Huggies AirSoft Pants BAHARU: Lembut dan Kebolehnafasan untuk Bayi, Ibu Bapa Senang Hati

HUGGIES meraikan 100 keluarga di Malaysia dengan hari yang penuh keriangan di taman permainan tertutup baru-baru ini, bagi memperkenalkan inovasi terbaharu dalam produk lampinnya yang direka khas untuk menangani cabaran ibu bapa. Huggies Airsoft Pants yang kini diperbaharui, dilengkapi dengan teknologi Super AiryZone™ dan 360 Cloudsoft™, diuji dalam persekitaran sebenar di mana gabungan keselesaan dan kebebasan bergerak amat diutamakan. Lampin ini bukan sahaja menawarkan penyerapan, kelembutan dan keselesaan, malah turut menyokong si kecil bermainan tanpa gangguan dan kurang meragam, memudahkan ibu bapa menjaga anak mereka ketika bermain, meneroka dan membesar.


HUGGIES memahami bahawa setiap detik dalam dunia keibubapaan memerlukan keseimbangan yang halus. Saat seorang ibu memberi suapan pertama bayinya, dia juga bersedia untuk mengelap tumpahan pertamanya. Ketika seorang bapa tersenyum bangga melihat langkah pertama anaknya, dia juga tahu akan ada jatuhan pertama. Di sebalik keriuhan yang menggembirakan ini, satu perkara seharusnya tidak menjadi beban: memastikan bayi sentiasa selesa. Di sinilah Huggies Airsoft Pants yang baharu dan diperbaharui memainkan peranan pentingnya, direka khas untuk menjadikan setiap detik lebih mudah dan menyenangkan, buat bayi dan ibu bapa.


“Di Huggies, kami bukan sekadar menghasilkan produk, tetapi kami juga mendengar dengan teliti,” kata Leong Wei Li, Pengurus Jenama Kanan Huggies Malaysia. “Setiap penambahbaikan yang kami lakukan bermula daripada perbualan bersama ibu bapa. Kami mendengar tentang cabaran mengimbangi pelbagai tanggungjawab, akan setiap kejayaan kecil dan saat-saat kepenatan. Setiap detik itu penting, sama ada bayi terjaga kerana lampin penuh atau sesi menukar lampin menjadi cabaran kerana saiz tidak sesuai. Inilah realiti harian yang mengilhamkan rekaan Huggies Airsoft Pants baharu, dan teknologi Super AiryZone™ serta 360 Cloudsoft™ adalah jawapan kami kepada keperluan tersebut. Lampin ini direka untuk memastikan bayi kekal selesa dan kering sepanjang hari, supaya ibu bapa boleh meluangkan lebih banyak masa menikmati momen ringan dan menggembirakan bersama si manja, tanpa perlu terlalu risau.”

Apabila kanak-kanak kecil semakin aktif dan banyak bergerak, pemilihan lampin yang sesuai bukan lagi sekadar keperluan asas, ia memberi kesan secara langsung terhadap keselesaan dan keceriaan mereka. Dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap, haba yang terperangkap serta tekstur yang tidak selesa boleh menyebabkan ketidakselesaan, keresahan, serta mengganggu waktu bermain dan rehat. Teknologi Super AiryZone™ berfungsi sebagai zon pengudaraan di bahagian hadapan, belakang dan tengah lampin, memberikan 10X lebih aliran udara* dan membantu mencegah ketidakselesaan. Sementara itu, 360 cloudsoft™ menampilkan lapisan luar Airsoft Pants yang diperbuat daripada gentian ultra-halus 1.2 denier menjadikan lampin 150% lebih lembut1, umpama sentuhan selembut awan.

Diuji, Dibuktikan, dan Digemari oleh Keluarga Sebenar
Sewaktu acara pelancaran, ibu bapa berpeluang melihat sendiri keberkesanan produk apabila anak-anak kecil mereka merangkak melalui Terowong Super AiryZone™ dan bermain dengan gembira di Kolam Bola Cloudsoft™. Hasilnya? Kanak-kanak menjadi ceria dan aktif, serta ibu bapa berpuas hati dan rasa senang hati juga!


Take It Breezy, Baby! Huggies Airsoft Pants terbaharu kini boleh didapati dalam empat saiz mengikut tumbesaran anak: M, L, XL dan XXL di pasar raya besar, pasar raya utama, serta secara dalam talian di seluruh negara.

Seiring dengan pelancaran Huggies Airsoft Pants terbaharu, promosi eksklusif menarik ditawarkan sempena “Huggies Payday Sale” di TikTok. Promosi ini akan berlangsung dari 24 hingga 26 Jun 2025, di mana baucar diskaun bernilai RM100 boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum RM330 di kedai rasmi Huggies di TikTok. Tawaran ini adalah dalam kuantiti terhad dan berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat.

Take it breezy, baby – bersama Huggies.
Huggies AirSoft Pants BAHARU: Lembut dan Kebolehnafasan untuk Bayi, Ibu Bapa Senang Hati Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 25, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.