Review Drama Bersiri Jepun : Mr Hiiragi's Homeroom

Drama bersiri ini mula ditayangkan pada tahun 2019. Walaupun drama ini dah lama dan saya baru sahaja menontonnya. Dan untuk 10 episod memang semuanya best, sarat dengan pengajaran dan banyak sangat plot twist yang kita tak akan sangka.

Mengisahkan seorang guru Mr Hiiragi sensei menjadikan 29 pelajarnya sebagai tebusan. Kejadian ini berlaku 10 hari sebelum ke semua pelajarnya graduasi. Ini kerana Mr Hiiragi ini mencari siapakah yang patut bertanggungjawab diatas kematian salah seorang pelajarnya Reina Kageyama (Moka Kamishiraishi) yang membunuh diri.

Banyak perkara dan cerita telah dibuka yang telah mengaitkan pelajar didalam kelas tersebut. Keadaan menjadi lebih keliru menyebabkan mereka saling mengesyaki dan menuduh antara satu sama lain punca kematian kawan mereka Reina. Siapakah yang patut disalahkan dan apakah punca menyebabkan kematian tersebut berlaku.

Keadaan lebih tegang apabila berlakuknya banyak kawasan bangunan sekolah di bom menyebabkan pelajar di situ terperangkap. Apatah lagi berlakunya pembunuhan dikalangan pelajar yang menjadi tebusan.

Bukan sahaja pelajar diberikan tugasan ( 1 soalan) setiap hari untuk mengungkaikan setiap misteri tentang kematian kawan mereka. Bahkan ianya juga melibatkan penyiasat yang bertugas serta guru sekolah tersebut.

Penyiasat Gunji Masato yang dedikasi yang dapat membaca strategi di luar fikiran.Gunji juga mempunyai sejarah hitamnya yang tersendiri dan beliau juga merupakan bekas guru.

Setiap pelajar mempunyai kisahnya yang tersendiri. Tentang kemiskinan, begitu juga dengan cita-cita yang ingin mereka capai. Masing-masing mempunyai sebab mengapa begitu cemburukan kawan mereka Rena.
Konflik semakin berterusan. Ianya bukan semata-mata melibatkan kematian disebabkan kes bunuh diri tetapi melibatkan institusi pendidikan juga. Mengenai salah guna kuasa terutama dikalangan guru. Namun begitu penekanan dalam cerita ini juga kepada impak perkongsian di media sosial.

Kisah remaja yang sanggup melakukan apa sahaja agar memudahkan mereka untuk capai apa yang diidamkan. Dan guru Hiirogi ini mengajar anak muridnya untuk sentiasa yakin dan sentiasa berdiri atas kaki sendiri. Cuba atasi masalah dengan berfikir sebelum bertindak.
 
Kisah 29 pelajar bersama guru yang memperjuangkan nasib kematian seorang pelajar yang membunuh diri.

Plot cerita memang best. Tapi ada part yang sedih yang membuatkan kita rasa geram. Tapi sebenarnya cerita ini banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Terutama dari segi kuasa media sosial.

Boleh tonton di Netflix!

Pelakon Utama:
Suda Masaki as Hiiragi Ibuki

Class 3A:
Nagano Mei as Kayano Sakura
Hagiwara Riku as Aizawa Hiroki
Akita Shiori as Akiba Rin
Sakumoto Takara as Ishikura Kota
Wakabayashi Kaoru as Asami Saya
Katayose Ryota as Kai Hayato
Tomita Miu as Uozumi Hana
Suzuki Jin as Satomi Kaito
Kawaei Rina as Usami Kaho
Furukawa Tsuyoshi as Sunaga Ken
Kamishiraishi Moka as Kageyama Reina
Mochizuki Ayumu as Seo Yudai
Shinjo Yume as Kanazawa Reo
Moriyama Aki as Tateno Hiroto
Tsukimiya Himena as Kawai Miki
Mifune Kaito as Nakao Ren
Hotta Mayu as Kumazawa Karen
Imai Yuki as Nishizaki Soma

Review Drama Bersiri Jepun : Mr Hiiragi's Homeroom Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 05, 2022 Rating: 5

5 comments:

  1. Wah macam menarik je nie Ayu. Tq for sharing..

    ReplyDelete
  2. Sounds like a good movie to binge-watch. Selalu nyer movie Jepun lagi best and artsy dpd movie Korea. I dah lama x tengok movie Jepun. maybe I should try this one. Thank you for your recommendation.

    ReplyDelete
  3. Kita sekarang layan je macam2 citer kat Netflix tapinyaaa malas nak review. hahaha. Ok nanti kita tgk cite ni pulak.

    ReplyDelete
  4. I actually long time didn't chasing Japanese drama , thanks for recommending this series, will check out to watch during CNY since likely my family will stay home instead of traveling. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. your super interesting review makes me want to watch this series right now!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.