F&N MAGNOLIA Menawarkan Edisi Terhad Minions

Terkini F&N MAGNOLIA telah berkolaborasi dengan karakter ikonik dari Illumination – Minions dalam rangkaian produk tenusu edisi terhad yang penuh warna dan ceria. Dari susu pisang, susu coklat hingga ke aiskrim dengan sentuhan Minions yang sungguh


Antara produk yang sering mendapat permintaan, F&N MAGNOLIA Susu Pisang UHT telah diperkenalkan dengan pembungkusan bertemakan Minions!Didatangkan dalam saiz 1L dan pek 200ml (6-paket)dan tersedia di seluruh negara bermula 1 Jun 2025

Minions sememangnya terkenal dengan cinta mereka terhadap pisang menjadikan kerjasama ini satu padanan sempurna! Sesuai dijadikan bekalan ke sekolah, snek dalam perjalanan atau waktu rehat di rumah. 

Susu Segar & Coklat Kini Dengan Reka Bentuk Minions
Bermula 1 Julai 2025, peminat juga boleh mendapatkan:
F&N MAGNOLIA Susu Segar 100% (6-pack)
F&N MAGNOLIA Susu Coklat (6-pack)


Kini ditampilkan dalam 3 rekaan eksklusif Minions. Hanya boleh didapati di 99Speedmart dan cawangan AEON terpilih.
Aiskrim Neapolitan & Vanilla Juga Diberi Sentuhan Minions!



Dua perisa popular — Neapolitan dan Vanilla — kini tersedia dalam tub 1.4L bertemakan Minions. Dilancarkan bermula 1 Julai 2025, sesuai dikongsi bersama seisi keluarga semasa musim cuti sekolah!

Menang Hadiah Eksklusif Minions Bernilai RM69,000!
Bersempena dengan pelancaran F&N MAGNOLIA menawarkan peluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Tempoh: peraduan adalah 1 Jun – 31 Ogos 2025 Cara penyertaan hanya belanka minima RM10 untuk mana-mana produk susu Minions Seramai 46 pemenang akan dipilih setiap minggu


Antara hadiah menarik:
  • Beg Kulit Minions eksklusif (RM1,200)
  • Set Kembali ke Sekolah Minions (RM165)
  • Patung Plush Minions (RM80)
  • PIN eWallet Touch ‘n Go RM10

Aktiviti di Mall: Permainan, Hadiah & Pengalaman Menyeronokkan!

F&N MAGNOLIA juga membawakan kemeriahan Minions ke pusat beli-belah AEON terpilih:
Mesin Blind Box GergasiBelanja RM40 produk Susu Segar MAGNOLIA (1L atau pek 6x200ml)
Cuba nasib menangi barangan Minions seperti plush toys, rantai kunci dan pemegang minuman!

Lokasi termasuk:AEON Wangsa Maju (13–15 Jun)
AEON Taman Maluri (25–27 Julai)
AEON Cheras Selatan (26–28 Julai)
AEON Mid Valley (8–10 Ogos)
AEON Bukit Tinggi (5–9 September)
(*senarai penuh di bawah)
Booth Interaktif “Catch the Banana”

Lokasi-lokasi mall seluruh Malaysia
Dengan hanya berbelanja RM20 dan main permainan tangkap pisang untuk menangi:
  • Beg kanak-kanak
  • Bekas makanan
  • Botol air
  • Payung Minions dan banyak lagi!

Senarai Lokasi & Tarikh Aktiviti
KUALA LUMPUR
AEON Wangsa Maju: 13–15 Jun
AEON Big Wangsa Maju: 20–22 Jun
Giant Leisure Mall: 11–13 Jul
AEON Maluri: 25–27 Jul
AEON Cheras Selatan: 26–28 Jul
AEON Big Mid Valley: 1–3 Ogos
AEON Mid Valley: 8–10 Ogos

SELANGOR
Mydin Subang Jaya: 13–15 Jun
AEON Big Ampang: 20–22 Jun
TF Value-Mart Batu Caves: 27–29 Jun
Giant Kota Damansara: 27–29 Jun
Giant Klang: 4–6 Jul
Giant Bandar Kinrara: 11–13 Jul

JOHOR
AEON Tebrau City: 13–15 Jun
AEON Big Batu Pahat: 1–3 Ogos

NEGERI LAIN
Econsave Pandamaran (Klang): 20–22 Jun
TF Value-Mart Sungai Petani (Kedah): 4–6 Jul
Mydin Tunjong (Kelantan): 7–9 Ogos
Tunas Manja (Pahang): 18–20 Jul
TF Value-Mart Kuala Kangsar (Perlis): 4–6 Jul
Tunas Manja Kemaman (Terengganu): 1–3 Ogos
Mydin Kuala Terengganu: 7–9 Ogos
Dapatkan Maklumat Terkini

Untuk info penuh produk, aktiviti, dan kemas kini lokasi:
https://rebrand.ly/fnnminions

F&N MAGNOLIA Menawarkan Edisi Terhad Minions Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 15, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.