AJI-YA Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia

AJI‑YA merupakan jenama Malaysia di bawah Gourmet Ingredients Sdn. Bhd. yang merupakan perintis kepada sup segera gourmet halal pertama di Malaysia. Penyediaannya sangat mudah dan pantas serta siap dalam 2 minit.


Majlis Pelancaran AJI‑YA House of Gourmet
Soup erlicious Party’ majlis pelancaran AJI-YA telah berlansung dengan cukup meriah di Christine's Bakery, Pavilion Damansara Heights. Majlis yang penuh meriah ini telah dihadiri blogger, influencer, rakan kongsi perniagaan dan VIP bagi merasai sendiri sup segera gourmet AJI-YA.


Sebagai permulaan acara, para tetamu boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sementara menunggu acara kemuncak. Antaranya aktiviti mewarna, Find A Word Game untuk membawa pulang goodies bag serta menampilkan gerai foto interaktif di mana tetamu boleh bergambar dan menyertai peraduan media sosial bagi berpeluang memenangi hadiah eksklusif. Para hadirin juga dihidangkan dengan pameran produk yang menonjolkan tawaran unik AJI-YA.

Acara kemuncak adalah pelancaran produk rasmi, di mana pengacara majlis menjemput En Amir, Penolong Pengarah MATRADE untuk bahagian Halal, F&B dan Asas Tani, Pn Hasziah Mohd Yazid, Timbalan pengarah MATRADE untuk Unit Pertengahan, dan En. Leon Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Gourmet Ingredients Sdn Bhd untuk mendedahkan rangkaian Sup Gourmet Segera AJI-YA.



Encik Leon Goh telah berkongsi misi jenama untuk meningkatkan hidangan harian dengan pilihan halal berkualiti premium. Dia merumuskan komitmen AJI-YA dengan sempurna melalui kenyataan “Taste speaks louder than words”, mencerminkan dedikasi jenama untuk menyampaikan rasa yang tidak mampu terungkap dengan kata-kata.

Aktiviti Menyeronokkan di Majlis Pelancaran AJI-YA
Tetamu yang hadir dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan antaranya "From Our Bowl to Your Heart! Soup's Better with a Little Love, Stick Yours Here", dengan menulis nota atau mesej positif tentang AJI-YA, sama ada tentang rasa sup yang kaya adengan rasa dan sebagainya. Seterusnya melekatkannya pada poster nota cinta interaktif.

Seterusnya Peraduan Foto "Snap Your Bowl, Show Your Glow", di mana tetamu (read: Blogger/Media) merakam kreativiti mereka dalam menghias sup. Oh ya! Saya antara salah seorang daripada 10 pemenang yang dipilih. Saya telah mendapat hadiah yang merupakan voucher tunai dari Christine's Bakery.

Tiga Pilihan Rasa Sup Gourmet Segera Halal AJI-YA
Terkini Sup Gourmet Segera AJI-YA tersedia dalam tiga pilihan rasa iaitu Cendawan, Jagung dan Sayuran.  Penyediaan Sup Gourmet Segera AJI-YA sangat mudah, hanya 2 minit sahaja diperlukan 



Diperbuat daripada 100% bahan halal sebenar dan tanpa MSG tambahan, pengawet atau pewarna tiruan, ia adalah makanan selesa yang dibuat bersih dan mudah. Sesuai untuk hari-hari sibuk atau malam yang selesa, AJI-YA adalah pilihan terbaik untuk menjamu selera yang cepat dan sihat. Hanya tambah air panas dan nikmati, sama ada di pejabat, di rumah dan di mana sahaja.




Boleh dapatkan sup Gourmet Segera AJI-YA ini pada harga RM 8.90 sepeket (3 sachet) dari pasaraya, laman web aji‑ya.com dan juga platform e‑dagang seperti  Shopee, Lazada dan juga TikTok Shop.

AJI-YA Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 01, 2025 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.