MISI KEBERSIHAN DETTOL BERMATLAMAT UNTUK MEMBANTU MEMBENTUK TABIAT MEMBASUH TANGAN DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Dettol Malaysia dengan bangganya melancarkan kempen kesedaran awam yang ditemakan Dettol Purpose Programme 2022 dengan sokongan serta kerjasama Kementerian Pendidikan yang menyasarkan 100,000 pelajar sekolah berumur antara tujuh hingga sembilan tahun. 


Membentuk sebahagian daripada inisiatif Hidup Sihat, Malaysia Hebat, program sekolah ini akan dilancarkan di lebih 400 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia mulai 17 Januari 2022 dengan matlamat untuk mendidik pelajar daripada darjah satu hingga darjah tiga agar mengamalkan serta mengekalkan tabiat kebersihan yang sihat daripada usia muda.


Dalam dunia hari ini, di mana tahap pencemaran semakin meningkat dan pelbagai penyakit kian muncul, ia adalah penting untuk kanak-kanak mula belajar teknik mencuci tangan yang betul pada usia awal bagi memupuk tabiat sepanjang hayat. Bagi membentuk tabiat yang lebih baik dan meningkatkan piawaian kebersihan, Dettol menegaskan bahawa amalan mencuci tangan secara kerap adalah salah satu cara terbaik untuk menghapuskan kuman, dan mencegah penularan kuman kepada orang lain.


Menurut Dr. Steven KW Chow, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta, Malaysia (FPMPAM) dan Pengerusi bagi program perkongsian Pendidikan Awam FPMPAM/Dettol, 

Adalah sangat penting untuk menerapkan amalan mencuci tangan yang betul dan menjaga kebersihan sebagai sebahagian daripada latihan rutin untuk semua pelajar sekolah. Ini adalah langkah pencegahan asas yang paling kos efektif dan harus diamalkan seawal mungkin untuk semua kanak-kanak sekolah rendah.

Peringkat awal kanak-kanak adalah tempoh pembentukan dimana tabiat sihat terbentuk, termasuk amalan kebersihan yang baik. Inisiatif Dettol Purpose Programme, yang telah dibina untuk memacu perubahan tingkah laku dan mewujudkan tabiat kebersihan yang berkekalan berhasrat untuk melaksanakan siri sesi pendidikan yang menyasarkan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak bagi meningkatkan pengetahuan mereka di samping memupuk amalan kebersihan tangan. Pelbagai aktiviti kreatif telah dirancang bagi menggambarkan konsep kebersihan tangan dari segi 'Situasi yang betul', 'langkah yang betul'' dan 'tempoh yang betul'.

Kanak-kanak adalah agen perubahan yang berpengaruh dengan kuasa pujukan mereka bagi menyampaikan mesej kepada ibu bapa mereka serta komuniti yang lebih luas. Dengan sokongan dan penglibatan pihak yang betul, kami boleh meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara signifikan, membantu mereka membentuk, mempelajari dan memupuk amalan harian yang kami harap akan menjadi perubahan kebiasaan yang kekal. Inilah sebabnya mengapa kita perlu memulakan proses asuhan dan pendidikan pada peringkat awal kehidupan dimana tabiat sihat diamalkan, dan amalan kebersihan tangan menjadi satu kebiasaan.

kata Gonzalo Balcazar, Pengurus Besar Serantau Reckitt Malaysia, Singapura
dan Vietnam.

Melalui inisiatif ini, Dettol akan memperkenalkan Hygiene Quest, satu rangkaian modul kurikulum yang menggunakan episod animasi singkat, komik, pelan pelajaran serta pelbagai aktiviti yang berkisar mengenai pengembaraan empat watak wira bagi menyampaikan objektif pembelajaran. Kursus komprehensif ini telah dibangunkan oleh rakan kongsi pendidikan global terkemuka dan turut melibatkan rangka kerja pengukuran untuk memberikan impak maksimum.



Dr. Say Shazril juga telah dilantik sebagai duta untuk membantu mendidik orang ramai yang
 ebih luas mengenai kepentingan amalan kebersihan yang baik dan berperanan sebagai
penyokong bagi kanak-kanak ini. 

Saya sangat gembira kerana program seperti ini akhirnya dilancarkan di sekolah, lebih penting lagi, di peringkat sekolah rendah. Mempelajari tabiat menjaga kebersihan tangan dengan baik yang mudah ini akan memberikan manfaat kepada kanak-kanak bukan sahaja pada hari ini, tetapi ke peringkat dewasa serta generasi akan datang. Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan Dettol dalam inisiatif ini dan saya berharap agar kami dapat melebihi sasaran 100,000 kanak-kanak supaya lebih ramai kanak-kanak didedahkan kepada kepentingan menjaga kebersihan tangan mereka pada setiap masa.
 kata Dr. Say.
Di Dettol, matlamat kami adalah untuk melindungi dan memupuk usaha gigih dalam membentuk dunia yang lebih bersih lagi sihat, dan melalui perkongsian dengan Kementerian Pendidikan seperti ini, kami menjiwai misi kami untuk membantu melindungi orang ramai dari semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak, daripada kuman dengan menekankan kepentingan tabiat yang sihat. Sebagai peneraju dalam perlindungan kuman, kami amat percaya bahawa melalui program ini, kami akan berupaya untuk membantu menjaga kesihatan keluarga di Malaysia demi masa depan yang lebih baik dan sihat.

tambah Balcazar lagi

MISI KEBERSIHAN DETTOL BERMATLAMAT UNTUK MEMBANTU MEMBENTUK TABIAT MEMBASUH TANGAN DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAH Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 28, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.