Penapis Air PUREAL Dari Jenama PICOGRAM Menghasilkan Air Yang Berkualiti dan Bersih, Tanpa Tangki Lebih Jimat Dengan Penyelenggaran Sendiri


Penapis Air PUREAL Dari Jenama PICOGRAM Menghasilkan Air Yang Berkualiti dan Bersih, Tanpa Tangki Lebih Jimat Dengan Penyelenggaran Sendiri- PICOGRAM merupakan syarikat pembuatan water fiilter catridge dari Korea yang cukup terkenal sebagai sebuah syarikat yang cukup konsisten dalam menawarkan teknologi inovatif penapisan air yang terbaik dan terkini. Beroperasi sejak tahun 2008 dan sehingga bulan Julai 2021 sebanyak 49,102,236 penapis air telah dijual.

Untuk pengetahuan semua, syarikat PICOGRAM juga bekerjasama dengan syarikat penapis air yang terkenal di dunia seperti Cuckoo, LG, SK Magic, Samsung dan pelbagai lagi.

Minuman air bersih dan berkualiti untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.

Setiap rekaan water fiilter catridge yang dikeluarkan oleh PICOGRAM telah diuji dan mendapat pengiktrafan piawaian NSF (NSF standard). Untuk info, piawaian peralatan makanan NSF diuji termasuklah keselamatan bahan, reka bentuk, pembinaan dan prestasi produk. Piawaian dan protokol NSF boleh memberikan kredibiliti dan penerimaan industri terhadap teknologi baru yang diperkenalkan. Melalui pensijilan yang diberikan oleh NSF, menjadikan jenama pembuatan tersebut boleh dipercayai dan berkredibiliti dalam sebagai peengeluar peralatan makanan.

Tidak hairanlah PICOGRAM menjadi pengeluar water fiilter catridge no 1 untuk setiap paten dalam satu penyelidikan. Dan berjaya menjadi pengeksport water fiilter catridge kepada 40 negara sejak tahun 2007 lagi.


PUREAL - singkatan daripada dua gabungan perkataan iaitu PURE dan REAL. Jika diteliti pada makna perkataan itu sendiri membawa maksud kesucian sebenar. Dan PUREAL merupakan jenama yang diperkenalkan oleh PICOGRAM pada tahun 2000 yang menawarkan penapis air yang dapat meningkatkan kualiti taraf hidup pengguna.

Lebih menarik penapis PUREAL ini tidak memerlukan sebarang perjanjian kontrak pemasangan. Segala kerja penyelanggaran boleh dilakukan sendiri oleh pengguna. Ini kerana ianya sangat mudah dan tidak kompleks langsung. Water fiilter catridge juga mudah didapati dan boleh didapatkan dari PICOGRAM Malaysia di Shopee, WOWShop ataupun daripada syarikat PUREAL cawangan Malaysia terus. Dan jika dibuat perbandingan memang jimat banyak jika gunakapan penapis air PUREAL. Apa yang lebih penting kualiti air hasil daripada penapisan lebih menyakinkan kerana telah diuji dan terbukti memang benar-benar bersih.


Seperti yang kita sedia maklum Malaysia antara negara yang masyarakatnya begitu mengambil berat tentang penggunaan air bersih. Ini terutama air yang digunakan dalam masakan mahupun sebagai minuman. Air yang berkualiti, bebas bakteria dan bersih sentiasa menjadi pilihan keutamaan rata-rata rakyat Malaysia.


PUREAL Jenama Penapis Air Yang Jimat Kos, Berkualiti dan Berteknologi Tinggi

PUREAL merupakan jenama global yang sebenarnya cukup dikenali di seluruh dunia. Kehebatannya dalam memperkenalkan teknologi tinggi (hi-tech) sering mendapat permintaan daripada jenama besar untuk berkaloborasi sama. 

Teknologi penapisan air yang tidak memerlukan tangki (tankless), penyelenggaraan yang sangat mudah dan praktikal (boleh dilakukan sendiri) serta sangat menjimatkan kos. Antara produk dibawah jenama PUREAL yang ada ditawarkan di Malaysia seperti Premium Water Purifier, Line Changer Water  Purifier, Maxtream Hybrid Filter system, PUREAL Undersink Water Purifier, PICOGRAM Nano Replacement Filter dan pelbagai lagi.

