebagai duta baharu yang juga individu yang sinonim dengan intipati jenama kami iaitu “Stop At Nothing”. Beliau juga adalah individu serba boleh dan memiliki kualiti luar biasa, sebagaimana produk terbaharu yang dilancarkan kami, PHANTOM X
 kata Taiman Zheng, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), TECNO Malaysia.

Bercakap ketika majlis pelancaran PHANTOM X, duta jenama yang baharu dilantik Datuk Wira Dr Lee Chong Wei berkata 

Adalah satu penghormatan dilantik sebagai duta baharu jenama TECNO. Menerusi usaha sama ini, saya berharap ia dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terutamanya belia untuk #GoBoundless dan tidak berputus asa dalam mengejar impian. Selagi mereka memiliki semangat dan hala tuju yang tidak terbatas, pasti tiada batasannya.


Komited untuk membawa inovasi jelas dan luar biasa dalam rekaan, teknologi, dan menyempurnakan pengalaman, PHANTOM X bakal memperkasakan pengguna untuk merasai pengalaman terbaik yang luar biasa menerusi semua detik istimewa mereka dalam hidup. PHANTOM X kini tersedia untuk rakyat Malaysia di semua pusat TECNO an pengedar sah, hadir dengan dua warna; Van Gogh’s Starry Night dan Monet’s Summer. Bagi meraikan pelancaran di Malaysia, pelanggan 2,000 unit pertama PHANTOM X layak menerima hadiah percuma fon TECNO buds selain waranti perlindungan setengah tahun tambahan.

 

 

Skrin Tanpa Had


PHANTOM X dilengkapi Skrin 3D tanpa had untuk memperkasakan pengguna ke arah #GoBoundless, yang diiperkemaskan dengan rekaan unik pada sudut keemasan kanan pada 36.5° untuk menampung cengkaman. Skrin 6.7" kelas atasan menyokong pengalaman video dan permainan menyeronokkan. Tanpa sekatan pada bezel, Skrin 3D tanpa sempadan menampilkan sudut lentur sehingga 70°, menjadikan teks dan foto diadun lebih lancar dalam paparan infiniti di sekeliling peranti. Skrin Tanpa Had dan FHD+ AMOLED memberikan paparan terbaik yang lancar dan diperkemas.

Penambahan terbaru TECNO PHANTOM juga menawarkan ukiran tekstur permukaan kaca melengkung pertama dalam industri. Inovasi kaca sutera pula ditampilkan berdasarkan siri ujian dan prosedur pengeluaran yang kompleks, seterusnya mewujudkan sentuh elegan "keanggunan sutera" dan "kilauan kaca". Reka bentuk ukiran bertekstur yang luar biasa mempersembahkan garisan halus menegak yang menghasilkan ekspresi artistik tulen berdasarkan seni tangan yang indah.


PHANTOM X hadir dengan dua warna elegan dan klasik: Van Gogh’s Starry Night Blue dan Monet’s Summer. Van Gogh’s Starry Night membawakan paparan kesamaran bintang di langit yang misteri. Monet’s Summer pula memberikan paparan warna yang hangat dan menonjol. Kedua-dua warna ini adalah pilihan sempurna kepada peneroka dan inovator yang berani.

 

 

Kejelasan Tanpa Had



 

Prestasi Kamera Tanpa Had

Menjanjikan paparan yang jelas tanpa had, sistem kamera yang berkuasa pada peranti PHANTOM X merangkumi fungsi dwi-kamera depan dan tiga kamera belakang. Selain daripada kemampuan zum 30x dan sudut lebar 120° pada kamera belakang, PHANTOM X turut dilengkapi dengan kamera peneraju industri Ultra-Malam 50MP dengan Sensor Ultra-Besar yang menjadikan ia mudah untuk merakam foto yang jelas dan professional. Kamera Ultra-Malam 50MP menampilkan sensor Ultra-Malam yang membolehkan ia menerima 33% lebih cahaya dari persekitaran berbanding kamera 108MP dengan sensor 1/1.5-inci. Dengan julat ISO yang lebih luas dan kurang gangguan, pendedahan yang lebih baik, pengguna diberi kuasa dengan keupayaan untuk merakam keindahan yang tidak dijangka dengan saiz piksel 2.4μm Menerusi model 4-dalam-1, tanpa berkompromi dengan kualiti foto, walaupun dalam keadaan pencahayaan yang kompleks.

