Biarpun Pandemik Tiada Alasan Untuk Gagal, Richworks Membantu Usahawan Untuk Lebih Maju

Tiada terjangka kesan pandemik yang berlarutan dari tahun 2020 sehinggalah tahun 2021. Begitu ramai yang kehilangan pekerjaan, mengalami kesulitan kewangan dan pelbagai permasalahan yang tidak dijangkakan. Apatah lagi dengan musibah yang berlaku pada akhir Disember tahun 2021, banjir besar di kebanyakan negeri yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.


Menyedari permasalahan serta situasi yang agak tenat dikalangan usahawan sedang berlaku, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bergerak ke hadapan untuk membantu.


Cabaran Pandemik Tahun 2021 Duji Dengan Masalah Kesihatan dan Kehilangan
Datuk Wira Dr Azizan Osman Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) tidak terkecuali diuji dengan masalah kesihatan ketika pandemik 2021.

Beliau bersama 31 ahli keluarganya telah dijangkiti COVID-19. Lebih menyedihkan lagi ibu mertuanya sendiri kembali menemui pencipta kerana penyakit merbahaya ini. Bahkan pada ketika itu, keadaan Dr Azizan juga agak kritikal dan dikatakan tidak ada harapan sekiranya masih tiada perubahan positif selepas diberikan bantuan mesin pernafasan.


Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.


Bangkit Dengan Menawarkan Program Percuma
Apabila Dr. Azizan sudah pulih sepenuhnya daripada Covid 19, beliau terus komited dengan menganjurkan program percuma dan ianya dihadiri ribuan orang. Bersama harapan yang besar untuk membantu dan memberi motivasi usahawan agar terus bangkit semula berniaga.


Terdapat 7 program diberikan secara percuma, iaitu lebih kurang 98 jam masa yang Dr Azizan berikan dalam memberi tunjuk ajar dan menaikkan semangat kembali untuk orang ramai dalam soal keusahawanan.

Perjuangan Richworks 2021
Secara keseluruhan pada tahun 2021, RichWorks telah berjaya membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat RichWorks.


Salah satu program iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga telah mendapat pengiktirafan kerajaan apabila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



Sepertimana yang dikatakan oleh Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. bahawa pihaknya tidak akan ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Di mana untuk Kempen #RichWellBantu yang telah digerakkan oleh Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM501,497 untuk membantu lebih 2,000 keluarga.


Bukan itu sahaja bahkan sumbangan kilat sebanyak RM500,000 juga berjaya dikumpulkan daripada usahawan dan RichWorks hanya dalam tempoh 24 jam bagi membantu mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun 2021.

Sumbangan Berterusan Richworks dan Pasukannya

RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban .

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, Richworks syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara Malaysia tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.


Biarpun Pandemik, Jualan Tetap Mendapat Keuntungan

Rezeki tetap ada bagi mereka yang berusaha. Bayangkan untuk tahun 2021, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dapat mencapai jualan terkumpul sebanyak RM3.7 bilion.


Untuk ahli Titanium sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, manakala RM495 juta dibawah 519 ahli Spire dan RM46.9 juta hasil dari 1,024 ahli EliteX.

Melalui program bimbingan Spire Richworks sememangnya dapat membantu usahawan mencapai jualan RM1 juta pertama setahun dan ternyata sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Biarpun pelbagai ujian yang dihadapi pada tahun 2021 lalu. Namun kejayaan tetap dapat dicapai setelah berusaha secara konsisten dan akan dipergiatkan lagi tahun baru 2022.

Moga usaha RichWorks (link RichWorks International - Memperkasakan Usahawan di Malaysia) dapat membantu lebih ramai golongan usahawan dan moga misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.


Kesimpulan

Dengan semangat baru, misi Richwoorks untuk membantu lebih ramai usahawan Malaysia agar lebih berjaya dalam perniagaan yang diusahakan. Apa sahaja yang berlaku samada kesukaran dan kejayaan tetap menjadi pemangkin untuk sama-sama bergerak maju ke hadapan. Tanpa menoleh ke belakang. Syabas Richworks!

Biarpun Pandemik Tiada Alasan Untuk Gagal, Richworks Membantu Usahawan Untuk Lebih Maju Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 16, 2022 Rating: 5

14 comments:

  1. bagus betul ada company buat macam ni. lebih banyak tolong org. harap makin bnyak company besar buat kerja amal yg berterusan

    ReplyDelete
  2. Harapnya lebih banyak syarikat sebegini tampil dan membantu warga Malaysia yang dalam kesusahan. Moga dirahmati segala usaha.

    ReplyDelete
  3. wow sangat bagus niat dia untuk tolong semua usahawan. Hopefully more company like this that can help more people.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Richworks dgn pencapaian mereka dlm dunia perniagaan dan membantu bangsa usahawan serta memberi sumbangan kpd mangsa2 banjir

    ReplyDelete
  5. Branding nama dia memang kuat sungguh. Tahniah buat Richwork sentiasa untung dan membantu masyarakat as payback👏👏

    ReplyDelete
  6. Terbaik..Selamat maju jaya buat team RichWorks

    ReplyDelete
  7. That's really a good initiative to contribute to help those in need, bravo to this great efforts by Richworks
    Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Semoga dgn usaha ini dapat membantu lebih ramai usahawan untuk berani bangkit berniaga

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  10. tiada alasan untuk gagal dengan Richworks

    ReplyDelete
  11. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
  12. Well done Richworks walaupun diduga, mereka tetap semangat untuk help the rest kan! Ini semangat yang kita perlukan so that we can lebih maju kan!

    ReplyDelete
  13. Terbaik RichWorks! Siap masuk dewan rakyat tu. Moga terus maju jaya!

    ReplyDelete
  14. Hi there

    Very nice post and blog, keep sharing the best content with us, hope to read more interesting articles like this one around here

    take care and regards

    Your follower

    Salvatore

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.