Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”

Menjelang ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2026, Spritzer, jenama air mineral semula jadi yang paling dipercayai di Malaysia, secara rasmi melancarkan kempen berskala nasional bertemakan “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”, dalam satu majlis pelancaran media yang diadakan di C Space, Pasar Seni, Kuala Lumpur. Majlis ini turut disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.


Dari kiri : 1. Yang Berusaha Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim - Senior Director of Tourism Malaysia Advertising & Digital, Head of Secretariat Visit Malaysia 2026
2. Yang Berhormat Datuk Khairul Firdaus Bin Akbar Khan - Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture
3. ⁠Mr Kenny Lim - Spritzer Group Chief Executive Officer
4. ⁠Ms Shiao Chan - Spritzer Group Head of Marketing

Berteraskan konsep “healing”, kempen ini menggalakkan orang ramai untuk kembali mendekati alam semula jadi, meneroka keindahan budaya, dan menemui semula keseimbangan serta gaya hidup yang lebih sihat melalui pelancongan domestik. Sepanjang Jun hingga Julai 2025, Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing” akan menampilkan rancangan kembara 6 episod, seni interaktif, media sosial dan pemasaran kandungan, menginspirasi gerakan nasional ke arah pelancongan healing dan lestari, sambil mengukuhkan Spritzer sebagai peneman terbaik yang menghidrasi dengan mineral semula jadi yang menyegarkan.
Dari kiri : 1.⁠ ⁠Yang Berusaha Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim - Senior Director of Tourism Malaysia Advertising & Digital, Head of Secretariat Visit Malaysia 2026
2.⁠ Mr Ng Seong Ping
3. Yang Berhormat Datuk Khairul Firdaus Bin Akbar Khan - Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture
4.⁠ ⁠⁠Mr Kenny Lim - Spritzer Group Chief Executive Officer
5.⁠ ⁠⁠Ms Shiao Chan - Spritzer Group Head of Marketing
6. Adriana Adnan  ambassador /Host of Air Love Cuti2, Jom Healing with Spritzer
7. ⁠Oscar Lee - Artist, Co2_Karbondioksida

Tema Healing: “Jom Healing – Kembali Mendekati. Secara Semula Jadi.”
Sejajar dengan landskap gaya hidup masa kini, istilah “healing” semakin menjadi sebutan dalam
kalangan generasi muda Malaysia, melambangkan keperluan untuk berehat seketika daripada
tekanan harian menerusi percutian singkat yang memulihkan emosi, memberikan ketenangan
jiwa dan semangat. Menyedari perkembangan ini, Spritzer memperkenalkan kempen "Jom
Healing", menyeru rakyat Malaysia untuk kembali mendekati alam sambil mengekalkan
kesihatan dan hidrasi dengan air mineral semula jadi Spritzer.

Kempen ini turut mengetengahkan pelancongan secara lebih bertanggungjawab dengan
menggalakkan eksplorasi domestik yang bersifat lestari. Menerusi kandungan video dan
pengaruh media sosial, Spritzer ingin menyemai kesedaran agar masyarakat mencintai khazanah
alam, warisan serta budaya tempatan, sambil memelihara keindahan tersebut melalui amalan
kitar semula dan pemeliharaan alam sekitar.

Menyemai Jalinan Emosi dengan Alam, Budaya & Percutian Lestari
“Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing” bertujuan untuk mengeratkan jalinan emosi rakyat Malaysia
dengan pelancongan domestik berasaskan alam semula jadi, di samping mengukuhkan imej
Spritzer sebagai peneman terbaik ketika melancong. Selain aktiviti fizikal di luar, Spritzer turut
memanfaatkan kandungan asal rancangan kembara, interaksi media sosial dan seni interaktif,
pengalaman budaya serta tip pelancongan lestari untuk menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi
perjalanan healing mereka sekaligus mempertingkatkan ikatan emosi terhadap jenama.