 

 

Bayangkan ketika mengambil swafoto dengan kamera Selfie Ultra-Jelas PHANTOM X 48MP, anda boleh merakam setiap butiran seperti: tekstur kulit yang lebih jelas, ciri muka yang lebih menonjol dan senyuman yang lebih cerah. Ditambah dengan ciri sudut 105° Ultra-Lebar disokong AI, ia sesuai untuk swafoto individu dan berkumpulan. Bagi memastikan pengguna mampu #GoBoundless dan sentiasa dapat merakam yang terbaik, algoritma penukaran pengesyoran wajah AI yang dibangunkan sendiri secara automatik mengesyorkan pengguna untuk beralih kepada mod rakaman ultra lebar apabila berbilang wajah dikesan, sesuai untuk mengambil swafoto berbilang individu.

Untuk rakaman potret terperinci, PHANTOM X juga didatangkan dengan lensa makro Potret Emas 50mm dengan jarak fokus pendek, setanding dengan kanta potret profesional. Pengguna juga boleh memilih tujuh kesan pencahayaan potret yang pelbagai tanpa menukar latar belakang foto. Tiga skema warna potret profesional juga disediakan untuk dipilih, menampung pelbagai jenis warna kulit yang berbeza yang memenuhi estetika berbilang persekitaran.

 

Dengan Mod Super Malam PHANTOM X, sesi fotografi malam kini menjadi lebih mudah. Walaupun dalam persekitaran gelap kurang daripada 0.1 lux, PHANTOM X boleh menghasilkan butiran yang lebih jelas daripada mata kasar dengan kamera yang dikuasakan algoritma dengan menggunakan pembahagian AI dan perlindungan malam. Pada masa yang sama, ia juga mengoptimumkan ketulenan gambar, kelajuan pemfokusan, dan keperluan warna pada waktu malam. PHANTOM X juga memudahkan anda merakam pemandangan bandar malam yang gemilang dengan Super Night View 3.0, selain membolehkan anda mengambil foto potret elegan dalam pemandangan malam yang menakjubkan dengan bantuan Super Night Portrait.

 

Prestasi Tanpa Batasan

 


Kuasa Dalaman Tanpa Had

PHANTOM X memperkasakan pengguna ke arah #GoBoundless dengan prestasi tanpa hadnya dan menjadikannya sebagai peserta mudah alih terkini dengan kapasiti storan yang besar, bateri berkuasa serta reka bentuk UI dan OS yang cekap. Dengan teknologi gabungan memori 8+5GB RAM dan storan 256GB, pengguna boleh merakam gambar dan video, dan tiada lagi kegusaran dengan bateri 4700mAh yang berkuasa. Apabila dicas sepenuhnya, ia boleh menyokong hayat bateri siap sedia selama 30 hari, penstriman video 16 jam dan mesyuarat video selama 9 jam. Dengan pengecasan pantas 33W, hanya 30 minit masa pengecasan boleh meningkatkan hayat bateri kepada 70%, mankala 60 minit pengecasan meningkatkan kuasa sehingga 100%. Selain itu, PHANTOM X telah dipertingkatkan secara menyeluruh dalam reka bentuk UI, operasi pintar dan prestasi sistem, yang menghasilkan kecekapan dan kelancaran penggunaan yang lebih tinggi. Ini memastikan pengguna PHANTOM X yang celik teknologi bersedia untuk sebarang cabaran.


Keseronokan Eksklusif Tanpa Had

PHANTOM X juga menampilkan sokongan suara AI terkemuka industri yang telah menguasai bahasa Inggeris dan boleh bertindak balas terhadap arahan anda walaupun semasa anda berada di luar talian. Aktifkan Ella dengan hanya memanggil "Hai Ella" setiap kali pengguna perlu membuat panggilan telefon, menyediakan penggera, memainkan muzik, memulakan mod pemanduan dan banyak lagi, semuanya tanpa menggunakan jari.

