11 Sebab Kenapa Dewan Perdana Felda Menjadi Pilihan Untuk Meraikan Majlis Istimewa

11 Sebab Kenapa Dewan Perdana Felda Menjadi Pilihan Untuk Meraikan Majlis Istimewa **



Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar

Duduk muda sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari



Keterujaan saya berada didalam dewan yang serba cantik dekorasinya dan luas!

Raikan Cinta di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur pasti meriah dan meninggalkan momen yang begitu manis bukan sahaja buat mempelai bahkan ahli keluarga dan tetamu yang hadir. Dewan yang cukup luas, cantik, dekorasi yang menarik dan berkonsepkan moden pasti menambat hati anda dan para tetamu yang hadir.

Pintu utama Dewan Perdana Felda

Lokasi dewan di Kompleks Anjung FELDA begitu strategik, terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ini adalah 11 sebab kenapa Dewan Perdana Felda menjadi pilihan untuk meraikan majlis istimewa, antaranya seperti:-

  • Dewan Yang Luas dan Cantik
Melangkah kaki ke dalam dewan pasti membuat anda begitu teruja. Melihat dewan yang begitu luas dengan susunatur meja dan kerusi begitu teratur serta kemas. Dengan keluasan ini membolehkan ada penjarakkan antara satu meja dengan meja yang lain. Kapasiti boleh dimuatkan adalah seramai 1100 orang, namun untuk musim PKP ini hanya terhad pada maksimum 700 orang sahaja didalam dewan pada satu-satu masa.

Cantik dan luas

Kerusi yang dihiasii dengan reben/bow mencantikkan hiasan di kawasan meja

Pentas yang luas yang boleh menempatkan pelamin yang indah diatasnya

Keadaan didalam dewan juga masih cantik dan terjaga rapi. Dekorasi lampu LED elegan didalam dewan menaikkan lagi seri bagi meraikan majlis yang diraikan
  
  • Pelbagai Menu Hidangan Menarik Ditawarkan Dalam Pakej
Lauk pauk disusun teratur didalam bekas yang diletakkan di tengah-tengah meja

Sajian akan dihidang terus diatas meja. Ini bagi mengelakkan tetamu berkumpul di meja buffet. Menu hidangan yang ditawarkan memang masakan melayu yang autentik. Memang sedap memenuhi citarasa masyarakat Malaysia. Antara yang ditawarkan didalam menu adalah seperti :-

Ayam Masak Merah

Daging Masak Hitam

Masak Lemak Daging Salai & Mangga Muda

Buttered Prawn

Sayur Goreng Jawa

Dalca Sayuran

 Apam Johol - Sedap!!! (recommended)

Tapai Ais Krim (tiada dalam gambar perisa durian)

Ini merupakan buah tangan terbaru dari D'Saji. Memang sedap, kelainan rasa ais krim ini ialah ianya mempunyai tapai didalamnya. Paling mendapat permintaan perisa vanilla. Memang enak dinikmati ketika cuaca panas. Pencuci mulut yang agak 'rare' dan sangat menarik untuk dicuba.

Terdapat juga didalam menu adalah nasi putih, nasi minyak, potongan buah-buahan, karipap pusar inti kentang, kordial mixed fruit punch berserta minuman panas Kopi O/Teh Tarik.

Kambing bakar, dagingnya begitu lembut dan memang tidak berbau. Terbaik!

Kambing bakar yang sentiasa mencuri tumpuan. Memang sedap. Selain daripada kambing bakar, turut disediakan masakan gorengan panas seperti kuew teow goreng, cendol dan juga apam balik.

  • Pilihan Dekorasi Cantik dan Versatil
Dekorasi cantik dan versatil antara menjadi faktor kenapa Dewan Perdana Felda ini sentiasa menjadi pilihan terutama buat mempelai yang mencari kesempurnaan dalam majlis yang ingin diadakan. Konsep yang diperkenalkan memang menjadi 'trend', biarpun moden ianya tidak lapuk ditelan zaman. Untuk tahun 2021, dua konsep yang diperkenalkan iaitu Tropika dan Black & White.

Konsep pelamin dengan bertemakan tropika

Meja makan untuk mempelai didatangkan bersama platform LED

Cantik dan unik, kelaianan yang diperkenalkan di Dewan Perdana Felda

  • Fasiliti Mesra OKU dan Warga Emas
Laluan tanpa tangga memudahkan pergerakan terutama mereka yang berkerusi roda

Bonus apabila disediakan fasiliti yang mesra untuk golongan OKU dan warga emas. Kebiasaannya untuk majlis perkahwinan turut hadir sama adalah golongan warga emas begitu juga orang istimewa (OKU). Untuk ke dewan disediakan juga laluan pelantar (ram) bagi memudahkan pergerakan bagi mereka yang menggunakan kerusi roda (wheel chair).

