Malaysian Real Book Mendokumentasi Kekayaan dan Kepelbagaian Muzik di Malaysia



Pengenalan kepada buku Malaysian Real Book merupakan satu inisiatif dalam pengumpulan dan dokumentasi khazanah muzik Malaysia. Ini termasuklah muzik tradisi-rakyat, jazz dan kontemporari. Projek ini juga satu komuniti untuk mempamerkan kekayaan  dan kepelbagaian muzik di Malaysia.


Selain itu ianya juga satu platform bagi menyerlahkan  karya-karya pengubah, pencipta lagu serta kumpulan muzik tempatan. Buku ini juga satu antologi cetakan muzik yang senang dimainkan dan dapat memberi manfaat kepada golongan pemuzik profesional, pendidik, pelajar serta penggemar muzik.


Malaysian Real Book  ini ditulis dalam format Lead Sheet, Di mana format ini telah mula diusulkan sejak zaman 1940an oleh seorang pengarah stesen radio iaitu George Goodwin. Untuk pengetahuan semua  Lead Sheet adalah sesuatu format penyampaian dengan catatan notasi muzik diiringi  dengan simbol kord dan adakalanya ianya disertai juga dengan lirik.

Pengenalan buku Malaysian Real Book ini juga boleh dijadikan sebagai sumber pendidikan yang komprehensif dan juga berperanan untuk merapatkan jurang antara mereka yang terlibat dalam bidang muzik


Moga dengan adanya Malaysian Real Book ini dapat dijadikan rujukan dan juga tarikan terutama buat mereka yang begitu meminati irama serta lirik dari pencipta serta penyanyi dari tanahair sendiri.

Malaysian Real Book Mendokumentasi Kekayaan dan Kepelbagaian Muzik di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 21, 2022 Rating: 5

14 comments:

  1. Mereka yang berminat dalam bidang muzik kena mendapatkan Malaysian Real Book untuk dijadikan sumber rujukan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah di atas usaha perekodan seni muzik nie. Tapi kenapa pakai nama Real Book ye?

    ReplyDelete
  3. This is so good! We need this kinda record as an appreciation for our musical talents. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. Buat peminat seni khususnya muzik mesti suka inisiatif ni. Pemain alat muzik boleh belajar dengan lebih mudah. kita hancur lupa dah bentuk simbol muzik ni.

    ReplyDelete
  5. Perfect for those who enjoy and love music, will share Malaysian Real Book with my friends.

    ReplyDelete
  6. Bagus buat buku macam ni. Ada kenangan dan boleh jadi sumber rujukan untuk masa hadapan

    ReplyDelete
  7. Bagus bila ada dokumentasi macam ni.anak seni dalam bidang ni pasti bangga dengan inisiatif ni

    ReplyDelete
  8. Ooo bagusnya mereka adakan buku sebegini, kalau tak pupus aje laa ek semuanya..

    ReplyDelete
  9. Bagi yg minat dlm muzik tentu suka dgn adanya buku Malaysian Real Book

    ReplyDelete
  10. yang minat muzik tempatan wajib usha benda ni. mesti berbaloi malaysian real book ni

    ReplyDelete
  11. good job, can't wait to check out Malaysian Real Book myself. keep it up artists!

    ReplyDelete
  12. Peminat musik harus dapatkan buku ni. Sure bagus dijadikan koleksi.

    ReplyDelete
  13. This is really an amazing initiative to recognize all talented Malaysian artists especially. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  14. lama dah tak tengok notes music tu hahaha. best juga untuk peminat music kan.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.