Premium Water Purifier

Penapis air Premium Water Purifier ini didatangkan tanpa tangki (tankless). Jadi air yang melalui penapisan adalah betul-betul bersih dan segar. Ini memandangkan jika menggunakan penapis air bertangki boleh memberi risiko seperti pembiakan kuman didalam tangki.

Ianya tidak memerlukan tenaga elektrik dalam setiap penggunaannya. Memang benar-benar jimat kos penggunaan elektrik setiap bulan. Paip yang disambungkan daripada sumber air boleh ditanggalkan bagi tujuan kerja-kerja kebersihan. Behitu juga dengan 'water tray' yang boleh dicabut pada bila-bila masa bagi tujuan membersihkan dan memasangkannya kembali dengan mudah.

Terdapat 3 slot untuk water fiilter catridge

Terdapat 3 sistem penapis dengan penggunaan untuk selama 1 tahun. Apa yang menarik sistem penggantian penapis boleh dilakukan sendiri oleh pengguna. Dengan hanya plug and play. Sangat mudah tidak memerlukan kepakaran teknikal untuk memasangnya. Dan ini tentulah sangat menjimatkan kos penyelenggaraan yang biasa dikenakan oleh syarikat penapis air yang lain.


Rekabentuk Premium Water Purifier memang kompak dan slim dengan kelebaran hanyalah 11.5 cm. Jadi ianya tidak memerlukan ruang yang luas jika diletakkan didapur atau di mana sahaja didalam rumah.


Line Changer Water  Purifier


Sistem penapisan air yang menwarkan 3 penapis ini sangat cantik rekaan rekabentuknya, Namapak sangat klasik dan elegan. Tidak hairan Line Changer Water  Purifier telah terpilih sebagai  PEMENANG REKA BENTUK TERBAIK 2020

Untuk pertama kali didalam industri, Line Changer Water  Purifier telah memperkenalkan eknologi penggantian yang inovatif untuk keseluruhan modul saluran air. Ianya juga tiada tangki (tankless).



Sistem penggantian penapis hanya melalui satu sentuhan PnP (Plug&Play) dan boleh dilakukan sendiri. Didatangkan bersama set penapis premium yang mengandungi 5 penapis untuk kegunaan 1 tahun. Ianya juga tidak menggunakan tenaga elektri jadi tidak akan berlakunya getaran setiap kali air ditapis pengguna.


Bukan sahaja rekaannya cantik bahkan saiznya juga agak slim dengan kelebaran hanyalah 11.5 cm. Seperti model lain dibawah PUREAL,  'water tray'  dan paip juga boleh ditanggalkan bagi tujuan kebersihan.

Maxtream Hybrid Filter System

PICOGRAM Commercial Water Purifier ialah sistem berkapasiti besar berprestasi tinggi yang dipasang di kafe dan restoran. Pihak PICOGRAM juga menyediakan perkhidmatan OEM seperti komposisi bahan dan bilangan penapis mengikut kualiti air keperluan tempatan, penggunaan air tulen harian dan menyediakan tempat penyimpanan dimana penapis dipasang.

Untuk Maxtream Hybrid Filter System, saiz penapisnya adalah 15”. Jenis sambungan penapis adalah daripada jenis twist sekali sentuh. Komposisi didalam penapis seperti  Sedimen, Karbon, UF, Nano, RO dan penapis seramik.


PUREAL Undersink Water Purifier 


Penapis air seperti ini biasanya kita letakkan dibawah sinki. Didatangkan dalam saiz 8'. Jenis pemasangan sangat mudat hanya 'twist' dan masukkan.

Komposisi penapis ada 3 iaitu composite carbon block, electro positive membrance (nano) filter dan silver-carbon block filter. Tapisan air secara terus ke paip sinki.