  • Kawasan Parkir LUAS dan PERCUMA serta Perkhidmatan Valet
Parkir di hadapan dewan (di salah satu sudut)

Datang bersama keluarga atau memandu sendiri, jangan khuatir tentang parkir kereta. Berhadapan Dewan Perdana Felda disediakan banyak parkir secara PERCUMA. Begitu juga di bahagian basement dewan, ada juga ruangan khas meletakkan kereta. Tempat parkir ini sememangnya sangat luas. Bukan sahaja boleh menempatkan kenderaan kecil seperti kereta dan motor. Bahkan untuk kenderaan seperti bas juga boleh masuk parkir di ruang yang disediakan.

Valet, membolehkan tetamu terus turun di pintu masuk dewan

Disediakan juga perkhidmatan valet untuk tetamu VVIP. Tetamu akan terus turun di pintu utama.

  • Ruang KHAS VVIP (Holding Room)
Ruang menunggu yang luas dan selesa

Di dalam dewan disediakan juga ruang khas VVIP yang biasanya digunakan untuk menunggu atau berkumpul sebelum majlis bermula. Ini bagi memberi lebih keselesaan buat tetamu yang dijemput terutama dalam memastikan perjalanan aturcara berjalan dengan lancar dan teratur.

  • Bilik Persalinan Pengantin
Bilik Persada

Terdapat dua bilik persalinan pengantin yang disediakan iaitu Bilik Purnama dan Bilik Persada. Pengantin lelaki dan perempuan boleh bersiap di dalam dua bilik yang berbeza. Ini memberi lebih privasi terutama jika kedua pengantin ditemani dengan kawan-kawan rapat mereka (dulang boys/girls). Begitu juga jurusolek atau mak andam boleh menyiapkan pengantin dengan lebih mudah dan selesa.

Disediakan juga bilik untuk majlis akad nikah bagi kemudahan jurunikah/tok kadi dari pihak JAWI.

  • Kemudahan SURAU yang selesa
Surau perempuan dan surau lelaki (asing) di level bahagian bawah bangunan.

Selain daripada tandas, turut disediakan surau khas untuk lelaki dan perempuan bagi kegunaan tetamu di tingkat bawah bangunan. Tetamu hanya perlu menaiki lif untuk ke tingkat bawah.

  • Disediakan Kemudahan PA System, Skrin LED dan pelbagai lagi.
LED skrin dan lampu LED didalam dewan 

Penyediaan PA System untuk majlis keraian hari ini menjadi salah satu keperluan terutama membabitkan program didalam dewan yang besar. Di dalam pakej yang disediakan oleh pihak pengurusan Dewan Perdana Felda turut disertakan kemudahan PA System begitu juga dengan LED Display Panel bagi memberi impak teknologi audio dan visual

Platform untuk kumpulan kugiran, terdapat juga rostrum

Turut disediakan sudut (platform) untuk persembahan didalam dewan. Kemudahan untuk majlis yang ada kumpulan kugiran bagi menghiburkan para tetamu.

Gemersik gesekan biola

Suasana lebih meriah dengan alunan muzik yang cukup indah megiringi tetamu yang baru sampai untuk berjalan masuk terus ke dalam dewan.

  • Menyediakan Fasiliti Mengikut SOP di Musim Pandemik
Pihak pengurusan Dewan Perdana Felda juga tidak terkecuali menyediakan segala fasiliti yang mengikut SOP musim pandemik sebagai langkah penjagaan diri dan tetamu yang hadir ke majlis yang dirai.

QR Code MYSEJAHTERA

Daftar diri dengan apps MYSEJAHTERA, "check-in" sebelum masuk ke dalam dewan utama. Turut ada pengimbas suhu badan (tiada gambar) diletakkan berhempiran. Ini bagi memastikan tetamu yang datang berada didalam keadaan sihat tanpa gejala seperti demam.


Notis langkah-langkah pencegahan COVID-19

Antaranya peringatan umum tentang prosedur untuk setiap tetamu yang hadir perlu ikuti seperti memakai topeng muka (mask) dan sebagainya.

