Memperkasakan Profesion Optometris | Pelancaran Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer
Satu Majlis Pelancaran Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Bagi Profesion Optometri telah diadakan di Akademi Perubatan Malaysia, Presint 8, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Majlis anjuran Persatuan Optometris Malaysia (Association of Malaysian Optometrist -AMO) telah berkerjasama bersama Majlis Optik Malaysia dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara tetamu kehormat yang merasmikan pelancaran garis panduan ini adalah Yang Berhormat Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad. Tetamu kehormat lain adalah Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) selaku Penasihat Jawatankuasa Khas Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Optometris Swasta, Dr Mohd Aziz bin Husni, Ketua Kepakaran Oftalmologi KKM selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Optometris Swasta, En Ahmad Fadhullah bin Fuzai, Presiden AMO dan Prof. Dr. Azrin Esmady bin Ariffin, Presiden College of Optometrists.
Untuk info, garis panduan ini dihasilkan oleh Jawatankuasa Khas Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Optometris Swasta yang dilantik oleh YBMK.
RINGKASAN EKSEKUTIF: GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN PENJAGAAN MATA PRIMER BAGI PROFESION OPTOMETRIS
Berikut adalah garis panduan yang dicadangkan untuk memperkasakan profesion optometris di malaysia:-
1. Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer bagi Profesion Optometris
Garis panduan ini menyediakan panduan lengkap bagi optometris untuk menjalankan pemeriksaan, diagnosis, dan pengurusan kesihatan mata dalam konteks penjagaan mata primer. Objektif utamanya adalah untuk menyediakan pemeriksaan komprehensif bagi mengesan anomali penglihatan dan penyakit mata, seterusnya merujuk pesakit kepada pakar oftalmologi apabila perlu. Ia juga menekankan kepatuhan kepada etika profesional serta keperluan peningkatan kualiti melalui CPD tahunan.
2. Modul Latihan Penjagaan Kesihatan Mata Dipertingkat (Enhanced Eye Health Care) Bagi Optometris
Modul ini bertujuan meningkatkan kemahiran optometris dalam penjagaan kesihatan mata, terutamanya dalam pengesanan awal dan pengurusan penyakit mata kronik seperti diabetik retinopati dan glaukoma. Latihan ini membantu optometris menangani kecemasan mata dan kes-kes penyakit kronik dengan lebih baik, serta memastikan rujukan yang tepat kepada pakar oftalmologi.
3. Credentialing dan Privileging Optometris Swasta
Proses credentialing dan privileging memastikan bahawa optometris swasta layak menjalankan prosedur klinikal dengan selamat dan berkesan. Ini melibatkan pengesahan kelayakan profesional serta pemantauan kompetensi melalui buku log dan latihan tambahan. Optometris mesti memenuhi syarat credentialing dan pembaharuan setiap tiga tahun, yang merangkumi pengurusan kes diabetik retinopati dan glaukoma serta pengumpulan mata CPD.
Dokumen ini merangkakan struktur yang jelas untuk memastikan optometris memberikan perkhidmatan penjagaan mata berkualiti, beretika, dan selamat. Credentialing dan modul latihan membantu meningkatkan kemahiran klinikal optometris, manakala garis panduan penjagaan mata primer memastikan amalan profesional yang memenuhi piawaian yang ditetapkan.
MEMPERKASAKAN OPTOMETRIS BAGI MENJALANKAN TUGAS JAGARAWATAN MATA PRIMER DI DALAM KOMUNITI
Berikut adalah cadangan Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer bagi Profesion Optometris yang telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Khas Penjagaan Mata Primer Optometris Swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia akan diterajui pelaksanaannya oleh College of Optometrists Malaysia dan Association of Malaysian Optometrists.
Optometris terlatih berperanan mengesan awal penyakit seperti glaukoma, katarak dan retinopati diabetes. Inisiatif ini mengubah persepsi masyarakat dan meningkatkan tahap profesionalisme kami,” katanya dalam satu sidang media bersama penasihat persatuan,Datuk Dr. Murphy Chan dan Woon Pak Seong.
Pentauliahan Optometris sebagai pengamal penjagaan kesihatan mata primer menurut garis panduan ini terdiri daripada:
1) Latihan Jagarawatan Mata Primer Dipertingkat (Enhanced Care); dan
2) Latihan Jagarawatan Bersama (Shared Care) penyakit diabetik retinopati dan glaucoma yang memerlukan pentauliahan kaedah Credentialing & Privileging (C&P).
Pihak College of Optometrists dengan ini mengemukakan plan pelaksanaan bagi kedua-dua Latihan tersebut untuk unjuran tahun 2025–2030. Kedua-dua latihan ini bertujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan oleh Optometris swasta kerana dengan adanya pentauliahan optometris swasta akan dapat memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan mata primer secara efektif dan beriktiraf.
Buat masa ini terdapat kira-kira 3400 Optometris berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia di mana seramai 2658 Optometris mempunyai sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) 2025, dengan pecahan Optometris di sektor awam berjumlah 405 dan di sektor swasta pula berjumlah 2995.
PENGENALAN LOGO KHAS
Untuk mengelakkan rasa was-was di kalangan masyarakat. Satu logo khas akan diperkenalkan seperti simbol “Rx” yang ada pada farmasi tertentu. Pengenalan logo ini adalah untuk membezakan kedai cermin mata yang mempunyai optometris bertauliah. Ini dapat memberi keyakinan kepada masyarkat dalam mendapat rawatan dan pemeriksaan bersama optometris yang punyai kelayakan.
Selain itu turut dilancarkan direktori digital optometris berdaftar bagi memudahkan akses kepada rawatan awal berkualiti.
PENGENALAN LOGO KHAS
Untuk mengelakkan rasa was-was di kalangan masyarakat. Satu logo khas akan diperkenalkan seperti simbol “Rx” yang ada pada farmasi tertentu. Pengenalan logo ini adalah untuk membezakan kedai cermin mata yang mempunyai optometris bertauliah. Ini dapat memberi keyakinan kepada masyarkat dalam mendapat rawatan dan pemeriksaan bersama optometris yang punyai kelayakan.
Selain itu turut dilancarkan direktori digital optometris berdaftar bagi memudahkan akses kepada rawatan awal berkualiti.
KESIMPULAN
Apabila Optometris sudah mempunyai kelayakan membuat saringan dan jagarawatan mata secara profesional ianya sangat membantu pihak Klinik dan Hospital bahagian mata. Ini adalah kerana Optometris juga berkelayakan dalam memberi pemeriksaan serta rawatan mata peringkat awalan.
Ianya dapat mengurangkan jumlah pesakit ke hospital dan sangat membantu pengendalian pesakit yang lebih kronik yang memerlukan rawatan segera di Hospital. Pengenalan garis panduan ini juga dapat mengangkat profesion optometris dan pesakit mata biasa boleh dapatkan rawatan serta membuat pemeriksaan di kedai-kedai cermin mata berdekatan yang mempunyai optometris yang diiktiraf.
Memperkasakan Profesion Optometris | Pelancaran Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 18, 2025
Rating:
No comments:
Sharing is caring...