Bawang Merah Bawang Putih Single Terbaru Eira Syazira dan Nabila Maharani

Kerjasama yang cukup hebat apabila dua nama besar dari Malaysia dan Indonesia, Eira Syazira dan Nabila Maharani, bergabung dalam single terbaru berjudul Bawang Merah Bawang Putih. 


Apa yang lebih menarik lagu ini dilancarkan serentak hari ini di semua platform digital streaming utama serta di saluran rasmi YouTube Trisna Music. 



Single bergenre pop ini mendapat sentuhan eksklusif daripada Trisuaka, yang bertindak sebagai pencipta lagu sepenuhnya, manakala susunan muzik diolah oleh Ardy Goliath. 

Proses rakaman berlangsung di Studio Trisna Music di Jogjakarta, menandakan gabungan kreatif antara pemuzik hebat Malaysia dan Indonesia.

Naungan Dua Syarikat Hiburan Serantau
Gabungan kolaborasi ini dijayakan di bawah naungan ES Arjuna Management Malaysia) dan Positif Art Entertainment (Indonesia), sekali gus memperkukuh alinan seni serumpun yang semakin berkembang di rantau Nusantara.


Sokongan Penuh Candyta & Rakan Penaja
Lebih istimewa, keseluruhan projek termasuklah penghasilan lagu dan video muzik menerima tajaan penuh daripada Candyta, produk rangkaian penjagaan rambut yang semakin mendapat tempat di hati pengguna.



Selain itu, rangka promosi Bawang Merah Bawang Putih turut mendapat sokongan tajaan daripada rakan  perniagaan yang lain seperti:-
  • Batik Air 
  • Le Méridien Putrajaya 
  • Kaki Jersey 
  • Perabot Jati Awish 

Penerbitan Video Muzik
Video muzik telah dirakam di Jogjakarta mengetengahkan kisah klasik Bawang Merah Bawang Putih. Kisah epik yang nenggambarkan watak Bawang Putih yang sering diperlakukan tidak adil oleh ibu serta adik tirinya, sebelum kemunculan seorang putera berkuda yang tampil sebagai penyelamat. Visual sinematik dan naratif penuh emosi ini dijangka mampu menyentuh hati para penonton.

Bawang Merah Bawang Putih Single Terbaru Eira Syazira dan Nabila Maharani Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 22, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.