STOR KE-500 GUARDIAN, TANPA LANTAI, TANPA DINDING Beroperasi 24/7 Membantu Pelanggan Mendapatkan Barangan Yang Dikehendaki Semuanya Di Hujung Jari!

Guardian Malaysia yang bermula dengan ruang runcit seluas 200 kaki persegi  sejak 55 tahun yang lalu, namun pada hari ini meraikan pembukaan stor ke-500 dengan tidak berlantai, tidak berdinding bahkan beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu. Apa yang menarik pelangan boleh mendapatkan produk yang dikehendakinya dengan mudah, hanya daripada apps dan ianya dapat dilaksanakan semua di hujung jari.


Stor ke-500 ini adalah aplikasi mudah alih baru Guardian yang telah dibangunkan dengan tujuan menawarkan manfaat yang lebih besar kepada pelanggan. Antara ciri-ciri aplikasi tersebut adalah ikon pintasan untuk akses lebih pantas untuk tawaran pukal, tawaran eksklusif dalam talian, produk-produk popular, fungsi menambah produk ke “Senarai Hajat”, carian terhangat dan penghantaran ke seluruh negara - tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja untuk Malaysia Barat dan enam (6) ke sepuluh (10) hari bekerja untuk Malaysia Timur.


Tae Hoon Kim, Pengarah Komersil &E-Dagang Serantau, DFI Retail Group, Asia Tenggara,
Kesihatan dan Kecantikan, melancarkan aplikasi tersebut di Kuala Lumpur hari ini berkata: 
Kami terus mengembangkan stor-stor fizikal sejak dua tahun lalu kerana kami tahu pelanggan masih ingin berkunjung ke stor apabila ia wujud berhampiran mereka. Pada masa yang sama, kami juga mempercepatkan perjalanan transformasi digital kami membangunkan saluran-saluran e-dagang, kerana kami mengiktiraf penerimaannya yang semakin meningkat di kalangan pelanggan dan perniagaan.
Aplikasi Guardian yang anda lihat hari ini adalah sebuah pencapaian penting dalam transformasi digital Guardian untuk berada seiring dengan pengguna yang mahir teknologi seperti anda. Ia juga merupakan cara kami menerima sepenuhnya perubahan baru yang melanda industri sepanjang dua tahun lepas. 

Kim berkata: 

Kami berasa sangat bangga memperkenalkan aplikasi yang dibangunkan secara teknologi ini dan pada titik perjalanan transformasi ini, kerana kami percaya persekitaran runcit kini benar-benar bersedia untuk aplikasi sebegini. Kami akan komited untuk mengikuti arus perubahan dalam dunia aplikasi mudah alih dan bekerja keras untuk membawakan promosi- promosi eksklusif aplikasi kepada anda.

Pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan produk yang ditawarkan melebihi 10,000 barangan keperluan kesihatan dan kecantikan dengan banyak tawaran ekslusif hanya di aplikasi. Selain itu, mereka akan menikmati platform pembayaran yang selamat dan dipercayai, penghantaran percuma dan lebih banyak peluang untuk mendapatkan e-baucar.

Untuk meraikan pelancaran stor ke-500 itu, Guardian mengadakan peraduan istimewa Beli dan Menang App-Clusive menawarkan hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk dimenangi. Hadiah pertama peraduan Beli dan Menang APP-Clusive ialah Set Barang Kemas HABIB Citrine and Diamond bernilai RM12,800, hadiah kedua berupa sebuah Kerusi Urut Ogawa Luxe Amour bernilai RM6,599 manakala lima hadiah ketiga ditawarkan berupa peranti Habo Cleaning Foaming Ogawa bernilai RM349 setiap satu. Secara keseluruhannya, 500 orang pemenang akan dapat memenangi sembilan jenis hadiah.

Selain itu, Guardian juga akan mengadakan peraduan Guardian App Dance Challenge dimana video paling kreatif dengan lagu singkat (jingle) Aplikasi Guardian akan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa RM5,000 (berupa kombinasi wang tunai RM2,500 dan baucar Aplikasi Guardian RM2,500). Terdapat juga lima hadiah saguhati berupa baucar Aplikasi Guardian bernilai RM500 setiap satu untuk dimenangi. Peraduan ini akan berlangsung dari 13 Januari hingga 27 Februari 2022.


Untuk pembelian App-Clusive pertama pelanggan akan menerima rebate sebanyak RM15 daripada pembelian beserta penghantaran PERCUMA,

Jadi, sila muat turun aplikasi mudah alih baru Guardian hari ini untuk memenangi pelbagai
hadiah eksklusif dan mendapatkan tawaran eksklusif yang hanya terdapat di aplikasi yang
pastinya akan menjadikan membeli-belah di Guardian lebih menyeronokkan, lebih mudah, bebas masalah dengan nilai yang lebih baik.
Aplikasi mudah alih baru Guardian boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google
Play Store. Sebagai tanda pelancaran selanjutnya, Guardian turut menyumbang RM5,000 kepada setiap
satu daripada 10 rumah anak-anak yatim di Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini, sebagai usaha berterusannya dalam menyokong dan berkhidmat kepada komuniti dimana mereka beroperasi.

10 rumah anak-anak yatim yang menerima sumbangan RM5,000 tersebut adalah:
  • Maahad Tahfiz As-Sahabah, Hulu Langat, Selangor
  • Yayasan Chow Kit, Kuala Lumpur
  • Pertubuhan Amal Rumah Anak Yatim dan Hidayah Alhijrah, Hulu Langat, Selangor
  • Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Muhammad Al-Fateh, Kajang, Selangor
  • Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor
  • Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang, Kuantan, Pahang
  • Rumah Kebajikan Anak Yatim & Fakir Miskin Perempuan (Permata Al-Insyirah), Pahang
  • Persatuan Kebajikan Jagaan Sri Sai Selangor
  • Rumah K.I.D.S, Selangor
  • Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi, Selangor

#GuardianMYApp

STOR KE-500 GUARDIAN, TANPA LANTAI, TANPA DINDING Beroperasi 24/7 Membantu Pelanggan Mendapatkan Barangan Yang Dikehendaki Semuanya Di Hujung Jari! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 14, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.