Majlis Malam Penghargaan Harqis Empire 2021 Meraikan Top Leader, Wakil Jualan dan Stokis Cemerlang

Harqis Empire telah meraikan wakil jualan dan stokis cemerlang mereka di satu majlis Malam Perhargaan Harqis Empire 2021 yang cukup esklusif dan meriah. Majlis yang diadakan di Marriot Putrajaya ini dihadiri top leader, wakil jualan dan stokis dengan penuh bergaya mengikut tema Prom Night dengan busana warna perak (silver).

Puan Nur Saidatul Akmar merupakan pengasas Harqis Empire, seorang wanita besi yang suka berdikari, bekerja keras dan begitu meminati bidang perniagaan. Pada awalnya beliau merupakan stokis untuk satu jenama produk dan berjaya membuat jualan lebih 1 juta sebulan. Namun tanpa alasan yang kukuh beliau telah dibuang daripada menjadi stokis produk tersebut.

Bangkit daripada peristiwa tersebut Puan Akmar bersama suaminya Encik Muhammad Aswadi telah bangkit untuk membina jenama beliau sendiri iaitu Harqis Empire yang mana perkataan HARQIS itu sendiri adalah gabungan daripada nama dua anaknya iaitu Harraz dan Qistina. Bersama pasukan stokis yang lama beliau bersama-sama membangunkan jenama Harqis Empire agar lebih dikenali dan mendapat tempat dikalangan masyarakat temapatan mahupun antarabangsa.

Harqis Empire Mula Mencipta Nama
Mula beroperasi pada 2019, Harqis Empire berjaya mencatat jualan tertinggi, mencecah hampir RM16 juta pada tahun 2021. Harqis Empire telah dianugerahkan dengan The BrandLaureate SMEs BestBrands e-Branding (Emerging SMEs) Awards 2021 dan ini satu pencapaian yang cukup hebat!

Antara produk pertama yang dikeluarhan oleh HArqis Empire adalah  XS PERFECT LOTION pada Ogos 2020 dan diikuti oleh XS PERFECT DRINKS MOCHA DAN LATTE pada Oktober 2020.

Produk XS PERFECT mempunyai tarikan dari segi kualiti bahan yang digunakan, kesan produk dan juga pembungkusan yang cukup menarik. Bayangkan batch pertama XS PERFECT MOCHA LATTE yang dikeluarkan sebanyak 20,000 kotak habis dalam masa 1 minggu sahaja

Selain itu Harqis Empire juga membri galakan kepada pelanggan mereka dengan menganjurkan weight loss challenge dan cabutan bertuah pada setiap bulan dengan menawarkan hadiah-hadiah lumayan. 

Antara produk Harqis Rmpire terbaru yang boleh dicuba iaitu Luxury Cappucino.

Begitu juga dengan Strawberry Milkshake yang enak rasanya. Boleh menambahkan tenaga dan lebih energetik.

Majlis Malam Penghargaan Harqis Empire 2021
Meraikan mereka yang telah bersama-sama dengan Harqis Empire dan mencipta kejayaan yang cemerlang. Satu majlis malam penghargaan meraikan top leader, wkil jualan, stokis serta staff Harqis Empire HQ yang berdedikasi.

Antara senarai penerima anugerah diatas pencapaian jualan yang cukup memberangsangkan pata tahun 2021.


Puan Wan Rahilah Binti Wan Abdullah memenangi X50. Atas pencapaian jualan RM9,946,810.00.

Puan Nur Aiman binti Mat Alu mendapat ganjaran sebuah kereta Bezza dengan pencapaian jualan RM6,224,794.00

Penerima kerusi Ogawa Puan Nik Syazafiza Nik Mansor.

Turut diraikan Top Leader Terbaik dinilai daripada pelbagai kategori.

Syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan yang dicapai hari ini menjadi pemangkin untuk lebih sukses pada masa akan datang.

