Produk Salai Cik Lyn Yang Unik dan Istimewa Kini Secara Rasmi Telah Dilancarkan


Produk Salai Cik Lyn Yang Unik dan Istimewa Kini Secara Rasmi Telah Dilancarkan- Melihat pada kejayaan wanita yang bangkit berani mengusahakan perniagaan sendiri sememangnya menjadi inspirasi pada kita semua. Apatah lagi produk makanan tradisi yang sememangnya ada tarikan dan pasarannya di Malaysia seperti daging salai. Cik Lyn Smoked Mansion sebuah syarikat smoked house kecil hari ini telah melancarkan secara rasminya produk salainya. Jenama Daging Salai Cik Lyn bukan sahaja istimewa dari segi teksturnya yang lembut bahkan rasa serta aromanya juga cukup unik. 


Majlis Pelancaran dan Menandatangani Perjanjian Mou


Majlis pelancaran produk salai Cik Lyn ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Hotel Impiana KLCC Kuala Lunpur. Di majlis yang sama turut diadakan sesi menantadatangai perjanjian persafahaman MoU diantara Cik Lyn Smoked Mansion dan juga Koperasi Harapan Mutiara Pulau Pinang Berhad sebagai pengedar di bahagian negeri utara.


Usai majlis pelancaran satu sesi demonstrasi masakan ditunjukkan pada para tetamu yang mana Tan Sri Noh dan isteri bersama dengan Dato Chef Ismail berganding bahu menyediakan dua hidangan yang cukup hebat iaitu daging salai masak lemak dan kerabu lawa daging salai.

Seronok saya melihat Tan Sri bersama Datin Sri memasak bersama Dato' Chef Ismail


Keunikan dan Kehebatan Daging Salai Cik Lyn
Sungguh mudah dan pastinya setiap masakan yang menggunakan produk salai Cik Lyn akan  menjadi lebih enak dan istimewa. Ini kerana pemilihan kualiti bahan utama sentiasa yang terbaik iaitu daging premium dan itik organik tempatan, 100% halal diyakini. Manakala teknik pembakaran mengikut kaedah tradisional yang mengambil masa 4 sehingga 5 jam mengunakan kayu dan juga tempurung kelapa.  Begitu juga dengan rempah ratus yang digunakan hasil gabungan rempah rahsia dari resepi tradisional dan Barat. Nah! Dengan gabungan rempah yang berbeza menghasilkan citarasa yang luar biasa serta unik.

Itik salai

Produk Salai Cik Lyn mempunyai 3 perisa iaitu Moist, BlackPepper dan Spicy dengan 4 jenis pembungkusan iaitu 150gm, 300gm, 200gm serta 500gm. Dengan variasi perisa dan pembungkusan diperkenalkan secara tidak langsung memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk memilih jenis kuantiti pek yang mana diperlukan mengikut kesesuaian samada untuk bekalan stok di rumah, bawa bercuti atau sebagai pemberian kepada keluarga dan kawan-kawan.

Daging salai


Pihak pengurusan produk salai Cik Lyn juga sedang merangka untuk meluaskan pasaran produk mereka bukan sahaja di pasaran tempatan bahkan bakal menakluki pasaran asia tenggara dan timur tengah. Beberapa rundingan dengan negara luar seperti Qatar, Morocco, Singapura dan Brunei telah diadakan bagi memenuhi permintaan untuk membekalkan daging dan itik salai Cik Lyn ke negara tersebut.

Harga yang ditawarkan cukup berpatutan

Latar Belakang Perniagaan Dan Produk Daging Salai Cik Lyn (DSCL) 
Perniagaan Daging Salai Cik Lyn telah di mulakan pada tahun 2020 sepenuhnya dan pengasas syarikat Puan Norhayati Maslinda Chew @ Lynda Chew, seorang usahawanita yang gigih dalam bidang perniagaan. Berpendidikan dalam ijazah sarjana muda seni reka Dalaman & Luaran dan sebelum ini Puan Lynda pernah menjadi pereka seni bina kontena (Kontraktor) yang kebanyakan di dominasikan oleh kaum lelaki. 


Puan Lynda Chew juga terlibat dalam beberapa sukarelawan, koperasi & persatuan. Memberi bantuan dan sumbangan di masa saat-saat getir pandemik. Beliau juga telah mencapai kejayaan dalam beberapa bidang perniagaan sebelum ini dan sebenarnya beliau juga mempunyai 2 perniagaan yang lain iaitu kedai spa dan bengkel besi (fabrication).  Namun apabila pandemik covid-19 telah melanda negara pada tahun 2020, beliau telah menceburi dan menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan daging salainya. Dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2021 dan telah menubuhkan operasi rumah Salai (smoked house) di Besut, Terengganu.

Difahamkan  Puan Lynda Chew juga bakal menerima Anugerah Outstanding Women Award Sabah 2022 bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2022.


Jangan Lupa Untuk Mencuba Sendiri Daging Salai Cik Lyn


Pembungkusan menarik dan praktikal ditambah pula dengan kualiti produk salai Cik Lyn saya pasti ianya boleh pergi lebih jauh. Apatah lagi di zaman sekarang perniagaan makanan seperti ini memang mendapat permintaan yang agak tinggi. Ini kerana urusan membeli bukan sahaja boleh didapati di kedai fizikal bahkan boleh dibuat melalui transaksi teknologi atas  talian.


Paling penting daging salai Cik Lyn boleh membantu kita menyediakan pelbagai hidangan versatil yang bukan sahaja enak bahkan dapat memenuhi citarasa ahli keluarga tercinta. Daging cukup lembut, tidak perlu masak terlalu lama dan ianya memang menjimat masa. Aroma smoke daging yang memang padu menjadikan hidangan yang disediakan dari biasa-biasa menjadi luar biasa. Jangan lupa untuk mencubanya Daging Salai Cik Lyn!

Produk Salai Cik Lyn Yang Unik dan Istimewa Kini Secara Rasmi Telah Dilancarkan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 21, 2022 Rating: 5

7 comments:

  1. Comel jer nama wek-wek salai. Kita panggil bebek. He2~

    ReplyDelete
  2. Wow. Another great local products yang boleh diperkembangkan ke peringkat antarabangsa nie. Bila Ayu nak jamu kita plak?

    ReplyDelete
  3. Memang mantap daging salai dia! Rak sabar nak masak sendiri. Btw kita terlupa letak dalam peti. Mamposlah kalo basi sissssss. Nangis. Yg penting teruja dgr plan dia nak masuk pasaran international. Such a good strategy in branding her product.

    ReplyDelete
  4. Johor ada tak ek, nak cubalah, ke mmg online aje Ayu? Nanti Sis try tengok page dia .. nampak sedap plakk yaa.. mudah, bt stok ramadhan nanti..

    ReplyDelete
  5. Dah rasa! Dia punya bau smoked dr tempurung kelapa tu mmg ngam terukkk... Mmg memikat selera!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.