Misi Jualan Beg Terpantas Malaysia Book of Records

Usahawan melayu popular Malaysia, Dato’ Sri Aliff Syukri telah melancarkan beg edisi terhad terbarunya, Samma Denim, Koleksi terbaru ini didatangkan juga bersama misi menjadi Penjualan Beg Paling Pantas dari Malaysia Book of Records.


Susulan itu beberapa kempen sedang giat dijalankan, ini termasuk sesi bertemu dengan peminat di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Koleksi beg Samma Denim diperkenalkan secara dekat khususnya dengan peminat koleksi beg dari Papa Laris.

Untuk hari ini, sesi bersama peminat telah berlansung di sekitar kawasan Masjid India Kuala Lumpur dan sebagai tanda penghargaan mereka yang hadir diberikan jeruk mangga Papa Laris. Sebanyak 2000 paket jeruk telah diagihkan.

Samma Denim Beg Edisi Terhad
Rekaan beg Samma Denim adalah inspirasi dari kejayaan jualan koleksi beg Papa Laris sebelum ini.Menggunakan fabrik denim yang premium dengan sentuhan rekaan versatil yang boleh digayakan untuk acara kasual dan santai. 


 Ditawarkan dalam 7 pilihan warna yang cukup menarik dan cantik. Sesuai untuk digayakan oleh golongan dewasa mahupun remaja.



Dengan denim fesyen tidak penah lapuk di hujan lekang dek panas. Jika kita gayakan hari ini masih lagi relevan digayakan biarpun 10 tahun pada masa akan datang.

Mampukah Meraih Rekod Jualan Terpantas?
Misi Dato’ Aliff adalah untuk mencatat rekod jualan beg terpantas. Bagi Dato’ sendiri jika mencapai target ini adalah pencapaian terbaik selaku usahawan beg terkemuka di Malaysia.


Sebenarnya memang banyak perancangan dan harapan Dato’ sendiri untuk membawa label jenama begnya bukan sahaja dikenali bahkan diiktiraf dan mempunyai pengikutnya sendiri. Jadi tidak hairanlah begitu banyak usaha dan kempen giat dijalankan.

Jom Dapatkan Beg Samma Denim
Dengan setiap pembelian Samma Denim akan diberikan dengan kad gores & menang. Ada 1000 pemenang dicari dan antara hadiah yang ditawarkan seperti pakej umrah, kereta Honda CR-V, motosikal, gold bar dan pelbagai lagi.


Setiap pembeli juga akan diberikan hadiah sampingan seperti tudung, lipstik dan banyak lagi.

Beg amma Denim ini hanya boleh didapatkan menerusi
penstriman secara lansung di TikTok @papalarisofficial pada hari Ahad 3 Ogos 2025 jam 8.00 malam.


 Jom sama-sama kita beri sokongan kepada usahawan melayu Dato’ Aliff Syukri dengan misinya Jualan Beg Terpantas Malaysia Book of Records.
Misi Jualan Beg Terpantas Malaysia Book of Records Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 30, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.