Cosmoderm Perfect Balanced | Rumusan Terbaru Dengan Prebiotik dan Calamine


Cosmoderm Perfect Balanced | Rumusan Terbaru Dengan Prebiotik dan Calamine- Penjagaan wajah perlu dilakukan secara rutin bagi memastikan kulit sentiasa bersih, sihat dan tidak mengalami masalah. Dari peringkat membersih, memperbaiki, melembap dan memberi perlindungan daripada kesan matahari antara asas penjagaan wajah yang perlu dilakukan. Namun begitu sebagai pengguna kita perlu ambil tahu tentang formulasi yang digunakan didalam sesuatu produk. 

Korang pasti tahu tentang kebaikan prebiotik dan calamine dari sudut kesihatan mahupun kecantikan. Kombinasi dua formulasi ini sesuatu yang baru dan banyak manfaatnya. Nah! Kenalkan Cosmoderm Perfect Balanced berwajah pink dengan rumusan prebiotik dan juga calamine.

Excited tak?

Hahahaha.

Kebaikan Prebiotik dan Calamine

Antara kebaikan prebiotik dan calamine adalah seperti berikut:-

Prebiotik:
Prebiotik dari sudut kecantikan dapat membantu mencerahkan kulit dan  menyeimbangkan ekosistem mikrobioma kulit dan memberi perlindungan yang konsisten.


Calamine:
Calamine pula berfungsi meredakan kegatalan dan iritasi pada kulit. Selain itu dapat mengurangkan masalah kulit berminyak dan kemerahan. Ianya juga memberi perlindungan kulit akibat pendedahan pengcahayaan matahari.



Cara Penggunaan Cosmoderm Perfect Balanced Dengan 4 Langkah Mudah


Untuk set asas Cosmoderm Perfect Balanced ada 4 produk mengikut 4 langkah penggunaaan. Antara produk tersebut adalah:-

1. Foaming Cleanser
2. Toning Lotion
3. Soothing Wow Cream
4. SunMilk SPF 25 PA ++


Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser


Perfect Balanced Foaming Cleanser ini diformulasi dengan bahan yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Produk ini Ianya bebas paraben, fragrance, SLS / SLES danpewarna tiruan. Kebaikan produk ini adalah dapat membersihkan wajah secara 'deep clean' sekaligus menghapuskan kotoran dan celaan pada wajah kita. Ianya juga dapat mengurangkan masalah minyak berlebihan di muka.


Ini merupakan langkah pertaman dalam rutin penjagaan wajah. Membersihkan kulit dengan hanya picit sedikit (mengikut amaun yang dikehendaki) ke telapak tangan. Campurkan sedikit air dan bersihkan ke seluruh wajah. Bila bersih.

Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion

Seterusnya kita gunakan Perfect Balanced Toning Lotion. Ianya adalah dalam berbentuk cecair berwarna mereah jambu. Diformulasi dari calamine dan juga 20,000ppm prebiotik yang dapat melegakan masalah kemerahan, merangsang keupayaan fungsi penyerapan kulit dan melembap. Selain itu produk ini juga dapat meningkatkan pertahanan semulajadi dengan mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit. Paling penting ianya selamat digunakan bebas paraben, pewarna dan pewangi tiruan.

Setelah muka selesai dibersihkan, lap kering. Seterusnya letakkan sedikit toning lotion ke telapak tangan. Tap tap (sapu) ke atas seluruh muka.


Cosmoderm Perfect Balanced Wow Cream


Langkah ketiga, kita gunakan Cosmoderm  Perfect Balanced Soothing WOW Cream bagi tujuan untuk melembapkan wajah. Sememangnya WOW kerana produk ini dapat memberi 3x peningkatan kelembapan kulit, mengembalikan kelembapan kulit yang hilang serta dapat mengurangkan cela pada permukaan kulit.



Diformulasikan dengan calamine pekat dan 30,000ppm bertujuan untuk memeri kelegaan kepada kulit dan memperbaiki  daya ketahanan kulit.


Krim ini berwarna gabungan  pink dan putih. Tekstur krim yang agak likat sedikit. Hanya sapu krim secara menyuluruh ke seluruh wajah dan leher. Krim ini boleh digunakan pada waktu siang dan malam.


Cosmoderm Perfect Balanced SunMilk SPF 25 PA ++


Produk terakhir adalah Cosmoderm Mineral Sun Milk dengan SPF25PA++ . Sememangnya berfungsi untuk melindungi kulit daripada kesan sinar UVA dan UVB.