PICOGRAM Nano Replacement Filter

Penapis Air PICOGRAM Nano Replacement Filter ialah sistem penapis air kediaman berprestasi tinggi berkonsep baharu dengan penapis satu sentuhan DIY yang boleh digantikan oleh sesiapa sahaja. PICOGRAM telah menyediakan perkhidmatan OEM berkualiti tinggi seperti komposisi bahan yang sesuai untuk kualiti air suapan tempatan dan pemilihan bilangan penapis. 



 Jenis sambungan penapis hanya satu sentuhan memang sangat mudah dan praktikal. Didalam satu set terda[at 4 jensi penapis iaitu:-
-PICOGRAM Natural Sediment Filter
-PICOGRAM Natural Pre Carbon Block Filter
- PICOGRAM Natural Silver Post Carbon Block Filter
-PICOGRAM Natural nano Positive Filter.


Kita boleh dapatkan penapis ini samada melalui pembelian terus dari syarikat PUREAL di Malaysia ataupun melalui PICOGRAM Malaysia dari talian membeli-belah Shopee, WOWShop dan pelbagai lagi platform.

PICOGRAM Malaysia
Unit F12-02,
bukit Jalil City Signature,
Pusat Perdagangan Bandar Bukit Jalil,
Persiaran Jalil 2,
57000 Kuala Lumpur,
Malaysia.


Penapis Air PUREAL Dari Jenama PICOGRAM Menghasilkan Air Yang Berkualiti dan Bersih, Tanpa Tangki Lebih Jimat Dengan Penyelenggaran Sendiri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 24, 2022 Rating: 5

14 comments:

  1. Bagus ada penapis air ni you. Kalau nak minum pun rasa selamat sikit. Air kat Malaysia ni kadang berkeladak. I pakai penapis air kat dalam rumah dan luar rumah. Kalau nak lebih selamat, kat luar ada penapis air yang besar sikit kemudian kat dalam rumah pun ada penapis air lagi. Insya Allah bersih airnya tapi kena juga membuat penyelenggaraan mengikut masa yang diberikan.

    ReplyDelete
  2. First time dengar tentang jenama PUREAL ni. banyak jugak produk penapis air yang ditawarkan 🙂

    ReplyDelete
  3. Alahai comel nye. Sesuailah kalau ada ruang kecil , jimat ruang sikit hehheeh .. design nye pon menarik sangat.

    ReplyDelete
  4. Nampak macam lebih praktikal dari yang jenis filter besar. Bagus boleh DIY sendiri pula tu. Saya first time dengar tentang Pureal nih.

    ReplyDelete
  5. 1st time dengar jenama ni. Penapis air satu keperluan sekarang ni kann... Anyway jenama ni punya design cantik laaaa..

    ReplyDelete
  6. oh nice, I can give PICOGRAM a try since need a filter at home recently. TQ for intro

    ReplyDelete
  7. This is good to invest a unit at home or office now , moreover can diy on own, thanks for sharing this & I'm tempting to own one now. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Wow hebat ni penapis air dah macam2 teknologi bagus persaing banyak harga patut boleh murah lagi kan hehehehe.. yg ni tiada tangki kalau putus bekalan air tiada langsung lah air dalam tu ok...

    ReplyDelete
  9. boleh jgk check post ni https://fazillahasyikin.blogspot.com/2022/05/10-penapis-air-paling-popular-di.html

    ReplyDelete
  10. very good content. you guys also can visit this for more info https://noratiqah22.blogspot.com/2022/06/3-pilihan-dispenser-air-tanpa-tangki.html

    ReplyDelete
  11. Info yang sangat membantu 👍 Thank you author ❤️ Penggunaan dispenser ni sangat senang dan memudahkan ☺️ Boleh rujuk artikel ni untuk survey mengenai dispenser yang elok https://fazillahasyikin.blogspot.com/2022/05/panduan-membeli-dispenser-air-panas.html?m=1

    ReplyDelete
  12. how bout this brand? have u guys heard about that? https://noratiqah22.blogspot.com/2022/07/penapis-air-jenama-aqua-kent-sentiasa.html

    ReplyDelete
  13. you guys should consider to this brand too. here are some review https://noratiqah22.blogspot.com/2022/06/3-pilihan-dispenser-air-tanpa-tangki.html

    ReplyDelete
  14. Nice post thank you Stephen

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.