Fask mask dan hand sanitizer

Turut disediakan topeng muka (mask) dan juga hand sanitizer. Ikut SOP yang disarankan, pakai topeng muka sentiasa dan pastikan tangan bersih serta bebas kuman.


Notis peringatan mesra bersama Goodies Self Care Kit

Di atas setiap meja turut disediakan notis peringatan mesra tentang perlunya memakai sarung tangan (ada disediakan) ketika hendak mengambil lauk pauk di atas meja. Setiap tetamu yang hadir turut diberikan Kit Penjagaan Diri yang mengandungi mask, sarung tangan, disinfectant wipes dan hand sanitizer.

Sarung tangan digunakan ketika mengambil makanan.

Bagi memastikan "kita jaga kita", memakai sarung tangan ketika mengambil makanan adalah sangat penting. 

  • Pakej Yang Ditawarkan Berbaloi Dengan Harga
Jika anda inginkan suasana majlis yang dirai tampil istimewa dengan suasana yang cukup meriah. Adalah sangat disyorkan untuk mendapatkan pakej terkini yang ditawarkan oleh pihak pengurusan Dewan Perdana Felda. Apa yang penting kemudahan yang disediakan memang banyak dan berbaloi sekaligus memudahkan urusan dalam persiapan majlis istimewa.

Apatah lagi pihak pengurusan Dewan Perdana Felda memang mengambil berat tentang SOP di musim COVID19 terutama dari segi sanitasi dewan yang sentiasa dilakukan dari masa ke semasa. Ini bagi memastikan keadaan lokasi majlis benar-benar selamat mengikut langkah pencegahan seperti yang disyorkan oleh pihak Kerajaan.

Kami yang datang meraikan pasangan mempelai Izzati dan Fahmi

Di bahagian luar turut disediakan ruang untuk bergambar, berOOTD dengan berlatarbelakangkan props yang 'simple' namun tetap cantik.

Keterangan lanjut mengenai promosi Dewan Perdana Felda, boleh layari:-

Atau hubungi :
03-2698 8302

Hadir merai raja sehari,
Tetap meriah dan ikut SOP,
Dewan luas cantik dekorasi,
Sajian enak puas hati :-)

11 Sebab Kenapa Dewan Perdana Felda Menjadi Pilihan Untuk Meraikan Majlis Istimewa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 04, 2021 Rating: 5

14 comments:

  1. memang terbaikla tempat ni.. tak payah pening dah. semua dah complete ..

    ReplyDelete
  2. saya pernah hadiri kenduri kawin kat sini. parking mudah, dewan besar dan selesa. Dan pastinya makanan sedap sangat

    ReplyDelete
  3. Rawlins dah pernah hadir a few weddings kat sini and tak pernah lagi balik dalam keadaan bosan atau kecewa - lokasi cantik & makanan best!

    ReplyDelete
  4. kawan kawen kat sini, memang luas dewan selesa, parking oun banyak. makanan dah tentu la marbeles

    ReplyDelete
  5. Besarnya dewan ni. Serba lengkap, siap dengan pakej katering sekali. Menu pun menarik.

    ReplyDelete
  6. Rasa macam pernah gi kenduri kat dewan ni dulu. Senang ada pakej macam ni

    ReplyDelete
  7. Bagus la ada tawaran pakej serba lengkap macam ni.. Senang sebab semua dah all-in kan.. SOP pun terjaga.. (Y)

    ReplyDelete
  8. Haritu anak kawan anak Sis pun buat majlis kat sini, memang grand sangat, makanannya pun kata anak sedap.. siap pakej senangkan...

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing this greatinfo of a nice felda hall usage & services, gonna sharing this with my bro as they are organising wedding events. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  10. What a wonderful and fun location for events and activities for bigger groups!

    ReplyDelete
  11. dewan dia nampak luas, decoration dia nampak cantik, siap ada bunga - bunga ala taman, lepas tu makanan dia nampak sedap. Perfect sangat untuk dijadikan pilihan majlis keraian atau majlis perkahwinan

    ReplyDelete
  12. Pernah pegi event kat sini, memang dewannya selesa. Food pun sedap belaka. Kawan kata harga Felda pun amat berpatutan

    ReplyDelete
  13. I pernah attend wedding kat dewan ni, tempat nyer memang best and sangat lengkap from carpark, to hall, food, and services.

    ReplyDelete
  14. food Dewan Perdana Felda memang x pernah mengecewakan. lokasi dia pun best, selesa dan nampak grand macam tu..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.