Kemeriahan Sambutan Hari Lahir Ameer Yang Ke-4 Tahun di Ice Age Alive Kuala Lumpur

Kenalkan ini Ameer Shahmi, anak no. 6 daripada 7 adik beradik. Seorang kanak-kanak lelaki yang sangat aktif dan ceria. Hobi masa lapang suka menonton televisyen animasi Larva dan juga rancangan yang berkait dengan dunia Dinosaur. Selain itu Ameer juga gemar berbasikal bersama abang dan kakaknya setiap petang di taman permainan yang berhampiran dengan rumah.

Setiap tahun pada tarikh 10 Julai, kami sekeluarga akan menyambut hari lahir Ameer. Namun untuk sambutan hari jadinya pada tahun 2018 menjadi lebih bermakna kerana Ameer telah menyambut Hari Jadi bersama keluarga dan juga rakan-rakan lain yang dilahirkan pada bulan yang sama di Ice Age Alive Matic Kuala Lumpur. Oh yeahhhhh, di lokasi yang mempamerkan dunia dinasour pada zaman ais batu ~ Ice Age Alive!

\
Kek besday Ameer yang super duper cute! Pada siapa yang ini tempah kek yang cantik dan sedap boleh hubungi  Shahrul Mrcupcakes. kek coklat yang memang sedap bersama dekorasi dunia dinasour yang cukup istimewa.

Bertambah meriah Hari Jadi ini turut diraikan bersama 4 rakan lain yang dilahirkan pada bulan Julai. 

Suasana bertambah gamat dengan pelbagai aksi comel dari anak-anak. Semuanya kelihatan begitu gembira daripada anak-anak sehinggalah ibu-bapa yang turut menyertai sama.


Kehadiran Fly FM Troopers dengan menawarkan pelbagai hadiah esklusif dari radio Fly FM buat anak-anak menggandakan keceriaan hari mereka. Apatah lagi soalan yang dilontarkan adalah berkaitan dinosaur dan juga mengenai radio Fly FM itu sendiri. Berebut-rebut anak yang hadir ingin cuba menjawab soalan yang diberikan. Masing-masing excited nak hadiah, hehehe.

Suasana santai dengan susunan meja kerusi yang cukup teratur menjadikan majlis yang dirancang berjalan sempurna.

Ameer dengan topi dinaosur, comelkan hehehe

Si bam bam pun tidak ketinggalam sama. Bergaya dengan topi parti dinasour yang super duper comey!

Hidangan yang disediakan semuanya enak dan memenuhi selera kanak-kanak dan golongan dewasa. Memang sangat rekomen untuk mereka yang ingin mengadakan majlis harijadi si ni memilih menu yang seperti disediakan untuk kami. Sedap!

Untuk pengetahuan semua Pameran Ice Age Alive KL ini akan berlangsung sehingga bulan Disember 2018. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam. Ice Age Alive Kuala Lumpur telah diadakan di MATIC (Malaysia Tourism Centre) Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Selain daripada kita dapat lihat dan belajar tentang dinasour zaman air batu yang unik. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Antaranya seperti ice-skating rink, jumping Castles, Snow Pool, Sand Art dan pelbagai lagi.

Snow Pool
 Anak-anak boleh merasai sendiri pengalaman bermain dengan salji.

Mereka akan bereksplorasi dengan dunia salji dengan penuh teruja.

Apatah lagi perkakasan permainan turut disediakan menggandakan lagi keriangan.

Lihat sahaja Ameer yang betul-betul menikmati suasana salji di sini. Pengalaman cukup berharga memandangkan kami belum pernah berpeluang melawat negara barat pada musim salji :-p

Tak dapat jumpa penguin hidup, patung penguin pun boleh....bergambar sekali, hahahaha.

Ice-Skating Rink
 Ini antara port kegemaran anak-anak remaja khasnya. Kita boleh meluncur salji di sini dengan menggunakan kasut ice skating disediakan. Memang seronok. Terdapat juga momen kelakar terutama melihat aksi mereka yang pertama kali (seperti saya) bermain permainan ini.