Produk ini mampu meningkatkan perlindungan terhadap kulit terutama sekarang cuaca yang agak panas. Ini bagi mengekalkan kecerahan kulit selain daripada mengatasi masalah seperti kerengsaan kulit, sunburn dan sebagainya.

Hanya picit sedikit di telapak tangan. Sapukan rata ke seluruh wajah. Serius! Memang best selepas menggunakannya.


Review Selepas Penggunaan

Dengan mengikut 4 langkah mudah menggunakan produk dari Cosmoderm Perfect Balanced memang saya dapat rasai perbezaannya. Muka lebih rasa bersih, lembut dan ada sedikit anjal. Tidak ada sebarang kesan iritasi bahkan biarpun baru menggunakan beberapa kali saya sudah rasai perbezaannya.

Pembungkusan sangat cantik - warna pink! Dan di setiap kotak/ pembungkusan produk memang disediakan nombor, sebagai rujukan langkah ke berapa dalam kegunaan/pemakaian produk ini.



Boleh dapatkan produk Cosmoderm Perfect Balanced  di semua rangkaian farmasi berdekatan termasuk di Watsons, Guardian dan Aeon Wellness. Selain itu boleh juga didapati di platform atas talian seperti  www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Offical Store.

Keterangan lanjut boleh layari :-

/
Cosmoderm Perfect Balanced | Rumusan Terbaru Dengan Prebiotik dan Calamine Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 29, 2021 Rating: 5

13 comments:

  1. Alaa comelnya warna dia.
    Boleh tak nak kotak tu? Hahaha
    Adakah ia mengeringkan kulit? Kalau tak, Rawlins nak try

    ReplyDelete
  2. Macam best jer. Bolehlah try produk nie.. set skincare pun dah abis. Hok ni pink pulak tu!!!

    ReplyDelete
  3. serius packaging cosmoderm perfect balanced ni cantik sangat. tak sabar nak guna

    ReplyDelete
  4. Comelnya kotak pink tu! Rangkaian produk Cosmoderm yang terbaru ni memang menarik hati betul. Prebiotic dan calamine tu menarik

    ReplyDelete
  5. Rasanya mungkin range baru ni kurang sesuai untuk kulit saya sebab dia untuk oil control. Sekarang saya sedang guna set warna kuning (Vitamin E) untuk kulit kering. Apa pun, saya yakin produk Cosmoderm semuanya bagus.

    ReplyDelete
  6. Ha'ah packaging dia memang cantik berwarna pink. Suka toner dia macam susu, mesti lembut muka lepas apply

    ReplyDelete
  7. Kiut betul kotak pink. Akak ni range Cosmoderm sesuai untuk usia berapa boleh start? Macam bungkusan untuk usia muda belasan tahun je. Tapi tengok ingredients sesuai utk kulit matang. Saya kalau pakai Cosmoderm ambil campur-campur range. Hehehe. Sebab semua produk dia best. Hehe

    ReplyDelete
  8. this brand has always been popular and affordable, but it is the beautiful pink packaging that i am very attracted to!

    ReplyDelete
  9. Bagus since takde irritation. Paling takut guna skinscare produ yang lepas bersihkan muka, kulit jadi tegang, kering dan mula rasa gatal... This packaging so cantik... Sangat feminine ahh

    ReplyDelete
  10. Makin hari makin bagus laa Cosmoderm ni, satu persatu produk baru dia keluar kan.. yang ni sangat cute, sebab serba serbi pink..

    ReplyDelete
  11. Comel je packaging dia warna pink macam tu.. nampak sangat feminine. Bagus jenama Cosmoderm ni, sebab selalu tengok orang promote pakai

    ReplyDelete
  12. Selamat Datang di DewaLotto...

    Kini DewaLotto Menyediakan Berbagai Game Betting Online

    Hubungi WA : https://wa.me/855888765575 ( +855 88 876 5575 )

    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel ( Online 24 Jam )

    1 USER ID UNTUK SEMUA GAME | TOGEL ONLINE | SLOT GAMES | LIVE CASINO | SPORTSBOOK | SABUNG AYAM | POKER ONLINE & DOMINOQQ | TRANSAKSI DI JAMIN AMAN 100%

    BAGI YANG KESULITAN MENGAKSES SITUS DEWALOTTO DI KARENAKAN INTERNET POSITIF, SILAHKAN GUNAKAN WWW.DEWA-LOTTO.BIZ

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.