Dengan kemampuan meleraikan halangan bahasa, PHANTOM X juga dilengkapi dengan fungsi transkripsi langsung AI yang boleh menyalin lebih daripada 70 bahasa, membolehkan anda #GoBoundless dan berkomunikasi dengan lebih daripada 80% penduduk dunia dengan lancar. Kemampuan mengakses dan komunikasi masa nyata juga disesuaikan untuk perbualan interaktif dengan khalayak yang meluas. Untuk dokumen perniagaan, pembetulan Dokumen Fotografi satu butang mengesan kesilapan data dengan ketepatan pintar dan mengekstrak perkataan daripada sebarang jenis imej.

 


Selain itu, PHANTOM X menyediakan satu siri langkah keselamatan untuk melindungi privasi pengguna. Ia berfungsi seperti “Peek Proof” dan penyembunyian penyulitan aplikasi yang menghalang kebocoran maklumat. Walaupun dalam keadaan pengguna kehilangan PHANTOM X mereka secara tidak sengaja, fungsi anti-kecurian memberi isyarat dan mengunci peranti anda dari jauh. Hanya pengguna sahaja yang boleh membuka kunci telefon pintar mereka, memberikan keyakinan terhadap keselamatan maklumat peribadi dan sensitif. Cap jari ultra-nipis di bawah skrin membolehkan anda membuka kunci PHANTOM X dalam masa kurang daripada 0.4s, kelajuan membuka kunci optimum tanpa berkompromi dengan aspek keselamatan.

 Citi Tambahan PHANTOM X:

⬥ Fokus Dwi Teras Piksel Penuh + Fokus Laser: Mencari fokus dengan pantas menerusi fokus dwiteras piksel penuh dan fokus laser.
⬥ Pemulihan Potret AI: Menggunakan rangkaian sambungkan bersepadu menyediakan jaminan kesempurnaan bagi setiap potret.
⬥ Mod Filem: Memudahkan suntingan filem sinematik anda sendiri, sama ada untuk perniagaan atau keseronokan.
⬥ Mod Potret Video: Mengaburkan latar belakang yang berserabut dan meletakkan anda dalam fokus secara mendadak, walaupun ketika anda sedang bergerak.
⬥ Pergerakan Perlahan 960fps: Menikmati setiap detik kenangan seperti menghentikan masa.
⬥ Persian Pejabat Paling Berguna Terbina Secara DalamanMulakanhari anda dengan aplikasi paling biasa digunakan.
⬥ Kotak Sembang Terapung: Menerima pemberitahuan (pop-up) mesej secara terapung dan berkomunikasi dengan rakan tanpa mengganggu video kegemaran yang dimainkan.
⬥ Mengklon Telefon Dengan Satu Butang Pintar: Pindahkan segala-galanya dari telefon lama kepada yang baharu dengan pantas, efisien dan tanpa kerumitan dengan hanya berapa klik mudah.

TECNO #GoBoundless PHANTOM X Kini Mulai Memasuki Pasaran Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 08, 2022 Rating: 5

5 comments:

  1. Wow... lawa nyer smartphone Techno nie. Sure laku kang. Insya-Allah. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. Wah. Meriah betul spesifikasinya ye. Membuatkan Rawlins teringin gak nak dapatkan satu - banyak fungsi yang menyokong kerjaya yang semakin banyak virtual nie

    ReplyDelete
  3. Wow... memang menarik spesifikasi yang di tawarkan. Design Tecno pun cantik. Warna pun cun!

    ReplyDelete
  4. Wow...this new device looks attractive with it's design, colour & specifications especially nowadays everything on mobile . Gonna check out more & hold it at store then. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Sis baru tau ada jenama ni Ayu.. not bad gak tu, siap ada fast charging.. nanti nak try gak lerr survey...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.