Untuk Tahun 2021 Anak Saya Tetap Selesa Bersama Kasut Pallas Ke Sekolah

Tidak nafikan anak-anak sebenarnya sangat rindukan sekolah. Untuk berjumpa guru, kawan-kawan dan memakai seragam lengkap ke sekolah. Biarpun kemasukan sekolah untuk tahun 2021 agak lewat jika dibandingkan dengan tahun sebelum ini. Namun saya tetap teruja membuat persediaan anak-anak ke sekolah.
Salah satu kelengkapan sekolah yang saya perlu sediakan untuk anak-anak adalah kasut sekolah. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya memang memilih kasut jenama Pallas. Ini kerana saya cukup sukakan kualiti, rekaan kasut serta harga yang ditawarkan sememangnya cukup berpatutan. 

Pallas Jazz Star Lo Cut Shoe Lace Untuk Afiq, 14 Tahun

Bagi saya ini memang kasut yang memang anak-anak remaja akan suka. 'Simple', ada gaya dan selesa. Kebanyakan anak remaja, umur seperti Afiq mereka sangat suka kasut bertali. Permukaan atas menggunakan kanvas berkualiti bukan sahaja cantik bahkan memenuhi penggayaan seperti anak remaja inginkan
Afiq memang seorang anak yang mementingkan kemasan dan keselesaan. Beliau juga mengambil berat tentang tahap keselesaan yang boleh diperolehi untuk pemakaian kasut yang agak lama. Ini kerana adakalanya Afiq perlu berada di sekolah dari sesi pagi persekolahan sehingga petang. Beliau memang aktif suka melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum.
 
Nice to see, nice to wear!


Untuk bahagian dalam kasut ianya adalah 'rubber insole'. Dengan lantunan yang lebih baik secara tidak langsung lebih memberi keselesaan kepada kaki. Manakala di bahagian luar iaitu di bahagian tapak adalah 'rubber outsole' jadi ianya memberi lebih cengkaman yang baik (better grip).

Rekaan kasut ini sememangnya menjadi kegemaran anak muda!



Juga ditawarkan saiz besar terutama buat anak-anak yang mempunyai kaki yang lebar. Di mana bukan senang sebenarnya nak dapatkan kasut sekolah SAIZ BESAR sehingga saiz 13, berwarna hitam di pasaran hari ini,tapi model kasut Jazz Star yang ditawarkan oleh Pallas ini ada sampai saiz 13!!!

Pallas Jazz Black School Shoe Single Velcro Strap Untuk Amani, 11 Tahun

Untuk Amani saya memilih Pallas Jazz Black School Shoe Single Velcro Strap Foam. Secara personal, kasut ini memang sesuai untuk anak perempuan. Rekaannya memang cantik dan memenuhi ciri-ciri gaya sopan. 

Material kanvas yang digunakan memang ringan. Selain lasak, kualiti kanvas juga tahan lasak serta tahan lama. Senang nak jaga dan bersihkan pada masa yang sama.

Esklusifnya didatangkan dengan rekabentuk tali Velcro dengan logo Jazz khas. Di sampaing insole getah untuk memberikan sokongan yang selesa kepada kaki si pemakai.




Bahagian luar menggunakan tapak getah untuk cengkaman yang baik. Insolenya lebih tebal, memberi rasa lebih selesa dan lebih perlindungan kepada kaki.

Kasut legend! Dari zaman Yana saya sudah memilih kasut ini untuk kegunaan ke sekolah bagi anak-anak perempuan.

Pallas Jazz Single Velcro Strap Untuk Ameer, 7 Tahun

Saya sukakan rekaan kasut ini. Dengan reka bentuk tali Velcro dengan di bahagian atas kanvas tahan lasak adalah pilihan terbaik untuk Ameer. Yup! Untuk seorang kanak-kanak yang sangat aktif memang memerlukan kasut sekolah seperti ini.

Nampak kasut ini berat tetapi sebenarnya TIDAK. Ianya mempunyai X-Light iaitu ciri-ciri superlight tambahan yang memberi  rasa lebih ringan. Bagus untuk kaki yang sedang membesar. Apatah lagi dengan lapisan busa untuk keselesaan dan memberi perlindungan tambahan

Untuk usia Ameer yang 7 tahun memang beliau sedang belajar untuk menguruskan dirinya. Jadi saya tidak perlu risau bila sepanjang beliau di sekolah sekiranya perlu membuka kasut, saya percaya dengan kasut ini beliau tidak akan mempunyai masalah. Zip, Zap buka, sarung dan jalan.

Lihat sahaja insole di bahagian dalam. Tebal bukan. Untuk Ameer yang suka berlari dengan keselesaan bahagian dalaman kasut seeprti ini pastinya akan memberi rasa selesa sepanjang hari.

Tapak kasut juga agak tebal dan memang nampak kualitinya sesuai sebagai kasut anak-anak yang aktif kerana ianya tahan lasak dan tapaknya tidak akan cepat haus.


