Review Movie : Tiga Janda Melawan Dunia


Baru-baru ini saya berkesempatan menonton movie melayu Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Mid Vally. Untuk info, saya jarang sangat menonton filem melayu terutama di pawagam. Tapi untuk filem Tiga Janda Melawan Dunia ini agak unik kerana menampilkan pelakon/dramatis senior yang cukup popular di Malaysia - Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Rosnah Mat Aris, Raja Azura dan Norman Hakim. Selain itu filem ini turut dibantu pendatang baru seperti Ellyza Azizi dan Abbas Mahmood.

Jalan cerita memang sempoi, mengisahkan tiga orang janda Midah (Khatijah Tan), Rohayu (Normah Damanhuri) dan Ain (Raja Azura) yang tinggal di kampung berusaha mengumpul duit untuk membeli tiket konsert terakhir penyanyi idaman mereka Aiman Zalini (Norman Hakim).

Disebabkan tiket konsert terlalu mahal dan eksklusif, mereka perlu melakukan pelbagai cara dan berusaha mendapatkan duit bagi merealisasikan impian mereka. Macam-macam perkara lucu terjadi. Dan siapa sangka perhubungan persahabatan mereka turut diuji.

Bagi saya sendiri walaupun jalan cerita agak sempoi dan ringkas tapi ada mesej yang cuba disampaikan. Bagaimana kita perlukan circle yang positif seperti hubungan kawan yang bertahun-tahun, sekepala dan saling membantu satu sama lain. Begitu juga bila kita menyebut tentang impian. Tiada yang mustahil jika kita ada keinginan untuk cuba merealisasikannya.

Dalam bergelak ketawa ada juga part sedih. Ini terutama dalam watak Ani dan arwah suaminya seorang yang cukup penyayang. Banyak juga scene flashback yang kelakar dan sedih. Oh ya! Banyak juga lagu dengan liriknya agak catchy dalam filem ini. Walaupun bukanlah 100% filem muzikal, namun lagu-lagu yang diketengahkan semuanya menghiburkan.

Filem yang telah mendapat sentuhan pengarah muda  Hyrul Anuar ini sememangnya tidak mengecewakan. Boleh saya katakan beliau agak berani mempertengahkan pelakon drama senior dan dibawa ke layar perak berbanding dengan kebanyakan pengarah hari ini yang suka lebih mencari pelakon yang cukup sedia popular.

Selain itu pengarah Hyrul juga berani membawa isu mak janda dan diangkat menjadi jalan cerita filem. Memandangkan isu ini sering dibawa dalam drama sahaja. Kelainan yang dibawa mungkin dapat menarik lebiih ramai peminat filem terutama generasi muda untuk menonton filem melayu di pawagam.

Saya bersama Kak Ungku

Pendatang baru namun bakat mereka cukup menyerlah didalam Tiga Janda Melawan Dunia

Bersama Khatijah Tan

Bersama aunty Normah yang cukup sporting. Siapa sangka jumpa depan-depan beliau seorang yang cukup pemalu, hehehe

Jom sokong filem melayu, jangan lupa untuk saksikan Tiga Janda Melawan Dunia di pawagam :-)

Review Movie : Tiga Janda Melawan Dunia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 17, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.