Drama Bersiri Komedi Keluarga 'Take CTRL' Akan Ditayangkan di Astro


'Take CTRL'  rantaian drama bersiri terbaru akan mula ditayangkan di Astro bermula dari 29 Januari 2022, jam 9 malam.  Jalan cerita menarik mengisah dua remaja (adik-beradik) iaitu Sky dan Ramunah dengan tidak secara sengaja telah menyebabkan ibu bapanya menjadi sebahagian daripada aturcara permainan video kawalan minda. Biarpun pada awalnya, Sky dan Ramunah berasa teruja dengan apa yang berlaku memandangkan mereka selalu rasa tidak puas hati terutama pada ibunya yang kuat mengarah dan mengawal. Namun banyak perkara yang tidak dijangka telah berlaku.


Drama kekeluargaan dan persahabatan menggunakan bahasa bilingual (dwibahasa-bahasa Melayu dan English) sangat bersahaja dalam setiap lontaran dialog dengan jalan cerita yang tidak menghampakan. Kisah yang begitu dekat dengan jiwa masyarakat terutama anak-anak muda hari ini yang dunianya ke arah permainan atas talian, tik tokers dan pelbagai lagi.


Siri ini dibintangi pelakon filem tempatan popular Shaheizy Sam (Papa), bersama Hana Nadira (Mama), Faiz Najib (Sky) dan Sry Khairudin (Ramunah). Selain Sam, 3 watak utama merupakan penampilan pertama mereka dalam siri TV. Oh ya! Ini juga merupakan 'comeback' Sam dalam drama bersiri setelah 5 tahun berehat seketika dari membintangi mana-mana rantaian drama.


Lebih menarik lagi 'Take CTRL' turut dibarisi pelakon-pelakon baru yang cukup berbakat berbilang kaum. Antaranya seperti Gabriel Pountney, Rika Adrina, Marianne Tan, Farid Azmeir, Phoon Chi Ho, Prakash Daniel berserta penampilan istimewa influencer dan youtuber popular iaitu Jenn Chia dan Jin Lim (Jinnyboy).

Farah Fauzana, Ketua Perniagaan Kanak-Kanak, Astro, berkata, 

Bersama-sama dengan TIME Internet, kami teruja untuk mempersembahkan siri asli berkualiti tinggi yang menawarkan pengembaraan permainan epik, jalan cerita, babak lucu, pengajaran kehidupan positif dan yang paling pentingnya, maksud sebenarnya sebuah keluarga. Kami berharap pelanggan menikmati siri asli pertama kami, Take CTRL, dan kami juga ingin bekerjasama dengan lebih ramai pencipta kandungan untuk lebih kandungan idea asli yang lebih dekat dengan keluarga Malaysia.

Derrik Yaw, Pengarah, Take CTRL, berkata, 

Saya berharap rancangan ini dapat mengubah beberapa stereotaip siri TV tempatan yang dipegang oleh penonton tempatan. Kami mempunyai kisah keluarga tempatan yang hebat untuk diceritakan, dengan konflik dan hubungan keluarga yang sangat berkaitan. Kami memerlukan penceritaan yang lebih jujur terutamanya untuk siri TV remaja. Penonton boleh menjangkakan lakonan hebat daripada barisan pelakon berbakat, jalan ceritaan yang penuh dengan komedi yang bijak dan juga mencuit hati, dan keseronokan untuk seluruh keluarga.

Take CTRL, sebuah siri 6 episod, mempersembahkan konsep unik yang meneroka dua dunia: dunia sebenar; dan dunia maya, yang diselitkan dengan pelbagai elemen permainan yang boleh dikaitkan dengan generasi muda. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggambarkan perjuangan ‘Papa’ dan ‘Mama’ yang cuba untuk mengimbangi kehidupan sebagai ibu bapa yang periang, juga berdisiplin membesarkan anak-anak mereka dalam dunia digital. 

Siri ini juga merupakan pengeluaran tempatan pertama yang menggunakan 'Unreal Engine', teknologi penciptaan 3D masa-nyata termaju semasa penggambarannya. Selain itu 'Take CTRL' menggambarkan hubungan rasa sayang-benci dan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa, serta cara begaimana mereka berdamai antara satu sama lain dalam dunia digital. 

Selaras dengan slogan "with control, comes chaos", sebagai anak akhirnya belajar bahawa dapat mengawal tidak semudah yang disangka dan sentiasa akan ada akibatnya. Take CTRL ditaja oleh TIME Internet. Pelanggan boleh menikmati episod baharu Take CTRL pada 9 malam, setiap Sabtu di TA-DAA! (Saluran 612), Astro GO atau On Demand.

P/S: Tidak rugi menonton. Memang menghiburkan. Suka dan rasa kagum dengan lakonan dari bakat-bakat baru yang mendominasi siri drama ini. Dalam kita bergelak ketawa tetap ada pengajaran yang kita boleh ambil dari siri ini - Semua ibubapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak mereka, percayalah!

Drama Bersiri Komedi Keluarga 'Take CTRL' Akan Ditayangkan di Astro Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 25, 2022 Rating: 5

3 comments:

  1. Makin banyak dah mini series sebegini di Malaysia kan. I suka layan min series, dari series yang panjang berjela. Kelak nak try tengok la

    ReplyDelete
  2. Lama tak nampak Shaheizy Sam tu berlakon, mesti best ni cite sebab berkisahkan keluarga.. kita plak takde astro hohohohoh

    ReplyDelete
  3. Wahhhh nampak meriah. Nanti nak tengoklah. Ibu sy mesti suka nie. Tiap malam mmg tercongok depan tv

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.