BERSERI TANPA FILTER, PERLINDUNGAN TERHADAP UV | Sunplay Tone-up UV Essence Terbaharu

Tiada filter? Tiada masalah. Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) baharu dari Sunplay memberikan seri wajah yang lebih segar dan bersedia  untuk kamera, sambil melindungi anda daripada sinaran matahari. 


Dengan hanya satu olesan, krim tabir suria ini akan memberikan kesan tone-up yang serta- merta mampu membetulkan tona kulit dan mencerahkan seri wajah. Dirumus dengan SPF50+ PA++++ dan Perlindungan Serbuk Mutiara Iridescent Strobe, ia bukan sahaja memberikan perlindungan spektrum luas daripada sinaran UVA dan UVB untuk melindungi kulit anda, malah mencerahkan kulit kusam dan tampak letih untuk tona kulit yang sekata secara semula  jadi. Selain itu, formulanya yang lembut bebas daripada minyak mineral dan paraben, serta telah diuji untuk alahan, menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif. 

Sunplay Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) yang baharu diperkaya dengan ramuan mesra  kulit untuk menaik taraf rutin harian anda. Asid Hyaluronik memberikan hidrasi mendalam dan menyokong lapisan pelindung kulit, manakala Vitamin C membantu mencerahkan tona kulit secara berperingkat. Ia juga mengandungi Ekstrak Cica yang terkenal dengan sifat
menenangkannya — sesuai untuk kulit sensitif atau mudah merengsa.

Tekstur Halus, Ringan dan Tidak Terlihat
Tabir suria ini diformulasi dengan tekstur ringan seperti esen. Ia mudah untuk dioles, membolehkannya menyerap dengan cepat dan sempurna ke dalam kulit. Teksturnya yang sangat ringan tidak meninggalkan rasa berminyak, membuatkan ia seperti pelindung tidak kelihatan yang menyerlahkan seri semula jadi anda sambil melindungi daripada cahaya matahari.

Terus Dilindungi sambil Bergembira di Bawah Cahaya Matahari
Seperti kepercayaan utama Sunplay bahawa perlindungan matahari tidak seharusnya menghalang keseronokan, tabir suria tone-up baharu ini menawarkan ketahanan air yangunggul — sesuai untuk hari yang panjang di luar, sama ada anda ke pantai atau sedang bergerak aktif. Ia memastikan anda kekal berseri dan terlindung tanpa perlu olesan semula yang kerap.

Kami ingin menjemput anda semua untuk merasai keyakinan tampil tanpa filter dengan kulit yang sebenar dan berseri. Tabir suria ini direka untuk memenuhi keperluan kecantikan dan perlindungan harian, dan kami teruja menawarkan kepada para pembeli betapa mudahnya mendapatkan kulit yang tersedia untuk beraksi di hadapan kamera
kata Lim Mei Yuen,

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia.Sunplay Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) baharu berharga RM65.90, eksklusif menerusi kedai fizikal dan secara dalam talian Guardian di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabir suria baharu ini, sila layari laman Facebook rasmi Sunplay Malaysia.


BERSERI TANPA FILTER, PERLINDUNGAN TERHADAP UV | Sunplay Tone-up UV Essence Terbaharu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 23, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.