Siri Pembelajaran Sosial Emosi Dari Evergreen Edupress Dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Siri Pembelajaran Sosial Emosi Dari Evergreen Edupress Dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025 |
Satu pencapaian yang cukup membanggakan, Evergreen Edupress PLT, anak syarikat milik penuh Little Caliphs® International Sdn. Bhd. telah mewakili Malaysia di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025. Ini bersempena pengiktirafan negara sebagai Country of Honour. 


Jemputan ini telah disampaikan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Perbadanan Kota Buku, mencerminkan pengaruh Malaysia yang semakin menyerlah dalam landskap penerbitan global.

Evergreen Edupress sememangnya cukup terkenal dengan sumbangan inovatif dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Pengarahnya, Datin Dr. Hajah Sabariah Faridah Jamaluddin figura yang cukup herpengalaman dan sentiasa berpandangan jauh dalam dunia pendidikan Malaysia.

Evergreen Edupress Mencuri Perhatian
Melalui pesta buku ini, Evergreen Edupress 
mencuri tumpuan dengan pelancaran antarabangsa Siri Pembelajaran Sosial Emosi (SEL) terbaharu mereka. 


Pelancaran ini menjadi bukti komitmen jenama tersebut dalam membentuk generasi kanak-kanak secara holistik dan bersedia untuk masa hadapan melalui kandungan pendidikan berteraskan nilai-nilai  murni. 

Penulisan Terbaru
Siri baharu ini ditulis oleh Nur Jannah Nur Iskandar, yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Kandungan siri ini  dibangunkan dengan teliti agar selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2026. 


Ia menyediakan bahan pembelajaran yang menarik untuk memperkukuh Pembelajaran Sosial Emosi dan Pembinaan Sahsiah yang  juga merupakan dua elemen utama dalam perkembangan awal kanak-kanak. 

Bagi meraikan pelancaran tersebut, satu sesi penceritaan khas oleh Nur Jannah turut diadakan dan berjaya memikat hati para pengunjung. Sesi ini bukan sahaja menyerlahkan warisan penceritaan Malaysia, malah menonjolkan kepimpinan pemikiran negara dalam pembangunan pendidikan.

Simbolik Pencapaian
Penyertaan di pentas antarabangsa ini bukan sekadar meraikan pencapaian sastera Malaysia, malah merupakan detik bersejarah bagi Evergreen Edupress dalam menyampaikan kandungan pendidikan yang berimpak dan sejajar dengan kurikulum kepada khalayak global. 


Syabas Evergreen Edupress moga konsisten menjadi penerbitan terbaik dan terus sukses membawa nama Malaysia ke seluruh dunia.
Siri Pembelajaran Sosial Emosi Dari Evergreen Edupress Dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 28, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.