Kehadiran Artis Tempatan Popular Mewarnai Malam Penghargaan Penuh Makna.

Sepanjang malam semua tetamu yang hadir dihiburkan dengan persembahan yang cukup bertenaga daripada Matahari Bands.

Namun begitu di hampir penghujung majlis, kehadiran Ziana Zain menyampaikan lagu yang pernah popular dinyanyikan beliau dengan dengan bertenaga menjadikan suasana dewan begitu semangat dan ceria biarpun malam semakin tua.

Begitu juga dengan kehadiran Aina Abdul, penyanyi Malaysia yang semakin meningkat namanya. Menyampaikan lagu popular nyanyiannya menjadikan kemunculannya pada masa tersebut satu kejutan yang sangat istimewa.

Antara fighters Harqis Empire yang hadir ke majlis malam penghargaan. Selain daripada merakan diri sendiri serta rakan-rakan sepejuangan, majlis sepeti ini tentunya dapat mengeratkan lagi perhubungan antara fighters Harqis Empire.

Siapa sangka di musim pandemik, ramai yang terkesan akibat PKP namun Harqis Empire terus mara berbisa meluaskan pengaruh dan jualannya di atas talian. Biarpun baru mula beroperasi pada 2019, Harqis Empire berjaya mencatat jualan tertinggi, mencecah hampir RM16 juta pada tahun 2021. Manakala untuk tahun 2022, Harqis Empire meletakkan sasaran penjualan 25 juta. Tiada mustahil dengan adanya pelbagai strategi dan komitmen semua 2000  fighters pasti target yang ingin dicapai boleh berjaya mencapai sasaran.

Antara perancangan promosi 2022, Harqis Empire ingin keluarkan jingle mereka di era.fm dan mempunyai iklan di billboard highway. Untuk tahun 2021 sebenarnya jingle Harqis Empire sudahpun didengari di Suria.Fm.

Moga Harqis Empire terus sukses dan maju menjadi jenama produk kesihatan terbaik di Malaysia dan juga dunia!
Majlis Malam Penghargaan Harqis Empire 2021 Meraikan Top Leader, Wakil Jualan dan Stokis Cemerlang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 11, 2022 Rating: 5

9 comments:

  1. Stokis tu dapat hadiah 1 juta?. Fuhhh jutawan sudah. Nak berniaga ni memang kena rajin. Kalau rajin memang dapat la apa yang dicitakan tu.

    ReplyDelete
  2. Wow... meriah nyer event nie. This is the first time I heard of Harqis. Thank you for sharing this information with me.

    ReplyDelete
  3. ada aina abdul.. mm grand event ini. apa pun tahniah sesiapa yg berjaya.. ramai wanita berjaya sekarang dlm bidang perniagaan.. harap Harmis Empire terus maju

    ReplyDelete
  4. First time dengar Harqis ni.. Tak sangka ramai juga yg berjaya buat sales dgn Harqis ye... Seronok dpt join event camni

    ReplyDelete
  5. Dia punya marketing ,mg power okay, besar iklan billboard.. rupanya ini founder dia.. lama tak pi event dinner camni, bestnya kan dapat join..

    ReplyDelete
  6. wah meriah event ni. artis jemputan pun semua yang hebat2. hadiah pun best. tahniah semua yang berjaya, semoga terus sukses dalam bisnes

    ReplyDelete
  7. Pergh! Hebat2 jualan mereka ye! ada yang hampir mencecah RM10 juta jualan! such an inspiration... sure earning pun banyak! senang lenang after hardwork... good job!

    ReplyDelete
  8. Meriahnua event dorg kak ayu. Bagusnya org2 kita ceburkan diri dlm bidang perniagaan. Semoga terus sukses dan kuat berniaga dlm era pndemik nie

    ReplyDelete
  9. Seronoknya pergi event macam ni meriah ramai artis. Buat bisnes oun semua berjaya bestnya

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.