PROGRAM AMAL MESRA CERITERA SUNNAH & PERTUBUHAN IBU BESTARI SELANGOR (PIBS)

Satu Program Amal Mesra yang bertemakan “Gaya Hidup Sihat”  telah diadakan di Masjid Fastabiqul Khayrat, Batu 3, Shah Alam. Program ini adalah anjuran bersama Ceritera Sunnah dan Pertubuhan Ibu Bestari Selangor (PIBS).


Program dianjurkan bertujuan membina masyarakat yang sihat dan harmoni. Sekaligus menjadi platform untuk memperkenalkan pasukan Ceritera Sunnah kepada ahli PIBS serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua-dua
pihak yang berkongsi aspirasi memperkasa komuniti.

Selain itu, penganjuran ini turut memberi penekanan kepada kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh, seiring dengan usaha melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap kesejahteraan diri dan keluarga.

Info Tentang Ceritera Sunnah
Ceritera Sunnah merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2022.  Awalnya Ceritera Sunnah, adalah sebagai medium perkongsian sejarah dan perjalanan rasul terdahulu serta para sahabat menerusi platform media sosial.


Namun kini, Ceritera Sunnah semakin aktif dalam menjalankan program kemasyarakatan serta pembangunan komuniti yang memberi impak positif secara berterusan.

Info PIBS
Pertubuhan Ibu Bestari Selangor (PIBS) pula ialah sebuah NGO yang terdiri daripada dua kategori iaitu PIBS VVIP yang menyokong wanita berdikari seperti ibu tunggal dan PIBS VIP yang membantu wanita berkahwin yang terpaksa memikul tanggungjawab keluarga akibat suami yang sakit atau mengabaikan tanggungjawab.

PIBS memberi tumpuan kepada pembangunan jati diri wanita dan telah banyak menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat korporat dalam melaksanakan pelbagai program peningkatan taraf hidup.

Rakan Kolaborasi
Program ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Gardenia, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra, Persatuan Usahawan Murni Negeri  Selangor (PUMNS), MyCARE, Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Loving Life: Private Caregiver and Nursing, AQ Health, 7Days, In Saff  Travel & Tours Sdn Bhd, Sinchan Sport, Pusat Wanita Berdaya dan Beauxlim. 


Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah YB Tuan Haji Azli Bin Yusof selaku Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Puan Siti Nur Aisyah Binti Mohd Zain selaku Ahli Majlis

MPP Zon 8 Batu 3 Shah Alam yang menunjukkan sokongan padu terhadap program berorientasikan komuniti ini.

Melalui pelaksanaan program sebegini, Ceritera Sunnah dan PIBS terus komited dalam usaha membentuk masyarakat yang lebih sihat, berdaya tahan dan penuh empati, khususnya dalam kalangan wanita dan keluarga yang memerlukan sokongan
berterusan.
PROGRAM AMAL MESRA CERITERA SUNNAH & PERTUBUHAN IBU BESTARI SELANGOR (PIBS) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 27, 2025 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.