Menambat Hati Pelancong Generasi Baharu & Antarabangsa
Kempen ini menyasarkan golongan tempatan berumur 20 hingga 40 tahun yang menghargai
pengalaman hidup bermakna. Golongan ini mencari pengembaraan berasaskan alam, festival
budaya dan makanan tempatan sebagai kaedah untuk menenangkan jiwa. Spritzer juga berhasrat menarik perhatian pelancong bebas antarabangsa yang mengutamakan pelancongan lestari dan pengalaman budaya tempatan. Selaras dengan keperluan pelancongan masa kini, jenama ini memupuk imej yang lebih mesra dan dekat di hati menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sorotan Istimewa: Rancangan Kembara Asli dan Pameran Seni Interaktif
1. “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing” – Keindahan Tersembunyi, Rancangan Kembara
Luar Biasa
Spritzer mempersembahkan Jom Healing, sebuah siri web menampilkan pempengaruh tempatan
popular seperti Adriana Adnan dan Sean Lee, bersama pempengaruh pelancongan Fakhrul Aizat,
Dee Alimin dan Jaslin Puasa. Rancangan ini merakam pengembaraan mereka ke lokasi alam
semula jadi seperti air terjun, pulau, gunung, gua, tasik, taman negara dan hutan rekreasi serta
bandar warisan, aktiviti budaya dan lokasi warung tempatan dalam mencari erti ketenangan.
Daripada keindahan semula jadi seperti Air Terjun Kimorugi dan keunikan mistik Gua Lembah
Lenggong, sehinggalah kepada warisan budaya seperti bengkel batik dan aktiviti berkayak
sambil melihat kelip-kelip, Jom Healing turut menyelami pengalaman interaktif seperti
menganyam jaring dan membuat otak-otak. Penonton juga disajikan dengan aktiviti mendaki
yang menenangkan di Sungai Lembing serta penerokaan keindahan Pulau Mantanani secara
island-hopping. Lebih daripada sekadar melancong, pendekatan yang dekat di hati ini
menggalakkan penonton untuk melihat pelancongan sebagai terapi dan sumber kesejahteraan.
Rancangan ini akan ditayangkan di Viu bermula dari 27 Jun hingga 14 Julai pada setiap Isnin
dan Jumaat.

#JomHealing #AirLoveCutiCuti #HealingTravel

2.⁠ ⁠Tarian Bayang: The Consumption Pattern – Plastik Diterjemah Menjadi Seni
Penerapan pameran seni interaktif “Tarian Bayang” membawa dimensi baharu kepada bahan
terbuang. Diperbuat daripada ratusan botol plastik kitar semula, potongan plastik yang digantung
menghasilkan bayang-bayang bercorak seakan batik dan renda apabila disinari cahaya, seolah-
olah ‘menari’ di permukaan lantai.

Pameran ini bukan sahaja memperingati keindahan seni tradisi, malah menyampaikan mesej
mendalam tentang kesan kelakuan manusia terhadap alam. Ia menggambarkan bahawa walaupun
plastik meninggalkan bayang hitam terhadap bumi, ia juga mampu diberi nafas baharu dengan
kreativiti, tanggungjawab dan rasa cinta terhadap kelestarian.

Saksikan karya seni ini di ruang utama Pasar Seni bermula dari 23 Jun hingga 22 Julai 2025,
hasil kolaborasi bersama Oscar Lee and Celine Tan dari Co2_Karbondioksida.

#PlasticReimagined #ShadowGarden #SustainableArt
Produk Pilihan: Hidrasi Sepenuhnya Untuk Setiap Perjalanan Spritzer turut mengetengahkan dua produk terlaris yang sesuai untuk gaya hidup aktif dan tropika:

Air Mineral Semula Jadi Spritzer: Kaya dengan mineral semula jadi seperti silika untuk kesihatan kulit dan tulang, diperoleh daripada kawasan terlindung seluas 430 ekar dan ditapis secara semula jadi lebih 15 tahun. Dibotolkan dalam pembungkusan bebas mikroplastik dan
disahkan SIRIM.

Air Mineral Berkarbonat Spritzer Sparkling: Tanpa gula, tanpa kalori dan menyegarkan, sesuai untuk pengembaraan tropika. Dihasilkan dari sumber yang sama, dengan sensasi berkarbonat yang menyenangkan.

Kedua-dua produk menggunakan botol yang boleh dikitar semula sepenuhnya, selaras dengan
aspirasi jenama ke arah pelan pembangunan lestari menerusi visi Circular Brand 2030.

Daripada Sebotol, Hingga Lahirlah Cinta pada Malaysia
Sejak 2024, inisiatif “Air Love Cuti-Cuti” telah membawa nafas baharu dalam dunia
pelancongan domestik dengan pendekatan yang menekankan penjagaan diri, kecintaan terhadap
alam dan budaya tempatan.

Permainan kata antara “air” dan “I love” mencetuskan simbolik mendalam, bahawa Spritzer
bukan sekadar air minuman, tetapi satu ungkapan kasih terhadap pengembaraan, kesihatan dan
tanah air.

Menerusi kempen “Jom Healing”, Spritzer komited untuk memperluas mesej ini melalui
kolaborasi, kandungan asli dan pengalaman penuh makna, menjadikan jenama ini sebagai teman
pelancongan yang paling dipercayai dan disayangi rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”:
https://spritzer.com.my | https://shop.spritzer.com.my
Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing” Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 24, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.