Maizurah Hamzah Kini Dilantik Sebagai Duta Evenchise Ebookstore



Maizurah Hamzah Kini Dilantik Sebagai Duta Evenchise Ebookstore- Maizura Hamzah penyanyi, pelakon dan pengacara yang cukup popular satu masa dahulu. Biarpun sekarang ini beliau sudah meninggalkan bidang seni, namun figura yang cukup hebat ini masih dikenali dan diminati ramai.

Lebih menarik, kehidupan Maizurah Hamzah hari ini bukan sahaja sibuk menguruskan anak-anak dan rumahtangga bahkan beliau juga telah menceburi bidang penulisan. Satu bidang yang beliau memang minati sejak zaman sekolah rendah lagi.


Untuk pengetahuan semua Maizurah Hamzah telah menghasilkan pelbagai jenis buku bacaan kanak-kanak. Minat beliau pada dunia ilmu menyebabkan  Maizurah gemar menulis dan membaca. Bukan sahaja penulisan kreatif bahkan Maizurah Hamzah juga hebat dalam menghasilkan puisi-puisi yang puitis.

Melihat kesungguhan Maizurah Hamzah dalam mengangkat bidang penulisan ke peringkat lebih tinggi, beliau kini secara rasmi telah dilantik sebagai duta Evenchise Ebookstore dibawah syarikat MSGA.

Majlis perlantikan ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MSGA Sdn. Bhd. Mejar Hasrul Taufek Roslan TUDM (Bersara) atau lebih dikenali sebagi Master Shiro didalam satu majlis gilang-gemilang di Sudirman Lounge, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur.

 Kehadiran Maizurah pastinya dapat menghidupkan budaya menulis didalam MSGA dan dijangkakan dapat menarik minat lebih ramai masyarakat untuk menjalinkan penulisan ebook sebagai gaya hidup sihat


Untuk pengetahuan semua, Evenchise Ebookstore adalah sebuah platform jualan ebook yang di bangunkan oleh MSGA SDN BHD bersama kepakaran IT daripada Global Surf Sdn Bhd sejak tahun 2017. Platform ini telah membantu lebih 5000 penulis ebook baharu di Malaysia dan 18 buah negara hingga ke benua eropah.

Platform Evenchise ini juga telah membantu ramai masyarakat yang terkesan dengan ekonomi semenjak PKP dengan membuka peluang mereka menjadi usahawan ebook dalam talian terutama surirumah. Untuk rekod sepanjang PKP tahun lepas seramai 3000 penulis telah berdaftar dengan Evenchise Ebookstore yang mana 70% adalah daripada dikalangan mereka mempunyai kepakaran yang cukup hebat. Dan penulis ini bukan sahaja daripada Malaysia, bahkan sebilangan daripada mereka daripada Mesir, Arab Sauci, Ireland, Jepun dna pelbagai negara luar yang lain.



Kerjasama MSGA juga meliputi majoriti IPTA dan IPTS di seluruh negara dalam membantu transformasi buku fizikal kepada buku elektronik. MSGA juga bakal mengadakan pelbagai bengkel penulisan yang mana duta Maizurah Hamzah akan juga sama-sama memeriahkan bengkel tersebut.

Di majlis pelantikan duta, turut diadakan majlis jamuan bersempena hari raya dan juga jualan buku fizikal daripada penulis ebook Evenchise Ebookstore seperti penulis Dr. Azizon Othman. Banyak rupanya karya-karya menarik dari penulis hebat dibawah Evenchise Ebookstore.





Program penulisan dan keusahawanan ebook store ini telah membuktikan potensinya sebagai alternatif kepada penulis buku fizikal untuk beralih kepada penerbitan buku elektronik yang kini menjadi trend terutama semenjak pademik covid19. Platform ini boleh dilayari di seluruh dunia dengan capaian internet
Dengan adanya platform Evenchise Ebookstore membolehkan penulis memiliki toko buku atas talian mereka sendiri. Dan memudahkan untuk penulis sendiri mewar-warkan hasil karya terbaru dan lama mereka. Sekaligus dapat membantu mempromosikan bahan penulisan dan seterusnya mengajak lebih ramai masyarakat di luar sana untuk sama-sama mengamalkan budaya membaca tidak kira di mana sahaja.


Menurut Maizurah, bagi memahami bidang keusahawanan ini, kursus dan latihan diberikan kepada semua peserta termasuk penggunaan sistem teknikal, penjenamaan, pelan pemasaran dan aplikasi telegram. Didalam majlis yang sama juga turut diadakan pelancaran ebook karya terbaru beliau berjudul Diari Si Puteri Pop 1- Suatu Permulaan dan upacara menandatangani Jalinan Persefahaman Hasrat diantara CEO MSGA Sdn Bhd dengan CEO Mindtalks Sdn Bhd.

Moga Maizurah Hamzah terus menulis dan sukses bersama  Evenchise Ebookstore.
Untuk keterangan lanjut dan pembelian ebook boleh layari : http://www.evenchise.com/. Manakala untuk program keusahawanan ebook ini boleh hubungi 011-2561 8098


Maizurah Hamzah Kini Dilantik Sebagai Duta Evenchise Ebookstore Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 31, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. Wowo....I always inspired by passionate writers , thanks for sharing this, so proud of Maizurah Hamzah & wishing her greater writers success with Evenchise Ebookstore. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.