Cosmoderm Glow-C Skincare Menjadikan Kulit Wajah Anda Berseri-seri, Anjal Semulajadi

Orang kata umur hanyalah angka. Biarpun kita semakin meningkat usia tetapi jika kita menjaga kecantikan diri luar dan dalam nescaya akan kelihatan muda. Ahah! Apatah lagi jika menggunakan produk yang kita memang sedia tahu kebaikan serta manfaatnya seperti VITAMIN C. Terbaru Cosmoderm telah memperkenalkan siri penjagaan wajah Cosmoderm Glow-C Skincare yang kaya dengan antioksida yang dapat membantu melindungi sel kulit. Ini terutama melindungi kulit wajah kita dari radikal bebas akibat pendedahan UV. Lebih menarik dengan mengunakan Cosmoderm Glow-C Skincare secara konsisten selama 14 hari dapat menjadikan kulit wajah lebih anjal dan berseri-seri secara semulajadi. Menarik!

Ada 4 langkah yang boleh diikuti menerusi penjagaan wajah Cosmoderm Glow-C Skincare:-

👉  Cosmoderm Glow-C Detox Cleansing Gel (120ml) | RM 25.90
Pencuci muka Cosmoderm Vitamin C Glow C Detox Cleansing ini dapat membersihkan wajah dengan menghilangkan segala noda kotaran di kulit. Aroma oren yang sangat best dapat membantu kita rasa segar selepas menggunakannya.

Hanya picit sedikit muka Cosmoderm Vitamin C Glow C Detox Cleansing di tapak tangan. Campurkan dengan sedikit air. Seterusnya akan kelihatan buih dan sapu rata pada kulit wajah. Bilas dengan air sehingga bersih.


👉Cosmoderm Glow-C Radiance Toning Essence (100 ml ) | RM29.90

Cosmoderm Glow-C Radiance Toning Essence kaya dengan 500mg vitamin C serta mengandungi minyak pati oren. 

Antara manfaat Cosmoderm Glow-C Radiance Toning Essence :
💓Membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit
💓Membantu meningkatkan keupayaan penyerapan kulit
💓 Membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus
💓Membantu membangunkan & mengaktifkan sel yang tidur
💓 Membantu merangsang penghasilan serat protien kulit
💓Melembutkan dan melembapkan kulit

Ini merupakan langkah kedua. Selepas bersihkan wajah boleh letakkan  Cosmoderm Glow-C Radiance Toning Essence ikut amaun yang diperlukan di tapak tangan. Dan tap pada ke kulit wajah dengan sekata.


👉Cosmoderm Glow C Super Boosting Serum
Ini adalah produk yang korang kena cuba! Cosmoderm Vitamin C 5000mg Glow C Super Boosting Serum sememangnya yang terbaik. Ianya berfungsi untuk merawat kulit kusam dan tidak bermaya.  

Antara manfaat Cosmoderm Vitamin C 5000mg Glow C Super Boosting Serum ialah:
💓Membantu mencerahkan hiperpigmentasi & bintik gelap dengan berkesan
💓Melindungi kulit dari kerosakan foto & radikal bebas.
💓 Membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus
💓Membantu sekatakan tona kulit dengan berkesan
💓 Melembutkan dan melembapkan kulit
💓Menjadikan kulit lebih berseri & anjal

Teksturnya dangat ringgan. Ada sedikit bau oren yang sangat lembut. Tidak melekit dan mudah disapukan rata ke wajah. Cara penggunaan sangat mudah. Hanya titiskan serum di tapak tangan. Sapukan serum pada muka dan urut perlahan-lahan. Kita akan rasa muka lembut dan anjal lepas guna :-)


👉Cosmoderm Glow-C Brightening Moisture Solution ( 50ml ) | RM39.90

Cosmoderm Vitamin C 1000mg Glow-C Brightening Moisture Solution mengandungi 1000mg vitamin C. Seperti serum ianya juga dapat menyegarkan dan menaikkan seri wajah.

💓Antara manfaat Cosmoderm Vitamin C 1000mg Glow-C Brightening Moisture Solution:
💓Membantu merangsang penghasilan serat protien kulit
💓Membantu meningkatkan pertumbuhan semula kulit
💓Membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus
💓Melindungi kulit dari kerosakan foto & radikal bebas.
💓Membantu mengelakkan kulit daripada rosak mikro akibat pendedahan harian tekanan persekitaran
💓Melembutkan dan melembapkan kulit
💓Menjadikan kulit lebih berseri & anjal

Picit sedikit amaun Cosmoderm Vitamin C 1000mg Glow-C Brightening Moisture Solution yang diperlukan. Sapu rata ke seluruh wajah sebaiknya sehingga ke leher. Boleh digunakan pada waktu siang dan malam.

Ini hasilnya untuk penggunaan 7 hari sahaja. Sudah nampak perbezaan yang ketara. Bayangkan kalau 14 hari, hiks. Kulit bukan sahaja terasa begitu bersih bahkan anjal dan berseri-seri. Biarpun tidak mengenakan sebarang solekan saya sudah bersedia ke mana sahaja.

Jom COSMODERM VITAMIN C BAHARU COSMODERM GLOW-C SKINCARE di Watsons https://bit.ly/3d3APZi atau di farmasi, kedai dan pasaraya terpilih yerp!

#cosmoderm
#cosmodermskinlab
#vitaminc
#watsonmy

Cosmoderm Glow-C Skincare Menjadikan Kulit Wajah Anda Berseri-seri, Anjal Semulajadi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 07, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.