Raya Aidilfitri 2022 Edisi Panik

Raya Aidilfitri 2022 Edisi Panik- Tahun ini tema baju raya keluarga kami ialah hijau emerald kecuali Yara hijau daun pisnag (sebab baju hijau emerald saiz dia yang kitaorang jumpa tak cantek, hahaha). Itu cerita baju. Tapi cerita utama raya tahun ini bagaimana kelam kabutnya kitaorang balik kampung beraya.

Perancangan asal semua lari, hahahaha. Mujurlah sempat berbuka puasa hari Sabtu bersama mak dengan adik kat KL. Tup-tup malam Ahad dah berkejar balik Kota Bharu. Beraya dekat kampung suami. Dah dua tahun tak balik beraya, kesian juga dengan anak-anak yang lama rindukan suasana beraya rumah ke rumah di pagi raya.

Bayangkan lepas pengumuman raya malam Ahad tu, Dedet dengan cargasnya pergi bayar zakat fitrah (siapa suruh bayar last minute khenn). Saya kat rumah memang dah macam ketua kontinjen SUKMA, arahkan anak-anak packing baju.

Kecuali baju raya memang saya dah letak dalam satu beg. Kiranya kalau tertinggal beg tu satu famili tak beraya dengan baju baru. Barulah adil dan saksama, hahahah


Dalam pukul 12am gerak. Di awal perjalanan sampai di Karak, jammed sedikit tapi still boleh bergerak. Dan akhirnya berjaya sampai di bandar Kota Bharu (depan rumah PIL) pukul 7.20 pagi. Dedet memang bawa kereta laju giler. Walaupun ada berhenti beberapa kali cuma kitaaorang tak bertembung dengan kenderaan besar. Jadinya perjalanan sangat santai dan smooth jer.

Sesi mengepoww duit mak sedara, hahahaha

Sampai rumah PIL, kerahan mandi semua anak-anak.Kebetulan biras dan adik ipar dah siap masak nasi minyak. Saya pula sibuk menggosok baju. Tunggu keluarga Along sampai, bersalaman, bergambar dan terus ziarah jiran-jiran di taman (kawan lama Dedet, adik, kakak ipar dan PIL). 

Tak sempat makan kat rumah pun... Sebabnya bila pergi rumah jiran memang kitaorang kena jamah makanan. Memang tiap kali raya macam tu. Jiran pun akan datang beraya rumah PIL. Untuk raya biasanya memang akan kecoh, masing-masing akan update perkembangan.  Masa inilah diaorang buat flashback zaman kenangan membesar sama.

Anak-anak macam biasa, selain rapat dengan sepupu diaorang dengan anak jiran pun boleh bertegur sapa. Budaya masayarat hidup berjirankan...

Malam baru saya sempat makan nasi minyak adik ipar dan biras. Itupun kitaorang ada rancangan lain. Kiranya bila kita cuti tak lama mana, memang padatlah jadual di kampung. Mana saudara yang berdekatan memang kitaorang ziarah. Ini terutama yang sakit dan yang tua-tua. Umurkan..baik muda atau tua kitapun tak tahu bila-bila masa kita akan bertemu dengan Pencipta.

Btw, aku letak jer semua gambar-gambar raya pertama (dak OOD ni hah). Sayang pula lepas ni nak delete. So kita letak sekeping dua, sepuluh ,dua puluh tiga dalam blog ni, hah!














Biarpun edisi panik raya kali ini, Raya tetap Raya macam biasa

0-0 uolls :-)
Raya Aidilfitri 2022 Edisi Panik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 11, 2022 Rating: 5

11 comments:

  1. Dedet Megah HoldingsMay 12, 2022 at 11:40 AM

    Awak memanglah tak nampak kenderaan besor2... dah membuta dengan jayanya LOL

    ReplyDelete
  2. Huhuhu... I understand how feel. Tahun nie raya tiba2 kan. However, I'm gald you had an awesome celebration.

    ReplyDelete
  3. Memang agak panik dan kelam kabut tahun nih. Nasib baik bahan masak dah sedia ada malam raya tu. Anyway,cantik semua baju raya famili akak.

    ReplyDelete
  4. Kenangan raya yang takkan dapat di lupakan.. huru-hara di buatnya hahahaha.. tiba raya dah macam tak raya, nak amik mood dulu hahahaha

    ReplyDelete
  5. La sama la kak. Malam tu memg cadang balik raya.. Bab baur zakat fitrah tu laki kita sama.. Selalu dia bayar malam raya, nah malam tu umum berdesup p masjid.. Memgbhuru hara

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn u. Lama 2 tahun tak jumpa.. Finally, gembira jumpa sekeluarga besar2! Saya pun sama bila kita sekeluarga dpt melawati saudara2 dan nenek di jauh! Harap kamu sekeluarga selalu sihat 😃 ya.

    ReplyDelete
  7. Raya 2022 memang memberi kesan kelam kabut yang indah bila dikenang semula. Memang ramai yang saat akhir baru buat persiapan. Lain yang dirancang, lain yang jadi.

    ReplyDelete
  8. Macam macam gaya ootd ye. Seronok tahun ni dapat beraya beramai ramai kan

    ReplyDelete
  9. Nasib Rawlins tahun nie raya KL. Pun turut terkejut sebab malam tu nak mencari lemang haha. Alhamdulilah semua selamat hendaknya.

    ReplyDelete
  10. panic or not, wishing your beautiful family a super blessed raya!

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya! best nyer semua pakai warna yang sama, sedondong lah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.