CABARAN PASTRI ANCHOR 2025 MEMILIH BAKAT BARU PASTRI MALAYSIA

Cabaran Pastri Anchor 2025, anjuran Anchor Food Professionals Malaysia & Brunei, meraikan cef pastri muda yang paling berbakat di Malaysia dengan menawarkan platform untuk mempamerkan kreativiti dan penguasaan teknikal mereka.


Pertandingan itu menampilkan sepuluh finalis; masing-masing lima orang dalam  kategori Roti & Viennoiserie dan Kek di mana mereka melalui proses penilaian yang ketat di UOW Malaysia, Shah Alam. Panel hakim diketuai oleh para pakar industri yang terkenal, termasuk Meilleur Ouvrier de France Chef Jean-François Arnaud dan Chef Judy Koh,

Pengasas dan Pengetua Creative Culinaire The School; serta para editor media dan pengulas makanan. 
Matkamat kami adalah untuk memupuk bakat pastri masa depan sambil menunjukkan kepelbagaian dan kebolehpercayaan produk tenusu premium Anchor dari New Zealand, salah satu tempat terbaik untuk menghasilkan tenusu di dunia
kata Peter Quah, Pengarah Perkhidmatan Makanan Anchor Food Professionals Malaysia. 
Kami berbangga melihat kemahiran dan semangat luar biasa yang dipamerkan.
Dalam kategori Roti, para peserta telah mempamerkan teknik laminasi dan pengendalian doh, dengan tumpuan kepada ketepatan, struktur dan rasa. Bagi kategori Kek pula, para finalis perlu menghasilkan pencuci mulut yang halus dan menarik secara visual serta menyerlahkan kesenian, tekstur dan keseimbangan.

Pertandingan yang diadakan dalam persekitaran dapur sebenar di bawah tekanan masa mendorong para peserta untuk menyediakan hidangan berkaliber tinggi yang mengukuhkan kehebatab masakan mereka dan prestasi bahan gred profesional Anchor. Sama seperti visi jenama mereka, memacu masa depan tenusu dalam perkhidmatan makanan.Enam orang pemenang telah dipilih selepas pertandingan selesai.


Pemenang hadiah Emas diberi peluang mengadakan demo solo sebagai pemenang Anchor rasmi bersama trofi, sijil  dan hadiah wang tunai RM2,500. Pemenang Perak dan Gangsa pula menerima trofi, sijil dan hadiah wang tunai masing-masing RM1,500 dan RM1,000.

Ketua Hakim pertandingan, Chef Jean-François Arnaud, menekankan bahawa acara seperti ini penting untuk pertumbuhan para chef muda. Beliau menjelaskan bahawa dengan bekerjasama di dapur yang sama di bawah tema dan kekangan masa yang sama membolehkan para peserta diberi panduan tentang cara untuk meningkatkan hasil kerja mereka. 
Inilah cara kita meningkatkan tahap pembuatan pastri, bukan sahaja di Malaysia malah diamalkan di seluruh dunia,
 beliau berkata.

Dalam kategori Roti & Viennoiserie , Anugerah Emas dimenangi oleh Ooi Kin Weng dari Akademi Seni Pastri & Kulinari Malaysia, diikuti Ryan Ang Rui Yan dari Taylor’s
University, yang menerima Anugerah Perak, dan Sharifah Nur Adylla Binti Syed Zahirin, yang memperoleh Anugerah Gangsa.

Pemenang Anugerah Emas bagi kategori Roti & Viennoiserie, Ooi Kin Weng, berkata bahawa mentega dan krim yang dihasilkan oleh Anchor sangat serba boleh dan berkualiti tinggi seterusnya membantu beliau menghasilkan ciptaan yang memenangi anugerah. 


Produk Anchor mudah digunakan semasa melamina doh dan membolehkan saya mencapai yekstur yang sangat lembut,
kata Ooi. Mengimbas kembali perjalanan sebagai seorang chef muda, beliau menambah,
Memenangi kategori ini amat bermakna buat saya, terutamanya selepas beralih daripada kerjaya dalam bidang IT kepada pastri. Perjalanan saya masih jauh dan saya teruja untuk terus belajar dan berkembang. Suatu hari nanti, saya berharap dapat membukankedai saya sendiri—mungkin secara kecil-kecilan—dan Anchor telah benar-benar menyemarakkan semangat saya untuk menghasilkan viennoiserie.
Dalam kategori Kek pula, Tan Jia Le dari Akademi Seni Pastri & Kulinari Malaysia telah membawa pulang Anugerah Emas, manakala Yap Jing Li dari Taylor’s University memenangi Anugerah Perak, dan Sandee Churme Jia Ying, juga dari Taylor’s University, memperoleh Anugerah Gangsa.Tan Jia Le, pemenang Anugerah Emas dalam kategori Kek, memuji produk tenusu Anchor sebagai komponen utama kejayaannya. 
Tekstur berkrim dan konsisten membantu saya mencapai kemasan yang licin dan rasa bersih yang benar-benar memberikan yang terbaik untuk kek saya. Sebagai Pemenang Emas, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk memilih bahan yang berkualiti dan sentiasa terus menimba pengetahuan
tambahnya lagi.

Selain itu, Ryan Ang Rui Yan dan Yap Jing Li turut dipilih untuk memenangi Anugerah Pilihan Media masing-masing dalam kategori Roti & Viennoiserie dan Kek.

#AnchorFoodProfessionalsMY #AnchorPastryChallenge #PastryChallenge #MalaysiaChef #pastryart #petitegateau #vennoissorie #pastry #entremet

CABARAN PASTRI ANCHOR 2025 MEMILIH BAKAT BARU PASTRI MALAYSIA Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 13, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.