Pameran Dinosaur Ice Age Alive.

Secara jujurnya pameran ini bukan hanya menarik minat kanak-kanak bahkan kepada golongan dewasa juga. Mempertengahkan sebahagian dinasour yang hidup pada pada zaman air batu, antaranya seperti Wolly Mammoth yang cukup popular didalam filem animasi Ice Age.

Selain daripada kita dapat melihat sendiri bagaimana rupa fizikal dinasour ini, kita juga boleh mendapatkan pelbagai informasi menarik mengenai dinosaur tersebut. Ini adalah melalui keterangan bertulis yang telah disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk lebih memahami tentang dinosaur yang mereka lihat didepan mata. Terutama mengenai saiz badan, ciri fizikal, habitat dan banyak lagi fakta yang menarik dikongsi.

Paling seronok, kita boleh merakam gambar segala replika dinosaur yang ada di sini. Sesuatu yang menarik dan cukup istimewa terutama apabila dapat dijadikan kenangan buat mereka yang amat gemarkan dunia dinosaur.





 
Seronok bukan? Apabila kita dapat lihat pelbagai jenis replika dinosaur zaman air batu di sini. Antara replika di sini memang bergerak-gerak seperti haiwan yang hidup. Very impressive tau! 

Dan T-Rex dinosaur yang cukup popular sebagai dinosaur pemakan daging dan ganas juga ada di pameran Ice Age Alive KL. Karektor T-Rex sememangnya menjadi sebutan terutama bagi mereka yang memang mengikuti filem Jurassic Park.



Melihat pada aksi yang telah dirakamkan oleh anak saya bersama T-Rex membuatkan saya tersenyum sendiri. Punyalah seronoknya berjumpa T-Rex, pelbagai gaya ingin dirakamkan ya wahai anak?

Fosil dan sand art

Aktiviti yang biasanya sangat digemari oleh kanak-kanak perempuan iaitu bermain sand art. Ada booth di sini yang menawarkan pelbagai jenis gambar untuk aktiviti sand art. Dan untuk satu sand art, ada caj yang dikenakan tetapi tidaklah mahal sangat.
Tulang fosil antara yang menjadi tarikan di pameran ini.

Apabila maskot dinosaur ini memunculkan diri, anak-anak bertambah teruja. Seolah mereka telah bertemu dengan dinosaur yang sebenar. Wah! Masing-masing beria untuk mengambil gambar bersama maskot dinosaur tersebut.

 Jumping Castle

Terdapat 2 jumping castles yang disediakan untuk pengunjung kecil di sini. Memang sangat seronok, sambil melihat dinosaur anak-anak juga boleh bermain sepuas-hatinya di jumping castle yang ada disediakan. Permainan feveret kanak-kanak yang biasanya kita boleh temui di indoor taman tema  dan kini berada di Ice Age Alive KL.

Kalau berminat boleh juga bermain aktiviti ini. Tetapi ada token yang perlu dibeli terlebih dahulu.

Berada di Ice Age Alive KL dan berpeluang menyambut hari jadi anak yang sememangnya meminati dunia dinosaur adalah pengalaman indah buat saya dan keluarga. Apatah lagi fasiliti yang ada di Matic seperti tandas dan tempat letak kereta ada disediakan. Bagi mereka yang ingin menyambut hari jadi anak dengan cara yang berbeza dan lebih menyeronokkan adalah direkomenkan acaranya berlangsung di sini iaitu di Matic bersempena dengan Ice Age Alive KL. Untuk keterangan lanjut dan sebarang tempahan boleh hubungi di talian 03-2270 6333/6222.

