Konsert JessC Hebat Dengan 33 Persembahan Penuh Bertenaga

Konsert JessC Hebat Dengan 33 Persembahan Penuh Bertenaga |  Kehebatan PENYANYI JessC telah berjaya memukau 5,000 penonton yang hadir bagi menyaksikan konsert Jessie Chung World Tour 2025. Konsert yang penuh bertenaga ini telah diadakan di Arena Of Stars, Genting Highland pada malam Selasa.


Durasi konsert selama tiga jam dengan menyajikan sebanyak 33 buah lagu persembahan keseluruhannya.

JessC bukan sahaja menyanyi lagu dalam bahasa Melayu, bahkan JessC turut menyampaikan lagu bahasa Inggeris dan Mandarin.

Persembahan menjadi lebih menarik apabila JessC turut menyanyi sambil bermain alat muzik seperti piano, keyboard, dan gitar di atas pentas sekaligus membuktikan beliau adalah penghibur yang cukup versatil.


Kehadiran tiga artis undangan seperti Lee An Sheng, Fauziah Latiff, dan Lee An Tian memeriahkan suasana konsert pada malam berkenaan.

Kegembiraan JessC
Atas sambutan yang cukup luar biasa, JessC sememangnya sangat gembira dan pada masa yang sama berasa begitu terharu.

Jelasnya, sokongan yang diberikan amat bermakna dan ia menjadi pemangkin buat JessC untuk berusaha lebih gigih bagi mencipta karya-karya yang lebih berkualiti pada masa hadapan.


“Terima kasih banyak atas sokongan anda malam ini!

“Kehadiran anda semua benar-benar buatkan saya rasa terharu!

“Tenaga, sorakan dan cinta anda, semuanya amat bermakna buat saya,” katanya.

Antara lagu yang dinyanyikan oleh JessC adalah My Style, One Chance, Satu Suara Raya, Dekati, Sinaran, Forever Young dan Expose.

Bukan Penyanyi Biasa
Selain bergelar penyanyi, JessC juga merupakan Certified Therapeutic Musician, dengan kelayakan diploma dalam muzik terapi dari United Kingdom dan Sepanyol.

Penyanyi itu turut memiliki Ijazah Kedoktoran dalam Perubatan Klinikal Integratif Cina dan Barat dari Guangzhou University of Chinese Medicine (China), PhD dalam Sains Kesihatan dari Charisma University, serta merupakan Naturopathic Doctor yang diperakui oleh American Naturopathic Medical Certification Board (ANMCB) di Amerika Syarikat.


Dengan latar belakang perubatan serta kepakaran dalam Naturopatik dan terapi muzik, JessC mendedikasikan dirinya untuk menggunakan muzik sebagai alat pemulihan fizikal, emosi, dan rohani.

Melalui melodi yang menyembuhkan hati, lirik yang menjernihkan minda, dan vokal yang meniupkan harapan ke dalam jiwa, karya JessC telah menyentuh ramai pendengar yang sedang bergelut dengan penyakit, kemurungan, kebimbangan, dan detik-detik tergelap dalam hidup.
Konsert JessC Hebat Dengan 33 Persembahan Penuh Bertenaga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 30, 2025 Rating: 5

11 comments:

  1. Persembahan penuh tenaga dari JessC! Nyanyian, tarian, dan main alat muzik, memang luar biasa 🌟👏

    ReplyDelete
  2. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan! Konsert ini benar-benar sebuah persembahan muzik yang menakjubkan dan sangat berbaloi untuk disaksikan!

    ReplyDelete
  3. Saya sangat menikmati konsert malamtu! Persembahan memang luar biasa, penuh tenaga dan emosi. Setiap lagu yang dibawakan betul-betul menyentuh hati. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan konsert hebat ini.

    ReplyDelete
  4. unforgettable night🥰really enjoy the concert. jessc is so beautiful and the show is really fantastic.

    ReplyDelete
  5. Enjoy at1 527 JessC concert night, JessC beautiful and fantastic, U r the best❤️🤩

    ReplyDelete
  6. Enjoy at1 527 JessC concert night, JessC beautiful and fantastic, U r the best❤️🤩

    ReplyDelete
  7. Persembahan yang paling istimewa dan mantap.Sukaaaaaa

    ReplyDelete
  8. suka! i was there!

    ReplyDelete
  9. Konsert JessC memang hebat! 33 persembahan penuh tenaga – luar biasa dan menghiburkan! 🔥👏

    <a href="https://digitalfloats.com/graphic-design-course-in-
    hyderabad/">Konsert JessC Hebat Dengan 33 Persembahan Penuh Bertenaga
    ;/a>

    https://digitalfloats.com/graphic-design-course-in-hyderabad/




    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.