Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Ke 8

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Ke 8 - Bagi aku rezeki juga Aliff Aziz ni menang. Setelah bertahun-tahun asyik terpalit dengan kontroversi kecurangan dan gaya hidup bebas. Banyak betul masalah yang beliau hadapi. Akhirnya keadaan kembali reda apabila beliau kepada isteri tercinta, Bella Astillah yang setia dan sabar menanti. Memang satu rahmat jugalah, selepas kelahiran anak kedua Aliff mula berjinak dengan agama. Katanya ada sertai tabligh dan pernah meninggalkan sekejap urusan dunia.

Apabila peluang berentap di Gegar Vaganza musim ke-8, beliau antara peserta yang sangat konsisten dengan mutu nyanyiannya dari minggu pertaa. Selain daripada tiada kontroversi yang dihadapi sepanjang pertandingan berlangsung. Semuanya berjalan lancar.


Bagi aku sendiri Aliff Aziz, dia mempunyai keunikan dan kemantapan suaranya yang tersendiri. Antara penyanyi yang boleh menjadi 'legend' kerana memiliki suara yang sangat hebat terutama ketika mengalun lagu berkonsepkan balada. Apabila beliau menyanyi lagu Faizal tahir, "Sampai Syurga" dengan lenggok dan cara tersendiri tanpa mencacatkan lagi asal memang sudahpun mendapat 'standing ovation' dari penonton di rumah, hahaha (mana aku tahu kat studio macam mana hahahaha).

Dan ini bukanlah pertama kali penyanyi dari negara seberang menjuarai Gegar Vaganza. Untuk rekod Aliff Aziz merupakan peserta kedua berasal dari Singapura yang muncul sebagai juara untuk siri pertandingan nyanyian popular GV. Pada musim GV keenam di tahun 2019, Hady Mirza menjuarai pertandingan musim tersebut. Manakala seorang lagi warga Singapura, Jatt Ali menduduki tempat kedua pada musim yang sama (GV ke 6).


Syabas buat Aliff Aziz dan Bella Astilla 💓 (tulang belakang yang paling kuat untuk kejayaan suaminya yang tercinta).

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Ke 8 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 24, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.