Jom Beli Kasut Sekolah Pallas

Saya memang membuat persiapan awal terutama yang melibatkan persediaan ke sekolah. Dengan musim pandemik ini saya lebih selesa berbelanja atas talian sebenarnya. Dan laman web saya akan kunjungi tentulah www.wow2wee.com.

Cara paling senang sebelum kita tentukan saiz kasut anak, biasanya saya akan ambil ukuran melalui lakaran kaki mereka yang tekap di kertas A4. Rasanya lebih tepat dan yakin dengan ukuran yang diambil. Korang boleh juga rujuk pada cara mengambil ukuran melalui pautan ini, https://www.wow2wee.com/w2w-measurement-guide . Mudah jugakkan.
  
So, sempena dengan Kempen Kembali Ke Sekolah korang boleh dapatkan kasut-kasut PALLAS samada melalui pembelian atas talian  ataupun di pasaraya seperti AEON, TESCO dan Mydin Supermarket.

Selamat membuat persediaan ke sekolah untuk tahun 2021!
Untuk Tahun 2021 Anak Saya Tetap Selesa Bersama Kasut Pallas Ke Sekolah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 03, 2021 Rating: 5

22 comments:

  1. Waahh. Dah siap beli dah dia. Sisyat belum lg ni.

    ReplyDelete
  2. Kemas kasutnya. Yang penting selesa dipakai juga. Mudah je sekarang barang sekolah pun boleh beli online kan. Guide semua dah sedia cuma tinggal pilih dan order. Woohoo!

    ReplyDelete
  3. Pallas ni bukan saja pilihan mak ayah untuk anak2 tapi pilihan mak ayah sejak dahulu lagi. Memang tiap tahun akan beli kasut jenama Pallas ni untuk anak2 ke sekolah.

    ReplyDelete
  4. Auwwwww.......this is so sweet! Reading this post buat I tringat kat zaman sekolah2 dulu. btw, you kids look stylish in this pallas black shoes. It's good that the government pilih black shoes for school kids. Black shoes x mudah kotor. Jadi x perlu basuh dan kapur setiap minggu.

    ReplyDelete
  5. Wahhh..awalnya bersedia 😃 Kasut Pallas ni memang best kan..sekarang dah pakai kasut hitam, lagilah senang nak jaga ☺️

    ReplyDelete
  6. kasut pallas ni dari dulu lagi. memang selesa pakai. design pun cantik

    ReplyDelete
  7. Wow nampak segak lar pakai kasut pallas kan? Selain selesa harganya berpatutan juga. :)

    ReplyDelete
  8. Anak-anak saudara Rawlins pun dah beli dah Pallas untuk tahun persekolahan baru nie. Bergaya kan

    ReplyDelete
  9. Jenama kasut ni dari zaman kita dulu lagi guna hehehehe mamang selesa dan juga tahan lama mudah nak jaga and harga berpatutan hehehe tapi dulu kasut warna putih sekarang hitam lagi senang nak jaga...

    ReplyDelete
  10. Brand pallas jazz ni memang legend kan? Teringat zaman sekolah dulu, siapa pakai kasut ni memang dikira 'cool' la.

    ReplyDelete
  11. Comel la siap ada bagi cara buat measurement guna A4 paper.. :) Kasut Ameer nampak so selesa.. :)

    ReplyDelete
  12. terkenang kasut sekolah ni, dari zaman masih kecil lagi. Kasut Pallas terbaik.

    ReplyDelete
  13. Memang bagus kasut Pallas ni, selesa dan tahan lama. Dulu sis pun pakai kasut brand ni zaman sekolah

    ReplyDelete
  14. Selamat membuat persediaan untuk pembukaan sekolah ni. Anak-anak semua tak sabor nak balik ke sekolah dah!

    ReplyDelete
  15. wow this seems like such a great product. can't wait to tell my nephew about this! :)

    ReplyDelete
  16. Pallas memang brand yang dipercayai dari dulu . Sal pun masa sekolah pakai pallas so bila turn anak-anak ..kita pilih pallas jugak. Dari segi harga memang berbaloi

    ReplyDelete
  17. Kasut Pallas memang dah lama dari masa anak2 kak keci lg memang liih kasut pallas

    ReplyDelete
  18. Yes, semestinya pallas pun pilihan Nina untuk anak-anak. Sejak zaman Nina sekolah lagi dok pakai pallas, sekarang anak-anak pulak. Selesa tip top

    ReplyDelete
  19. Dulu time sekolah pun guna pallas jugak. Selesa je. Nanti anak dah besar boleh la belikan pallas jugak

    ReplyDelete
  20. Diela pun suka sangat2 dengan kasut pallas, design dia sgt selesa. Pilihan terbaik utk persekolahan 🤗

    ReplyDelete
  21. Untuk 2021 akak pun pilih hitam ye? Nampak selesa sangat anak akak pakai Pallas tu, happy muka diorg dapat kasut baru.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.