Untuk harga tiket masuk ke Ice Age Alive KL

Dewasa:
RM45
RM29.50 (pemegang MYKAD)

Kanak-kanak:
RM35
RM19.50 (pemegang MYKAD)

Pakej Famili:
*2 Dewasa 2 Kanak-kanak
RM110
RM85 (pemegang MYKAD)


Boleh layari;

Buat Ameer sayang. Moga panjang umur (amin amin), diberi kesihatan yang cemerlang dan sentiasa ceria. Mummy dan Dedet love you so much! Selamat hari lahir yang keempat tahun anakku :-)

Psst:
Tqsm Bro. Shamsul dan team, Ice Age Alive KL dan semua yang terlibat.
Kemeriahan Sambutan Hari Lahir Ameer Yang Ke-4 Tahun di Ice Age Alive Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 09, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. bestnya tgk denesor smbil sambut birthdayy wahh

    ReplyDelete
  2. Happy birthday! It;s so great can celebrate birthday with the ice age team.. must be an unforgettable one..

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Ameer. Syok ya sambut birthday dengan team ice age.

    ReplyDelete
  4. Best nya dapat celebrate birthday beramai-beramai di tempat yang best macam ni. Happy birthday to you Ameer. Cute sangat topi dinosaur tu. Makanan dan kek pon nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir amir..
    meriah sambutan ni

    ReplyDelete
  6. Bahagianya Ameer dapat menyambut bestday dengan rakan-rakan dan dinosor itu semua. Jangankan Ameer, Rawlins pun akan teruja kot. Agak-agak diorang bagi tak kalau nak tunggang dinosor kat situ? Haha

    ReplyDelete
  7. minat dinosaur ye.. mesti happy gila bila dapat kek yang ada dinosaur. pastu dapat main 'salji' plak tu

    ReplyDelete
  8. Wow meriahnya sambut birthday kat sini dengan ramai orang lepas tu ada kek lagi hehehe mesti ramai orang nyanyi sama-sama... Kalau ada anak nanti akan bawa ke sini untuk mereka berjalan-jalan...

    ReplyDelete
  9. Happy birthday Ameer semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa nya. Suka tengok ramai yang update tengok Ice Age Live ni. Kalau bawa anak-anak lagi bertambah meriah tengok sendiri koleksi kartun dinasour ni kan.

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya tgk ameer...
    Semoga amerr terus ceria dan mmbahagiakan mama nya...
    Sedap tgk kek n pasta tu

    ReplyDelete
  11. Eh kak, ada ye pakej sambut haari lahir di Ice Age Alive KL? Baru tahu ni, btw...selmaat hari lahir buat anak akak,Ameer. Moga jadi anak yg berguna nanti ya.

    ReplyDelete
  12. Selamat Harijadi Ameer. Bestnya buat birthday kat sana..sure Ameer happy dn kanak2 lain pun sure seronok. Kalaulah ada anak kecik sure sis ke sana main salji tu

    ReplyDelete
  13. Wah seronoknya sambut birthday dengan Ice Age, Happy birthday Ameer. Anak saya pun suka tengok Larvae, boleh geng ni :)

    ReplyDelete
  14. Happy Birthday to your son. He grows up fast. Is really happening at Alive. Can see the dinasour, play at ice while celebrate birthday. I like this birthday package.

    ReplyDelete
  15. Happy birthday Amir !! Wahh bestnya sambut birthday di sana. Macam2 ada. Budak2 suka lah nie kalau bawak tempat mcm tu

    ReplyDelete
  16. Kids with dinosaur mana boleh di pisah kan. My nephew dulu pun suka benda camni. Seronok betul tengok birthday Amir. Meriah dan banyak aktiviti.

    ReplyDelete
  17. Seronok betul bebudak tu ye.. especially si birthday boy..sure ralit masing2 dan x nak balik lepas tu..bagus la kat sini..semua ara.nak amik gambar pun banyak je tempat cantik..

    ReplyDelete
  18. Seronok ye dapat celebrate birthday dekat Ice Age Alive. Dah lah tempat tu sedia seronok. Satu kenangan terindah buat anak2 kan kak. Happy birthday ameer.

    ReplyDelete
  19. So much fun for the birthday kids and their parents. Oh my, won't I love to be there to capture the smiling faces of these children! Well done, Ice Age.

    ReplyDelete
  20. Kadang kadang tengok anak kita gembira pon dah cukup buat kita as parents ni gembira kan. Lagi lagi bila dia dapat have fun dengan kawan kawan dia. Happy Belated Birthday Ameer!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.